Kulit Yang Cantik Bermula dari Cara Mencuci Wajah

Assalamualaikum..





Yeeehuuu... Alhamdulillah.Sekarang ni memang Ina tengah menggila.Ehehehe..Gila apa tuu? Yang pasti,bukanlah gila meroyan. Of course laa,gila dan taksub kepada beauty stuff.Heeeehhhh... Dah kata nak cantik kan? Ahakss...!



Nak dapatkan mekap yang tak bercapuk dan kulit yang bersih semuanya bermula dari penjagaan kulit muka.Dengan mencuci muka lahh..


Sebetulnya,ini semua bukan dalam wishlist tau.Ehehehe..Dah terbeli tanpa sengaja.Hihiks! Okay.


Untuk pengetahuan korang,gadget beauty ni namanya adalah Pobling.Biasa mencuci muka guna tapak tangan (kaedah manual) jer tau.Huhuhu.. Biasa jer tau.Hasilnya pun,biasa-biasa aje.


Kini hasilnya pun luarbiasa dengan adanya Pobling ni..Ceeeewah! Betul.Ina tak tipu korang tau.Dengan menggunakan pobling pore cleanser ni, ia membersih ke liang pori wajah.Hebat tak? Muka pun bersih betul selepas mencuci dengan Pobling Pore Cleanser ni. Betul-betul sayang gila kat gadget ni  tau.Hihihi.. 





muka bersih dengan pobling,cara mendapatkan kulit licin dan bersih dengan pobling





Berus Pobling pore cleanser ni tidak menyakitkan,sebab ia halus.
Berkesan dalam kerja-kerja membersihkan sisa mekap.
Mudah di gunakan.
Menggunakan bateri bersaiz AAA.




Cara menggunakan Pobling pore Cleanser



1. Basahkan terlebih dahulu berus Pobling pore cleanser.
2. Letakkan pencuci muka pada bulu berus tersebut.
3. Tekan Switch ON di butang, dan akan terasa getaran .
4. Gerakkan Pobling pore cleanser tersebut ke seluruh muka, biarkan ia mencuci sebersihnya.
5. Bilas muka dan lapkan.


Nota : 

1.  Boleh digunakan setiap hari untuk cucian muka lebih bersih.
2. BERHENTI menggunakan Pobling pore cleanser jika terdapat iritasi pada kulit seperti ruam dan sebagainya.



Gambar kat bawah ni bukti kulit ina dah bersih selepas menggunakan pobling pore cleanser ni tau.Seriously,jika takde gadget niii,sapu foundation pun tak nak lekat.Dia macam malu-malu jer nak lekat di muka ni tau.


 Ini antara gadget kesayangan ina sekarang.Heee..


Dah alang-alang ada gadget beauty ni,macam biasalah muka suami pun ina tetap jaga.Huhuhu.. Ermm,suami kata dah macam eksperimen muka abang ni haa... ekekeke. 


Okay..,nantikan gadget beauty seterusnya yang ina beli.Ehehehe.. rasa seronok pula bila mengumpul benda-benda macam ni tau.Nak ke spa, bajet pun sendu .Hukhukhuk...buat sendiri puashati.Jimat kos dah! Jadi,Ina mengambil langkah dengan mengumpul gadget ni semua.Ahaks! 


Ohhhh,,lastly sebelum terlupa.Korang kalau nak membeli juga gadget ini boleh ke website : Althea 


Perbezaan beli pobling  ni dengan luar adalah, di Althea juga terdapat menjual berus bulu gantian tersebut.Jika beli di luar, tiada yang jual.Jadi,lebih baik kita cari yang turut menjual sparepart sekali kan? Mudah bukan?

Untuk semua produk Kbeauty,boleh terjah ke website tersebut.Betul-betul di terbangkan dari Korea Selatan.






type='text/javascript'>