Rawatan Di Klinik Wong,Kuantan

Dari sambungan entri lepas Rezeki ia datang dan pergi .Semalam baru kami ke klinik.Sepatutnya kelmarin,tetapi oleh sebab Pahang cuti.Makanya,semalam kami ke klinik lagi.Alhamdulillah,nasib baiklah buka klinik tu.Ini adalah salah satu,klinik favourite ina sekeluarga.


Baca entri : Klinik Mesra Pelanggan,Klinik Wong Kuantan




ubat,kanak-kanak,musim sakit,batuk,sakit mata,klinik wong Kuantan



KLINIK WONG,AIR PUTIH 



Alhamdulillah,kali ini.Rezeki betul.Cepat pula giliran di panggil oleh doktor.Berbanding sebelum iniEheheh..Duduk tak sampai beberapa minit,terus di panggil masuk doktor ke bilik rawatan.Sehinggakan,pesakit lain tercengang kehairanan disitu.


Kebetulan,malam itu.Doktor Lee yang bertugas.Okay juga doktor ni.Boleh tahan friendly dia.Tak sombong lah.Pandai pujuk budak-budak.Hihihi..

Dari segi checkup pun,bagus.Teliti orangnya.. 





JANGKITAN KUMAN (INFECTION) PADA MATA




Sebenarnya,Soffea tu berjangkit dari ina sakit mata.Sara dan Furqan,alhamdulillah.Tak berjangkit pula.Nasib lahh.Yang musykil,tak tahu lah macam mana boleh ada sakit mata.Misteri betul..pembawa utama masih tidak diketahui.


Kata doktor Lee lagi,sakit mata Soffea itu adalah disebabkan infection.Simptom sakit mata yang di alami Soffea ialah gatal-gatal mata,mata bengkak dan di sertai bertahi mata.Jika bangun pagi,lagi lah banyak.Sehinggakan mata Soffea tu payah nak buka.Macam kena gam dah matanya.Hihihhi.. 


Berbeza dengan diri Ina.Sakit mata Ina pula,simptomnya bermata merah dan disertai bertahi mata sahaja.Dan mata ni berdenyut sakit.Macam kena tumbuk senak nya..Aduiii..




 BATUK BERKAHAK




Seterusnya,Doktor Lee melakukan checkup keatas Sara pula.Iyalah,dia batuk.Doktor check juga dada.Kot ada bunyi sesuatu yang pelik ke kan? Abnormal kat belakang dada ke. Alhamdulillah,takde lelah.

Dan ..,Sara ni dalam tekak dia sahaja yang teruk bengkak.Patut dia ada mengadu pada ina.Bahawa tekak sakit.


Sama kes seperti ina juga Sara ni.Ina juga batuk..huhu.Siap batuk berkahak lagi.Huhhh.Jenuh nak pergi ke sink.Nak buang kahak.Euwww! Geli kan? Hahaha..Ina sendiri pun geli.Aduiiii.. bila lah nak pulih seperti asal.Suara pun dah jadi kasar ni..Hahahaha. 




BEKALAN UBATAN KLINIK


Selesai mendapatkan pemeriksaan dari Doktor Lee.Kami di bekalkan ubat.Eheheh..Ina siap request lagi pada doktor.Nak ubat paling kuat sekali.Hahaha.Plan nak ambil tablet ubat batuk.Tetapi disebabkan tekak ina bengkak juga.Kotlah sekerat jalan je makan.Mana tau lah kan? Tekak sakit nak telan.Tetiba dapat tablet besar macam ubat uphamol 360 tu ker? Tak ke jenuh nak menelan.Hahahhaha..

Akhirnya jenis sirap Doktor bagi.Kuat betul ubat ni.Makan ubat batuk ni,terus tertidur.Hihiihi..Patutlah di bawah kawalan ubat batuk ni yea..Ada dengar juga,mat pet suka makan ubat batuk walhal tak batuk.Dia buat lalok situ.. 


Ubatan lain yang doktor bekalkan ialah ubat titis sakit mata,gatal-gatal mata untuk Soffea (2 jenis) ,ubat batuk dan antibiotik untuk sara (2 jenis),ubat batuk dewasa.


Jumlah keseluruhan bagi ubatan dan servis doktor bernilai RM 88.00 sahaja.Ohhh,lupa betul nak minta MC Sara.Doktor Lee pun dah offer surat MC semalam.Tetapi memang rushing semalam.Hihihi..Klinik dah nak tutup masa tu.Staff pun kelam kabut lah.Jadinya,Sara ke sekolah.Cuma dia tak lah makan ubat batuk.Risau pula,jika dia tertidur dalam kelas.


Moga ujian yang allah hadirkan ini buat kami sekeluarga.Allah s.w.t gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.Aaamiin Ya Rabbi Alamiin.





type='text/javascript'>