Ini Punca Mengapa Tidak AKTIF Di Socmedia

Assalamualaikum..

Berikutan kes batuk berkahak minggu lepas. Kira-kira sudah menghampiri ke empat minggu lamanya yang datang menyerang Ina.Kali ini memang betul-betul kuat Allah menguji tahap kesabaran.



Refer Ke Klinik Kesihatan


Isnin yang lepas, setelah batuk semakin berlarutan. Suami membawa ina ke Klinik Kesihatan. Pada malam kejadian, sebanyak tiga kali Ina muntah. 

Batuk pula bukan biasa-biasa.Bila baring jer,beberapa minit.Terus batuk berpanjangan.Ermm, Kebiasannya memang tidur jam 12 tengah malam.

Batuk pula dari 12 tengah malam sehingga jam 1 pagi.Batuk pula tanpa henti.Penat sangat-sangat batuk tanpa henti selama sejam lamanya.Seolah rasa nak mati dah masa tu tau..



Asyik Berulang Ke tandas



Dengan keadaan batuk. Puas cara Ina lakukan bagi meredakan keadaan batuk tersebut.Baju pula,pakai berlapis-lapis.Bukanlah demam,kot risau jer.Kot akibat kesejukan,batuk mula terjadi.Tetapi sangkaan tetap salah.Huhhh!


Batuk pula jenis berkahak.Setiap seminit akan  berulang ke tandas bagi membuang kahak.AAdeiii! Sangat-sangat penat ketika ini. Tidur pun tak lena,keesokan paginya.. migrain pula datang menyerang. 




Suspek Batuk Kering (TiBi)



Apabila ke Klinik.Macam biasa lah..,nurse dan doktor akan claim sebagai batuk kering (TiBi). Masa tu kan,rasa sedih sangat-sangat.Dan membuatkan diri Ina betul-betul down 


Bila dah sampai giliran.Serta nama di panggil oleh doktor.Darah di ambilbagi sample laporan penyakit Batuk Kering (TiBi).Memang terkejut sangat.. Darah kena ambil lah pula.


Bukan itu sahaja.Lengan sebelah kanan pula di cucuk dengan Injection detect penyakit batuk kering (TiBi).TLagi bertambah terkejut Ina ni tau.. 

Ya allah,sangat sakit Injection yang ini.Selepas di cucuk, bekas cucukan tadi sudah menjadi berbentuk seperti di gigit nyamuk.Jarumnya begitu halus..perit semasa jarum di keluarkan dari kulit.


Kata nurse yang bertugas,jangan di garu dan kita tunggu hasilnya pada hari khamis.Samada awak betul ada TiBi ataupun tidak.





batuk kering,batuk berkahak,SUSPEK BATUK KERING


Segala bekas di bekalkan kepada pesakit. Yang botol tu,untuk sample kahak.Dua hari kahak kena hantar ke klinik bagi tujuan kerja-kerja makmal.Alhamdulillah, kahak telah pun berjaya di hantar ke makmal. 

Jenuh lah jugak nak keluar kahak.Sebab doktor bekalkan ubat berhenti kahak,antibiotik dan selsema.Ohh,ya..batuk ina ni disebabkan oleh selsema.Sebab itu lah jadi berkahak.Ermmm..




Result


Hari khamis (semalam) repeat ke klinik lagi.Bagi checking injection TiBi tu. Dan..,alhamdulillah. Ina bukanlah POSITIF Batuk Kering (Tibi). Tetapi macam mana pun, appointment berikutnya kena juga ke klinik bagi ujian X-TRAY. Bagi memenuhi prosedur klinik kesihatan.



Tanda selepas membuat injection Batuk Kering (bukan POSITIF Batuk Kering) :


1. Tiada tanda berbekas seperti gigitan nyamuk dan bengkak pada tangan.Serta tidak timbul.

2. Bekas cucukan tidak menjadikan kulit berbintat seperti BCG. Rata sahaja pada kulit. 



Tanda-tanda lain pengidap Batuk Kering :


1. Demam
2. Batuk berpanjangan.
3. Batuk tanpa  kahak.
4. Selera makan berkurangan.
5. Berat badan susut.


Berat badan Ina ketika itu turun sebanyak 4 kilo.Ini adalah disebabkan sebelum batuk.Ina sudah bermula jatuh sakit dari sakit mata,cirit-birit selama 4 hari dan apabila cirit birit pulih,di sambung pula dengan batuk.


Jadi,memanglah berat badan Ina berkurangan dan semakin kurus akibat tidak berselera makan.Ini semua disebabkan fobia dengan makanan yang pedas dan sebagainya.


Alhamdulillah,terima kasih kepada rakan-rakan blogger Ciknor dan kak Azni,family dan suami tercinta memberi semangat  ketika Ina sedang bersedih menghadapi ujian daripada Allah s.w.t. Semoga korang sentiasa di dalam lindungan allah selalu..






type='text/javascript'>