10 Bintang untuk PASKAL The Movie!!

Semalam (Ahad) plan nak tengok movie Predator,tetapi sayangnya.Budak-budak tak boleh masuk untuk menonton.Huuu.. Awal lagi kami sampai di pawagam GSC Cinema di East Cost Mall,Kuantan.Hampa anak-anak masa ni.blur sekejap lah,di kaunter tersebut.Apabila jurujual tiket cakap macam tu.Dan suami dengan kadar segera order cerita PASKAL The Movie.Huhhh...



PELAKON PASKAL THE MOVIE


Tadaaa! PASKAL menjadi pilihan kami.Movie start jam 1.20petang.Jam menunjukkan pukul 11.30 pagi semasa membeli tiket..huuuh! Masih ada banyak masa lagi ni.Takkan nak pulang ke rumah pula.Hmm...,anak-anak pun dah start menangis nak makan tengahari.Sempatlah singgah makan di Boat Noodle  tu.






Boat Noodle


Okay..gambar kat atas ni takde kena mengena dengan PASKAL The Movie yerrr.Sebelum movie start,kami sempat makan tengahari di Boat Noodle ni.







Tips : Bawa Anak Ke Pawagam 


Review PASKAL The Movie



Setaraf filem Hollywood PASKAL The Movie ni tau.Sebelum ni,memang tak tahu langsung tugasan Navy ni macam mana.Yang ina faham,Navy ni menjaga perairan malaysia jer.Tak tahu pula seakan komando.Huihhh! Berdebar bila menonton jalan cerita ni.Latihan seorang Navy macam tu rupanya.Tegas dan berdisiplin tinggi.Waah! Ina dulu pun latihan wataniah (semasa zaman belajar) semput.Terus kena tendang keluar. Adeiii! 


Sejujurnya ..,setiap pelakon memainkan peranan yang baik.Masing-masing ada kekuatan bagi menghidupkan watak dengan jayanya.Terutamanya scene pertempuran.Excited sangat menonton sehinggakan tak sabar betul tunggu scene seterusnya.


Scene paling mencemaskan apabila hostage tu di tawan dalam sebuah bilik.Fuhhh! Betul-betul mencemaskan  terdapat banyak bom di dalam bilik tawanan.Masa ni nyawa betul di hujung tanduk.Silap sedikit PASKAL membuat keputusan,mati lah hostage tersebut.62 nyawa tuu.. Scene ni memang dekat di hati.Macam ina sendiri jadi hostage tu.Huuuuu! 



Tahniah diucapkan kepada pengarahnya Adrian Teh.Antara filem yang banyak aksi daripada dialog.Bukanlah banyak bersembang.PASKAL banyak aksi! Berdasarkan dari kisah benar lagi tu.Eheheeh.. 10 bintang rate untuk PASKAL The Movie.  




PELAKON PASKAL THE MOVIE


Hairul Hazreen
Ammar Alfian
Henley Hii
Taufiq Hanafi
Gambit Saifullah
Hafizul Kamal
Theebaan G
Jasmine Suraya Chin




Okaylah korang.Tak boleh nak cerita lebih-lebih.Korang kena lahh menonton sendiri yea.Jangan lupa saksikan PASKAL The Movie di pawagam pada 27 september 2018!! Seisi keluarga boleh tengok.. hihi.


Catat Ulasan

4 Ulasan

Hasrul Hassan berkata…
Hmmm mcam best je ni untuk ditonton dengan famili. Lama dah tak ada cerita macam ni kat pawagam. Lagi yng Malaysia punya.
Husniey Husain berkata…
Malam ni baru nak layan cerita ni kak ina.. Thank you share sini macam best je 🤗
azlina ina berkata…
best off the year lah ni.. hihii
azlina ina berkata…
ok..jangan termimpi pula abam paskal.Ahakss