Misi Mencari Tilam

11:36 AM
Hari sabtu kami,macam biasalah.Mesti akan ootd bersama anak-anak.Hurmm..,dah macam jadi aktiviti wajib dah bagi ina bersama anak-anak.Tehehehe..

Mr.Z pula kerja.Ada regular customer dah minta datang ke lokasi dia iaitu di Lepar.Huhuh..erm,hari jumaat lagi dah buat appointment tau.Nak buat macam mana..takkan nak biarkan sahaja customer tu kan?


Jualan Gudang Di Dewan Mat Kilau


Wahhh,sampai je di bandar Kuantan.Terus abah ina,drive ke Batu 5.. iaitu di Dewan Mat Kilau.Haa..,kat sinilah ada jualan Gudang bagi barangan kelengkapan rumah.Emmm..,bukanlah semua harga gudang.Hanya tilam,katil dan sofa sahaja..yang terpilih.Huuhuhuhu




Haa.. cakk!! Baru je upload siang tadi.Dah ada bertanya..,ni ina tengah review tilam kerr? Tehehehe. Bukanlah..,kebetulan kan.Mak ina nak cari tilam baru.Huhuhu..

Tapi janganlah mudah terkejut.Ina lagi terkejut kalau dapat job review Tilam ni.Ehehehe.. Tapi kalau betul dapat,okay ape.Tehehehe.. tidurku lebih indah lahh.Dengan Tilam Goodnite..gituuu.





Nampak tak harga tu?? Banyak kan potongan harga dia.. Puashati kalau beli brand Goodnite ni.Nak guna jangka panjang..,orang kata.Pasal harga tu,pejam mata je.Eheheh.Untuk kesihatan tulang belakang juga kan..



Sesi Throwback 


Pernah satu ketika dahulu..,sebab harga murah (lagipun masa tu bujang lagi kan..gaji pun berapa haa) Ina pun grab lah satu,yang murah..Nak dijadikan cerita..,guna tak lama mana pun tilam tu,maklumlah 2 orang tidur masa tu tau..(berkongsi dengan adik). 


Apa jadi pada tilam tu? Tilam tu melengkung,huuuh.Sakit giler tulang belakang dan juga pinggang.Bangun jer pagi..,memang nak nangis-nangis jer rasa.Tidur malam pun terganggu waktu tu tau. Kami ni pun,sebelum nak tidur..alas dengan kain tuala atau kain batik aje untuk sokong tilam yang melengkung tu tau.Hukhukhukhuk.. Pernah ada yang terkeluar spring lagi.Hahahaha.. Kelakar pula,bila diingatkan kembali.Sakit tercucuk spring... mujur jer nyawa panjang sikit.


Selepas dari kejadian lama dahulu,setiap kali nak cari tilam.Memang akan ina suggest yang kualiti.Daripada beli yang murah.. bukannya untung.Tetapi rugi adalah kan? Rugi masa dan wang ringgit.Hurmm,sekarang ni kan.. zaman dah canggih.Tilam pun sudah boleh beli secara ansuran.Hebat tak? Tapi mak beli semalam cash.Tak sedap pula nak berhutang.Lagipun..yang berhutang ada pekerjaan tetap.Bolehlah yer..






2 comments:

  1. ha'ah betul sangat tu kak ina, elok cari yang berkualiti sebab bila tidur atas tilam biasa, sakit pinggang tu mencucuk kacau nak buat kerja

    ReplyDelete

Powered by Blogger.