Terharu Dengan Komuniti Blogger Yang Mengamalkan TEAM WORK

Assalamualaikum.. 


 Harini tiba-tiba boleh ter flash back pula sebagai seorang ahli dalam Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9).Baru setahun jagung ina sebagai ahli dalam komuniti tersebut.



Komuniti blogger,Kelab Blogger,kbba9,ben ashaari



TIADA MATLAMAT JELAS DALAM KEHIDUPAN 




Haaa.. masa tu kan.Ina dah lama sangat perhati dari jauh Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) ni.Sebelum bergelar blogger secara full time ni.Ina ada bisnes kecil-kecilan sahaja.Pelbagai perniagaan  ina cuba.Berniaga pun setakat main-main.Mana lah nak dapat hasil kan? Takde matlamat jelas.Ada Push Factor tetapi tidak jelas matlamat.Haaaa..Lastnya gulung tikar lah.Ekekeke.. MLM,keluarkan produk sendiri dan menjual roti dan biskut raya.Hihihihi.Lastnya.. penat weeiii! 


Pelbagai fasa ina pernah rasa dahulu di dalam dunia bisnes.Ehehehe.. Tetapi macam ina cakap tu lah.Penat yang dapat. Mungkin juga rezeki yang tidak berkat.Siapa tahu kan?




BUTA IT



Okay,berbalik kepada tahun 2013 lah.Ina perhati jer komuniti Kelab Blogger Ben Ashaari. Yang ina tau masa tu,founder dia jer Ben Ashaari. Kenal pun,sebab Ben Ashaari pernah muncul di kaca televisyen.Jika tak silap dalam rancangan selamat pagi malaysia.Haaaa,masa tu Ina tak excited lagi untuk Join Kelab tersebut tau.Sebab tak tahu fungsi.Ape itu blogger pun Ina tak faham.Ehehehe.Begitu daif kan? Ala,masa tu ina duk sibuk bisnes.Mana nak layan facebook pun.Itu pun,suami yang create Facebook tau.. hahaha.Yup.Ina buat IT masa tu tau.. hal sebenarnya.Hihihihi.. Jujur kan? Pengakuan Ina ni.Ehehehe.Takpelah,ekslusif kat blog ni jer pun.Hahahaha..




MINAT MEMBACA BLOG



Kerap pin post di group facebook Kelab Blogger Ben Ashaari sebenarnya.Walaupun ina buta IT masa tu kan.Promote kat Facebook jarang sekali. Tetapi blog tak pernah lupa update.Ehehehe.. waktu tu,blog utama nurimanqhaisara.com .


Tahun 2013 dah start baca kisah-kisah Ben Ashaari di blog.Seronok baca kisah-kisah kekeluargaan gitu.Ohh,pastu hanya setakat silent reader sahaja. 



PROPOSE KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (KBBA9)



kelab blogger ben ashaari,founder ben ashaari,collaboration blogger,advertorial blogger





Ina start serius berblogging tahun 2017.Pernah lah tanya blogger senior yang famous.Tanya jer macam mana nak dapatkan job macam mana.Tips blogging. Rupanya,silap langkah daaa.Sekali tu,PM dari ina tak berbalas.Yup,pelbagai perspektif dari ina.Ehehehe.Tu lah kan? Ramah tak bertempat.Siapa nak bagitau tips dan petua segala.Ehehehe.


Selepas dari itu.Ina terbuka hati,ringan pula jari jemari yang runcing ni nak PM Ben Ashaari selaku founder Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) ni.Entahlah.Masa ni,Ina redha jer.Jika di reject ke apa.Janji redah lautan.Hahahah.Sebab dalam hati,memang nak serius blogging.Memang nak ilmu sangat tentang dunia penulisan digital ni.Dah blog ina asyik duk bercerita pasal hantu jer.Penat tau.. 



Pernah terfikir dulu,dah ada komuniti.Mesti mempunyai PA..tetapi silap.Pemilihan dan tapisan di lakukan sendiri oleh founder.Hihihihi..

KBBA9 ? 9 ialah tahun ia mula di tubuhkan komuniti kelab 

Semangat tak tahu dari mana mari.Alhamdulillah..,memang tak sangka betul.Ben Ashaari minta nombor telefon untuk di masukkan ke dalam group tersebut.Tetapi korang ingat mudah ke tu nak jadi ahli kelab tersebut? Kena rekrut terlebih dahulu okay.Hahaha..Rindu pula moment tu.Sebab founder dia nak blogger yang berkualiti.Bukan jenis tak serius dalam komuniti tersebut.




KOMUNITI BLOGGER



Salah tanggapan lagiiii.Hihihii.. Betapa cetek ilmu ina ni haa.Dulu fikir Kbba9 ni macam agensi kot.Hahhaha. Kelakar tak korang? Okay.Korang boleh lah ketawa dulu yea.Hihii. Rupa-rupanya Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA9) ni mempunyai lebih kurang 80 ahli termasuk founder sendiri.Besar kan komuniti kami? Ahlinya terdiri dari pelbagai profession seperti 
( guru,polis,askar,arkitek,engineering,surirumah dan juga penulis).Dan untuk pengetahuan korang komuniti kami dari serata negeri.


Yang best tentang komuniti KBBA9 adalah,kami sama-sama mengamalkan sikap teamwork.Kami berkongsi rezeki bersama ahli.Ilmu ,pendapat dan perbincangan menjadikan kami semakin akrab antara ahli dan founder.Selain itu,ahli komuniti juga mempunyai dari pelbagai niche blog iaitu Travel,beauty,parenting dan lifestyle juga.


Terima kasih juga selaku Founder kelab.Aben yang mempercayai ina untuk terus  ina berada di dalam komuniti ini.Alhamdulillah.. 


Semoga rezeki komuniti kami lancar dan berkat hendaknya.Aamiin.. 



Okay korang untuk mengenali apa itu Kelab Blogger Ben Ashaari jemput ke laman sosial berikut 


dan search hashtag #kbba9 di laman sosial media





WEBSITE : KELAB BLOGGER BEN ASHAARI (KBBA9)



type='text/javascript'>