OKTOBER!! Kini Kembali.. Goodbye September..

Banyak kenangan yang tak dapat di lupakan. Sama ada pahit dan juga manisnya. Kenangan sebagai seorang ibu,isteri, dan juga sebagai blogger.     Kini, bulan Oktober kembali. Setiap bulan adalah journey yang baru untuk semua manusia lalui di muka bumi Allah. Alhamdulillah, syukur  nikmat allah yang di berikan kepada Ina ni.



Blogger advertorial,collaboration in blog,Skincare



Rasanya.. bulan september lah paling banyak dugaan ina sebagai seorang blogger.Salah satunya ialah komputer rosak.Tak boleh nak siapkan task job.Huhuhuhu..Masa tu rasa nak give up dahh. Kisah ini boleh di baca kat sini.



Di sebalik dugaan Ada Manisnya 



Mungkin allah nak suruh ina ni berehat dahulu selama seminggu..ehehe.Tak payah update blog.Tapi stress juga,sebab banyak yang pending.


Di sebalik kisah komputer rosak,manisnya ada  selepas menghadiri blogger days out aka family days kbba9 yang diadakan di Farm In The City Masa ni semua stress hilang.



Komuniti blogger ,BLOGGER BEN ASHAARI,KBBA9






Alhamdulillah..,syukur sangat di temukan dengan team yang positif. Walaupun tak pernah bersua muka dengan blogger Kbba9 ni semua. Tapi macam dah kenal lama tau. Mereka ni semua peramah. Masing-masing bila ina tegur,semuanya ramah dan memang tak cukup betul masa nak bersembang.





Rezeki Berjumpa Kawan Lama



Ini pun rezeki juga.Setelah 11 tahun tak bertemu.Akhirnya kami bertemu kembali.Last jumpa pada 2008.. tahun 2018 kami bertemu kembali.Betul-betul rezeki..allah maha perancang! Apa yang di rancang,semuanya tak menjadi.Dan ini yang tak di rancang pula yang menjadi.Ehehehe..Syukur! Kisahnya di sini 

Dan kisah sepanjang september boleh di baca di sini 


Kesimpulan dari kisah di atas.Kita sebagai umat islam.Mestilah redha dan kuat dengan setiap ujian yang allah berikan ini.Semoga kita semakin kuat hendaknya.Aamiin..Ehhhh,ter islamik pulak dahhh.



type='text/javascript'>