Feedback Kisah SERAM Di INSTASTORY (INSTAGRAM)

12:00 PM
Minggu lepas,tangan ni terlalu rajin nak update kisah seram di Instagram Ina.Bukan senang lah duk menaip kat status instastory tu.. huhuhu.


Insta story INSTAGRAM



Rajin taip kisah seram itu pun,disebabkan ternampak flashback tahun lepas di Facebook timeline ina.Huhh! Semakin membara lagi nak menaip.Hahaha.. Semakin bersemangat nak berkongsi secara direct bersama followers di Instagram. Sebelum ni kisah seram pernah di terbitkan di Blog ina sendiri pada tahun lepas.


Baca kisah seram di sini : HOMESTAY 


Terngiang-ngiang bunyi suara perempuan mendodoikan baby.Itu salah satu sebab juga ingin berkongsi rasa seram kepada pembaca di Instagram.


SAMBUTAN MENGGALAKKAN


Seperti kebiasaanya,netizen memang gemar akan cerita-cerita seram.Baik melalui penulisan mahupun video rakaman.Amat mengalakkan sambutan daripada followers di Instagram Ina.Alhamdulillah,,itu pun mengambil masa 2 hari untuk menaip di ruangan Instastory.Emmm,ruang yang kecil di situ.. agak leceh..


pembaca excited



Tak sangka ada yang nantikan kisah seram lain pula.Insyaallah..,jika berkesempatan.Akan ada lagi kisah-kisah seram di Instastory Instagram ina.Semuanya..kisah seram pernah di tulis dari tahun 2017 dan pengalaman seram itu dari zaman bujang sehinggalah sekarang.Dan ianya adalah kisah benar dan bukanlah rekaan semata-mata.Cuma lokasi ada yang di ubah bagi menjaga aib.



GAMBAR BERJAYA DIAMBIL



Penampakan kebanyakan ina berjaya snap photo.Dan hasilnya,memang jelas kelihatan.Di fahamkan..,benda benda objek makhluk halus akan berjaya terakam dengan kamera. Nak kata Ina ni berani sangat.Tak pun..,pintu belakang rumah kena ketuk jam 1 pagi pun boleh keras kaku tau.Hahahaha.. Tetapi itulah,selalu sangat kena ganggu dengan makhluk halus dan lama kelamaan macam lali sikitlah.




5 comments:

  1. takut bila baca kisah2 seram ni..hihi

    ReplyDelete
  2. abe kie suka tengok ch Boo 404. Harap2 x terjadi kisah seram kpd siri sendiri la.

    ReplyDelete
  3. Baca ok, tengok kalau ramai-ramai baru berani.

    ReplyDelete
  4. mujur baca entry ni siang hari okayla sikit. kalo malam skip laju2 hahaha..

    ReplyDelete
  5. Kalau baca cerita tu ok lagi bab nak tengok xberani hahaha nanti ngigau auhhh

    ReplyDelete

Powered by Blogger.