ZIKIR untuk Kekuatan Diri (Positif Diri)

cara positifkan diri,cara datangkan aura positif


Entahlah apa pasal hari ni.. huuuhh. Macam takde mood jer nak update entri.Hihihihi..Bila buka blog jer,teringat kerja belum siap lagi ni.Bukan kerja apa sangatlah. Satu lagi blog belum update untuk job suami.Huhuhuh.. Stress! 




Mencari Diri Dalam Diri



Eheheeh,kadang kala pernah terfikir.Aku ni nak jadi apa sebenarnya..,semua nak rembat.Ehehehe,itu apabila tengah fasa PMS lahh,ada jer unsur negatif nak mempengaruhi minda ina ni haa.. Aura Negatif menyerang bila waktunya sudah sampai ...,tehehehe. (Cik Period lahh).


Malas juga melayan fikiran,jika dibiarkan.Semakin menjadi jadi dalam minda ni ha.Semuanya rasa malas.Semua rasa lemah dan lemau agaknya.Tetapi..,tetap jua kena teruskan aktiviti seharian.Semua nak fikir apa orang kata.Tapi apa yang perlu ambil kira,jangan pandang belakang lagi.Barulah betul.. kan?



Kekuatan Diri ZIKRULLAH



Yahh!! Ini barulah di katakan betul.Cuba kalau korang rasa sedih,nak marah,nak meroyan ke,nak membawang ke.. Cuba Stop sekejap.Tarik nafas dan cuba perbanyakkan berzikir.


Zikrullah,iaitu menyebut nama-nama allah.99 nama allah.. gunakan tasbih atau tak pun gunakan jari.Guna amalan rasulullah ketika berzikir.33 kali sahaja.. Insyallah. Dalaman kita akan kuat.. Ini lah yang di katakan ZIKRULLAH. Basahi lidah dengan nama-nama allah s.w.t.. ehehe.Opss! Ini antara yang ina amalkan dalam kehidupan harian. Jiwa pun positif.. 






Okay..itu sahaja lah yang ina nak berkongsi kepada korang pada malam ini.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Hasrul Hassan berkata…
Terima kasih atas perkongsian bermnfaat ini. In Sha Allah .. sama-sama dapat praktikkan nanti.
Cik Nor berkata…
good sharing ina..:)