Bonding Time Day..

7:11 PM


Alhamdulillah..hari ni adalah hari yang paling seronok untuk anak-anak dan ina.Bonding time kami sekeluarga..termasuklah suami tercinta.Muahaha..payah lah nak bonding time dengan suami weekend ni.Sebab selalu sangat kerja.


Ragam Anak Daraku yang masih Kecil 



Dah lama sangat,tekak ni tak merasa lauk kenduri.Alhamdulillah..,hari ni baru dapat merasa.Segala periuk belanga kat daput tu..dapatlah bercuti.Eheheheh.. Walhal,,ina orang pertama yang terlalu seronok.Ehehehe.. bukanlah selalu.Huhuhuhu.


Semangat tu..,pagi-pagi lagi siap berpesan lagi tu.Agar anak-anak cepat bersiap.Maklumlah..ada anak dara kecil dua orang.Tetapi macam anak dara sunti pula tau.Tehehehe.Yang sorang nak cari baju..,ada jer yang tak kena selera (Soffea gebu lahh tu) dan sorang lagi..,macam-macam tak kena gaya.Tudung banyak sangat nak guna,pakai cabut pakai cabut tudung lepas tu menangis.Ermmm,stress weiiii dengan yang sulong tu pula (Sara).


So...,pagi pagi tadi..dah gosok siap-siap baju anak dan suami.Huuuhhhh! Lega sekejap.Pastu barulah boleh mama mekap siap-siap awal ha.Kikikiki.. Jam 12 tengahari,barulah gerak ke kenduri.


Sampai Ke kenduri Kahwin



Menu di  kenduri tadi,takde lah banyak sangat lauk.Sebabnya..,Ina datang awal sangat kot ataupun Katerer lambat menyusun makanan atas meja hidang.Hurmm...,sabar jerlah.Takpelah.Takat tu jer,rezeki Ina dan keluarga kali ini.Berbanding tahun lalu,di rumah yang sama..kenduri pelbagai menu masakan tradisional dan juga western.

Sesudah makan,dan kami  nak pulang ke rumah.Barulah nampak pekerja caterer tersebut keluarkan makanan dan lauk pauk lain.Aisehhh,ada laksa dan mee sup dan apa entah nya lagi.Huuuuu.Redha,,straight berjalan menuju pintu keluar (sebelum tu macam biasalah,salam kokop terlebih dahulu).



Pusing pusing Bandar



Lepas makan di kenduri tu.Suami pula terus masuk ke bandar Kuantan,Hihihihi..Konon nak pusing-pusing jer.Lastnya beli macam-macam pula.Hihihihi.. alhamdulillah.Reward untuk anak bini Mr.Z.Alhamdulillah..seronoknya..

Asalnya nak singgah ke Petronas Playsmart.Tetapi,takde rezeki.Tutup pula masa kami sampai Jam 1 tengahari.Jam 2 barulah buka..,huhuhu.Kecewa anak-anak ina.Itu sebablah Mr.Z bawa anak -anak shopping beli barang mainan.Ehehehe.


Okaylah..penat sangat ni.Sampai di rumah pun jam 3.30 petang..sebab singgah site visit untuk job suami pula tadi.Alhamdulillah,rezeki selepas berbelanja anak-anak dan isteri. 




1 comment:

Powered by Blogger.