Memendam Rasa

4:46 PM
Tajuk entri pun memendam rasa.Apa agaknya yang Ina pendam tu erk? Hihihh.. adakah rasa cinta? Eheheheh.Eh...,tak lah. Memendam rasa seorang ibu yang ingin memasak (baking) seperti membuat kuih,kek dan roti.Ohhh,rindunya semua itu..



anak membesar


Entahlah,setiap kali tengok status rakan facebook lalu lalang di wall.Keinginan tu membuak sangat.Tangan ni ha,menggigil nak juga sentuh oven.Nak buat roti,kek dan aneka makanan.Tetapi hasrat terpaksa di matikan begitu sahaja.Arghhhh!


Agaknya,sikap malas Ina start dari hand mixer rosak.Dari situ lah titik tolak ia bermula..Ececeh wahhh! Dan sekarang semakin ketara malas nak memasak yang melibatkan penggunaan oven.Huh! 


Sekarang ini pun,jika terliur nak makan apa-apa.Banyak order makanan secara online sahaja (makanan biasa biasa je..brownies ke).Errr, teringin nak buat kek cheese sendiri.Emmm..,nak membeli terpaksa berfikir 1000 kali.Sebab majoriti penjual kek,kebanyakan..(bukanlah semua) mengukus kek di dalam bekas plastik yang mampu mempercepatkan sel kanser aktif. Dan ada juga yang menjual kek secara sambil lewa seperti kek bantat, dan pernah sekali terbeli kek dan menyebabkan anak-anak muntah selepas makan kek tersebut. Errr..dalam wishlist lah mixer ni nanti..nak tak nak mesti kena beli juga.



TUNGGU ANAK MEMBESAR



Sebenarnya,Ina bukanlah pemalas! Sebab kalau dah pemalas,mesti dah tak berasap dapur kan? Abislah anak-anak dan suami tak makan.Ehehehe.. Sebab sekarang ni dalam fasa membesarkan anak bongsu yang kini aktif membesar.Biasalah kan.. anak yang masih kecil.Masih perlukan perhatian lagi.

Pernah dahulu,selepas habis berpantang.Akibat mengejar jualan roti.Anak terkena Oven panas.Mujurlah di kaki baby sahaja.Ya Allah! Cuainya mama.Demi mengejar hanya sekupang dua untungnya.Di kala jualan roti mama laris seperti pisang goreng panas.Ina sanggup berhenti menjual..Huuuh! Satu jer Ina berpegang.Rezeki sentiasa mengiringi ina bersama anak-anak ni.Cuma cepat ataupun lambat sahaja. Kan?? 



Kini,.. segala barangan seperti oven dan bread maker tersimpan rapi di dalam bilik stor.Huhuhuhu.. Hanya sebulan sekali sahaja ina panaskan oven itu.


4 comments:

  1. Saya pun suka baking tapi dah jarang pakai oven hehe.. Last baking minggu lepas, siapkan order biskut untuk sekolah. Pasni tak tau la bila oven tu akan berasap lagi :D

    [ www.ellatomo.com ]

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajinnya.seronok kan dapat hasilkan sendiri cookies tu.Puashati..rasa macam terapi pula yea

      Delete
  2. sama la kita hahaha lepas mixer kek rosak jadi malas jugak nak buat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.