Memenuhi Jemputan Open House

10:30 PM
Bangun pagi tadi,plan asal harini lain.Nak membaiki mesin basuh.Sebab semalam ternampak pula video tutorial membaik pulih mesin basuh melintas di wall facebook.Ehehhe..


Dengan dua kali ulang tayang video tersebut.Huhh.. telan air liur nak buat.Erkkk..Lepastu nampak step berikut T-10 jika tak silap orang yang berikan tutorial tersebut sebut tu.Errrrrkk.. memang tak lah.Cancel..


Pastu..,hampir terlelap duduk di kerusi sofa.Suami ajak keluar pergi Open House di Kemaman.Ermm..ehehe.Ina apa lagi.Bab macam ni kan? Isteri mana tak suka.Sebabnya.. Hari gantung kuali periuk belanga lahh.Ehehe.


Tengahari di Kemaman


Dengan jarak perjalanan,lebih kurang hampir setengah jam.Kami tiba di rumah Kawan suami tersebut.Kebiasaannya,memang kami akan berlama lamaan di sana.Maklumlah, kawan sama tempat belajar suami masa bujang dahulu.Tetapi kali ni..,seganlah nak berlamaan pun.Ehehe..

Walaupun,tuan rumah pun dah mempelawa suruh tunggu dahulu.Minta kami balik petang hari.Ermm,tak selesa sangat.Dengan ada anak kecil-kecil macam ni.Bukanlah ape,cuma anak anak ina ni jenis cepat bosan.Daripada mereka buat bising..,jadi kami sekeluarga beransur lah terlebih dahulu.


Beriadah di Kuala Kemaman



Walau kami ni duduk berhampiran pantai.Jika tidak silap,5 pantai ada di kawasan Kuantan ni tau.Tapi..,anak anak dan Ina memang takkan jemu dengan pantai.Ehehehe.. entahlah,bagi kami.Tempat macam ni memang menenangkan..

pantai




Lebih kurang 20minit bersantai di pantai.Anak anak sudah puas bermain buaian(refer gambar) Kami bertolak pulang ke Kuantan.Sempatlah singgah ke gerai keropok  (di bahu jalan) dan membeli sedikit ole ole dari sana untuk dibawa pulang.


 Lagi Open House



Okay,sampai ke malam.Kami memenuhi jemputan Open House.Malam pula..,jiran sebelah rumah pula.Ehehehe.Alhamdulillah..Rezeki dari Allah taala.

3 comments:

Powered by Blogger.