TAK JUAL ROTI DAH?


Motiff? Saja letak gambar kat atas ni.Last make up cecantik letup macam ni semasa Dinner ofis satu ketika dahulu.Gambar kat atas ni pula tahun 2018.Eheheh..Haipp,bukan nak cerita pasal ni lahh.



JANGAN PANDANG BELAKANG




Huhhh! Bukan nak menyombong.Jauh sekali.Tetapi ada juga yang salah beranggapan.Suka bercakap di belakang.Itu biasa.Kalau bukan manusia.Lumrah sikap manusia yang suka mengeji dan menghina.Lagi-lagi,raut wajah Ina seakan sombong.Tetapi memang Ina ni rabun.So,,pepaham lah.Kikiki.. Tak bertegur sapa ketika bertembung,itu adatlah.Kejar masa gitu,kejar anak-anak lagi yang bijak membesar.



Maksud ina ni,jangan toleh ke belakang adalah jangan kita ingat apa orang buat kat kita.Orang kutuk ke apa.Nak ingat,nak kenang..boleh.Silakan! Tetapi jangan sampai terus beremosi.Jangan biarkan kenangan lalu block fikiran kita.Hancur mood..hancur aura positif dalam diri.



TAK JUAL ROTI DAH??



Satu ketika dahulu,ina bisnes roti.Setiap hari open order roti beraneka jenis.Dan setiap hari juga lah roti panas-panas di jual mengikut tempahan customer yang mana ia datang dari jiran tetangga,ibu bapa pelajar (sekolah anak),serta rakan facebook.


Paling banyak,2kg jer ambil order. Ada bun kacang,bun sardin,roti bunga sosej dan roti berkeju.Sehinggakan tak cukup tangan nak membakar.Sebab semuanya ambil waktu petang.Customer ambil roti untuk minum petang.Setiap hari pula di jual masa tu.Walaupun seronok,tetapi itulah.Masa pula tidk mencukupi..




Demam urat



Entahlah nak kata apa.Semasa ina aktif menjual roti hanya terus dari rumah.2 bulan juga berlangsung bisnes dengan baik.Ada suat u hari tulah,tubuh badan sakit-sakit.Demam urat.. Ohh,ya.Untuk pengetahuan korang.Ina uli roti hanya menggunakan tulang 4 kerat ni jer.Walaupun Bread Maker ada,tetapi tak guna pun.Bagi ina,lebih seronok uli dengan menggunakan tangan sehingga doh menjadi lembut.




DIRI SERBA TAK KENA




SAKIT!! Itu jer yang mampu kata.Setiap kali kata  niat dalam hati pun..,kata nak jual roti.Kepala macam nak pecah.Sakit sangat. Habis bisa badan.Menangis jer lah mampu.Menangis di sejadah dan depan al-quran.Nak cerita pada suami.Suami tak percaya.Hmm,jadinya..Ina senyap-senyap lah menanggung kesakitan.Sendirian.Tetapi apa yang peliknya,bila tak menjual roti.Ina sihat sangat.Rasa ringan badan,ceria dan tak beremosi.Mungkin juga stress kot.Ehehehe.


ditambah dengan mempunyai baby ketika itu.Habis melecur kaki baby..



REZEKI LAIN



Alhamdulillah,walaupun dah tak menjual roti lagi.Walau ada yang bertanya seolah seperti menyindir.Ina okay jer tak berbisnes.Rezeki ina bukan sebagai bisnesswoman.Kini waktu ina banyak terluang dengan menjadi fulltime blogger.Alhamdulillah.





type='text/javascript'>