Bila Rezeki Keluar Dari Mulut..


Errr,,tak tahu nak menangis ke nak gembira ni.Petang semalam,dapat Offer Job bagi kempen Iklan pendek di media sosial sebagai watak kena buli.Errrkk..

Tengok inbox di sushivid,kemain seronok lagi tau.iyalah,dapat Offer macam tu.,dengan bayaran xxx.Tetapi dalam hati..kecut dah perut ni.Haihh! Style Ina jika dapat emel mesti akan baca dari bawah dahulu.Ehehehee..,Pelik kan?



Whatsapp suami,sebab nak set appointment dengan suami.Sekali tuhh..suami kata ON.Haaaa? Ina ni ha..,menggigil lahh.Sebab suami kata,boleh datang ke Bangsar tu untuk jadi pelakon Iklan pendek.Kata suami...,peluang sudah ada. Adehhh.. (sebenarnya..,ina tak berapa minat sangat dalam dunia lakonan.Lebih kepada jadi modelling bolehlah..ekekeeke...,walaupun tak cantik.)


Apabila baca dua kali di inbox,ohh rupanya date 8 July 2018 (Aisehhh..tapi tak sedih..) sepatutnya sudah berada di lokasi tersebut.Seawal 8 pagi lagi ..,untuk latihan.Errrkk..Semalam 9 July 2018,rupanya..,sudah 3 hari dalam inbox tu.Ina tak buka pun baca.Hihihhi.



Tiktok Bullying



 Disebabkan Gambar di TikTok,dapat Offer Pelakon Iklan



Memang tak sangka betul..(walau ada yang duk perli kata di belakang ina).Tapi gambar ni sesuai dan terpilih untuk watak buli yer.Kikikiki... Ini salah satu antara job task dari TikTok yang ina sendiri buat.Ehehehe.

Mesti korang tertanya..hitam tu ape di muka? ermm..,hitam tu ina ambil arang.Gigih tak props.. Ina ambil arang? Gigih mencari sebenarnya..,untuk menjayakan task TikTok ni tau.Ehehehe..

Dan buih di mulut Ina tu..,bukanlah buih dari ubat gigi.Sebenarnya itu kosmetik,Ina gunakan Bubi bubi Lip dari UNPA..Scrub bibir tuuhh. Pabila dibiarkan di bibir lama,akan mengeluarkan buih lembut bagi menanggalkan kulit kering bibir.


Okaylah korang.Sengaja ina coretkan di entri kali ini.Supaya ianya dapat menjadi kenangan sampai bila-bila. Secara jujurnya,memang tak sedih pun bila Offer jadi pelakon Iklan Pendek ni terlepas date.Mungkin selepas ini Allah nak gantikan rezeki lain yang lebih lagi,yang bersesuaian dengan diri ina.Seorang ibu yang mempunyai cahaya mata 3 orang dan isteri dan juga sebagai blogger.


type='text/javascript'>