Argh!! Dah Terbawa Dalam Mimpi

10:25 AM

Arghhh! Bodoh betul Ina ni kan.Kan dah mendapat.. Itulah degil sangat haa.. 


Alkisahnya.. semalam (30 minit sebelum masuk tidur) boleh lah pulak layan drama di Youtube.Drama melayu entah apa-apa.


CINYA BUKAN KRISTAL


Jika tak silap "Cinta Bukan Kristal".Pergh!! melampau betul...,jalan cerita pun banyak yang mengajar supaya anak dara menjadi gatal menggedik dengan suami orang.Si suami pula, mula mencari keseronokan di luar disebabkan si isteri sibuk dengan kerja.Tetapi kesian pula sang isteri.Dan punca pun dari salah isteri juga.Kurang memberi perhatian kepada suami.Ahhh~~ Ina memang tak berpihak mana-mana tau!


Si suami ni pun,pantang tengok perempuan cantik dan rindukan perhatian/belaian dari seorang wanita.Dan muncul lah si Yana ni (asal dari kampung,culture shock.. maybe dan  gilakan lelaki kaya raya dan itupun mak saudara Yana yang ajar suruh anak saudara cari laki kaya)..

Hello~~...Kebiasaannya lelaki kaya raya tu semua suami orang tau.Mana ada lelaki bujang.Kalau ada pun..,kemungkinan harta mak ayah je tuuu.


 Erm.Makin menjadi lahh.Pokok takkan bergoyang kalau takde angin kan? Tepuk sebelah tangan pun takkan berbunyi.

Dan dalam cerita ini juga banyak mengajar suami-suami untuk berlaku curang.Dan anak dara menjadi gedik,suami orang pun nak di sondol.Haihhh!


TERBAWA DALAM MIMPI



Korang dah tau kan serba sedikit jalan cerita CINTA BUKAN KRISTAL.Kat atas ina dah cerita.Ermm,berbalik kepada mimpi ina.Ohhh...,sungguh tragis mimpi malam tadi.

Boleh pula mimpi ina kena halau dari rumah sendiri.Ina dan anak-anak kena halau dari rumah.Dan ina menangis,stress cari rumah sewa.Pula tu bawa anak-anak sekali tau.

Dalam mimpi tu,boleh pula terdetik dalam hati.. 

"Eh..,macam mana nak kerja".Anak masih kecil.Siapa nak jaga?
 Dalam mimpi tu kan,ina sebatang kara.Sedih sangat-sangat.


Tersentap..dan terus bangun dari tidur.Rupanya bermimpi dan bukannya realiti.Phewwwww~

Dashyat sangat mimpi ni.Pengaruh cerita tak berfaedah.Adeiii! Ermm,dah kena bebel dengan Mr.Z.Marah kita tengok cerita drama mengarut tu.Errrk...


DRAMA MELAYU MENGARUT


PS: Entahlah nak kata apa.Industri drama melayu sekarang semuanya tak berfaedah.Banyak yang mengajar benda tak elok kepada suami,anak dara dan juga isteri.Semuanya takde pengajaran.Lainkali buatlah cerita ipar duai bergaduh ke.Mertua jahat ke kan? Banyak lagi cerita kisah rumah tangga yang boleh diambil dari Page (KRT) tu..



DUNIA SEKARANG..,MEMANG MENGGALAKKAN 1 SUAMI..2 ISTERI EA?? MALAYSIA BARU?


Pstt! Baik layan drama series hindustan di kaca TV3 (jam 4 petang) tu.Lagi best,ada plot yang sukar di tafsirkan.Kisah pembunuhan,penyamaran,penipuan bagi merebut Empayar perniagaan (dunia korporat).

4 comments:

  1. hahahaha tapi kisah dalam drama tu realiti yang berlaku sekarang so tak boleh lah salahkan team production yang terlibat jugak. Apa pun, semoga rumahtangga akak dilindungi

    ReplyDelete
  2. uuish seram dalam lawak lawak ni hehe.. doakan yang baik2 saja n skrng ni x tengok drama sebab tengok pattern entah pape. malas tengok genre cemtu =P

    ReplyDelete

Powered by Blogger.