Kak AURA?

10:44 AM
Kak AURA Blogger




Semalam beberapa minit jer nak keluar dari rumah bagi menghadiri majlis kenduri sepupu.Ina dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali.Kebiasaannya,memang Ina jenis takut nak jawab panggilan jika naik nombor yang tak dikenali naik di telefon bimbit.



Sistem GDex


Tetapi sebelum dapat panggilan ni,Ina sudah dapat mesej dari nombor tersebut yang mengatakan dari Kurier GDex ingin menghantar barang.Errr...terfikir sejenak.Siapa lah kali ini nak review produk.Sedangkan memang tiada deal dengan mana-mana pihak.


Panggilan 



Antara perbualan Ina dengan Rider GDex



Rider GDex : Hello,kak Aura.Ni kak Aura ker? Boleh saya tau Pelindung ni kat kawasan mana yer?




Ina : Terdiam ( Iyerlah,ini antara first time Kurier hantar barang dan sebut nama Kak Aura.. ehehe.Niasa sebut nama penuh Ina jer..). 




Seminit kemudian,barulah ina menjawab pertanyaan tersebut..(sementara dalam kepala ligat ,memikir sender dari ,mana nihh?).Iya~ iya~ Kak AURA kat sini.Pelindung ni bukan di kawasan perumahan Teluk Cempedak tu tau.Ini kawasan bla bla bla..sembang Ina kepada rider tersebut.


Rider GDex : Ala,yeke kak? Kalau macam tu.Ini bukan kawasan saya hantar ni.

Ina: Takpe dik. Akak kebetulan nak keluar ni.Kita jumpa kat mana-mana tepi jalan jer.

Rider GDex : Okay kak.Kita jumpa kat di Pejabat Ukur.

Ina : Okay,memang kebetulan lalu kat situ nanti.





Alhamdulillah,lega.Nasib baik mudah deal untuk ambil barang ni.Tehehehe.. Kak Aura dah lepas ni.



Ohh,untuk pengetahuan korang.AURA itu ialah nickname Ina di Instagram akaun Ina. Nickname penuh ina di Instagram ialah @sang_aura. Jadi review kali ini ialah melalui Instagram. Senanglah nak detect lepas ni. 



Asal usul AURA Blogger



Aura tu,memang ina letak di blog ni.Aura blogger.. Ina sukakan aura.Aura ni ada 2 jenis.Iaitu aura negatif dan aura positif. Yang pasti,Ina memang sukakan aura positif.Ialah aura positif bermaksud aura yang baik baik belaka.Percakapan kita, dan pemikiran kita semuanya yang positif bagi menarik hal-hal yang positif dalam kehidupan harian.Aura positif ni mampu mengekalkan awet muda seseorang.. 



Baca artikel :  Tips Menghadirkan Aura Positif Dalam Diri 



7 comments:

  1. Replies
    1. ehehehe..salam kenal jugak kak sheila

      Delete
  2. dia memang panggil 'pelindung' eh ? ehe comel pun ada gak. suka GDEK ngan Citylink sebab diorang akan call. kalo takde kt rumah pun x rasa ralat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelindung nama Taman perumahan yang ina duduk.

      Delete

Powered by Blogger.