Cara Kongsi Akaun Google Adsense Lebih Dari Satu Blog




Yayy! Akhirnya.Sudah lama blog ini tiada iklan dari Google Adsense dan sekarang tahun 2018,barulah muncul semula.Ini akibat click haram dari anak- anak ina yang selalu menonton youtube.Huhhh...sudahnya,akaun Google Adsense kena block terus.Nasiblah..akaun Google Adsense tersebut terus tak boleh gunakan.



Google Adsense



Alhamdulillah,memang tak sangka juga sebenarnya ni.Blog www.ehbelogaku.com masih boleh  memasang iklan dari Google Adsense.Fikirkan,memang berputih mata lah sebab tak boleh dah pasang iklan dari Google Adsense,rupanya tidak.




Silap PASTE Coding di Ruangan Edit Blog


Agak lama juga pihak Google Adsense ni review blog ina ni.Pagi ni buka blog,baru perasan di header Leaderboard terpapar iklan dari Google Adsense.Syukur sangat dah..! Jika tak sebelum ni kan,ada space kosong diatasya.Tersangatlah besar di ruangan atas Leaderboard tu yang menjadikan blog kelihatan buruk sangat.Kosong tiba-tiba di situ. Puas ina fikirkan,coding apa yang Ina paste  sampai jadi begitu sekali.Ehehehe...


Berkongsi Akaun Google Adsense



Disebabkan akaun Google Adsense di blog ehbelogaku.com sudah di tamatkan.Makanya,Ina resah dan mencari penyelesaian.Dalam hati ina berkata, 'Aku nak juga ada iklan dari Google Adsense di blog ehbelogaku.com ni' takkan takde langsung iklan menari-nari di sini.


Selepas ina fikirkan,akhirnya ina cari jer di google. Bagaimana nak duplicate akaun Google Adsense di blog berlainan.Dalam satu masa,gunakan 2 blog dengan menggunakan 1 akaun Google Adsense.


Berkat pencarian ina,akhirnya.Dapat lah juga pasang Google Adsense ni di blog ehbelogaku.com. Syukur sangat! Sayang lah kan,kalau trafik blog kencang tetapi tiada Google Adsense.Ehehehe.. Gurau jer,blog ina trafik tak kencang sangat pun.Ekekeke.



Iklan jenis Matched Content di blog Ina 



Cara Kongsi Akaun Google Adsense Lebih Dari Satu Blog 




1. Pergi ke Dashboard blog - klik 'earning' dan klik  (maaf,ada satu lagi ayat atas Daftar Adsense...klik yang itu) masukkan alamat emel.





2. Seterusnya korang akan di bawa ke sini.. Masukkan url blog (iaitu blog yang ingin pasang akaun Google Adsense).


3. Selepas itu,klik 'Accept' 


4. Langkah seterusnya ialah akan keluar paparan baru dan klik 'Redirect'


5. Dan,korang telah berjaya memasang Google Adsense di blog berikut. Tahniah! Widget adsense telah dipasang secara automatik ke blog korang itu.



Okay,harap dengan penjelasan dari newbie ini..Korang faham.Sorry tau,gambar tak sempat nak screensoot haritu.Moga korang faham hendaknya.







Catat Ulasan

5 Ulasan

Kak Wawa berkata…
tak jumpa pun perkataan income kak.
azlina ina berkata…
typo.. klik earning
Wani Sukarno berkata…
kwani ada blog satu lagi nak try pasang, rupanya kena daftar lagi sekali la eh sebab cuba buat x jadi .. ni dia dok dalam satu akaun adsense lah ya..
azlina ina berkata…
tak perlu sign up dah. Link kan terus.. ada pilihan, kat situ.Jangan sign up.Kalo sign up,maknanya..itu akaun adsense baru dah