Shopping Online..Trend masa kini


Semalam ina update status seperti gambar di atas.Sudah tentu lah barangan dari Korea ni.Ehehehe..Siap ada tulisan korea lagi tu.Walau tak pernah pergi korea pun.Takpe..,janji dapat beli barangan dari Korea sana.Hehehehe...


Bila sebut pasal Korea..mestilah produk kecantikan.Kat sana kan pesat membangun produk-produk kecantikan.Lagipun,gadis-gadis Korea semuanya berkulit putih mulus.Lagi lah bertambah-tambah keinginan untuk memiliki kulit secantik gadis Korea.Hukhukhuk..Bagi ina..,tak putih pun tak apalah.Janji..,kulit tu halus dan selicin bak kain sutera.Haaaa..Kan cantik tu.Kulit pula tanpa secalit pun mempunyai masalah kulit.


Beli Secara Online,Menjimatkan masa



Yup..,memang tak dinafikan lagi.Pembelian secara online memang mudah dan kini menjadi trending bagi Netizen.Tak kira di mana mereka berada sekalipun.Belian secara online memang menjadi pilihan utama.Teheheeh..Bagi menyokong statement tersebut.Ina salah seorang netizen tersebut.Hahahaha..


Keseronokan tu lain macam berbanding membeli secara COD atau pun bayar ketika barangan tiba di tangan.Bukan semua orang mempunyai masa keluar membeli barangan hanya kerana sesuatu yang diinginkan.Lagi-lagi macam ina,seorang suri rumah tangga.Memang sentiasa sibuk menguruskan anak-anak,rumah tangga dan suami.Itu belum lagi mengadap PC setiap hari bagi menyiapkan kerja-kerja dari client.Memang tiada masa untuk di luar hanya kerana ingin membeli belah semata.


Menjimatkan Kos Lain-lain



Yup...,memang tak dinafikan..selain itu.Kos lain juga turut diambil kira.Petrol dan parking.Yang paling lemah sangat,parking lah.Bukan mudah nak parking ni sebenarnya.Nak cari parking pun dah makan masa.Ini kan pula...,yang lain.Huhuhuhu.Silap hari bulan...,memang tak memasak lah ina.Semata nak membeli belah untuk satu-satu perkara.Kesian lah pula Mr.Z nanti.Sebab dia memang akan balik lunch  setiap hari.



Dengan adanya pelbagai website yang menjual barangan secara di atas talian ini.Semuanya menjadi mudah.Order dan klik sahaja dan seterusnya tunggu barangan sampai di depan pintu sahaja.Tetapi sebelum itu,kena lah pastikan terlebih dahulu duit korang ada di dalam akaun bank untuk melakukan proses transaksi tersebut.


Pengalaman ina..,dari sekecil-kecil membeli barangan seperti webcam,dan barangan elektrik seperti Bread Maker Tesco dan juga Pressure Cooker Jenama Birkeshire . Semuanya telah selamat sampai di depan pintu ina tau.Ehehehe..


Virus Shopping Online Menular kepada Mak



Dan...kini..,virus shopping secara online telah mula berjangkit kepada mak Ina pula.Agagaggaga... Haaa,,hebat tak? Pada mula tu,agak terkejutlah. Sebab..mak dah bagitahu ina siap-siap. 


Mak : Kaklang,mak dah Order sofa.Nanti tunggu jer barang sampai.

Ina : Hampir nak terkeluar biji mata ni tau.Adeeeeiii! 

(Sejak mak bertukar smartphone,banyak pula mak beli secara online.. perabot)



See..mak ina yang berumur 61 pun dah mula upgrade.Dulu-dulu mak selalu ajak beli perabot di kedai-kedai.Tetapi..,sejak kedatangan zaman melinia ni.Semuanya di hujung jari. 


Mak ina pun dah selalu cuci mata kat apps lazada,shopee dan ikea ni tau.Lepas ni tak tahu lagi apa perabot akan sampai di rumah mak.Ehehehe.




Catat Ulasan

4 Ulasan

Farhana Jafri berkata…
betul, shopping online ni jimatkan masa. Tak perlu bersesak dengan orang pun.
Husniey Husain berkata…
Haha itu dia beli sofa dah mak kak ina😍

Tapi memang betul semua senang bila boleh buat secara online
azlina ina berkata…
hah..tulahh. eheheh..
azlina ina berkata…
yup.. sekelip mata duit licin.ekekeke