Outdoor Di ZON LARANGAN,Sudahnya Malam di Ganggu

kenduri kendara, majlis perkahwinan,cuti sekolah



Bila musim cuti persekolahan bermula.Sana sini penuh dengan jemputan kahwin.Maka moment ini pun bermain di kepala.Walau bukan majlis perkahwinan kami pada hujung tahun.Tetapi peristiwa seram ni tetap masih terpahat di memori.


Kiranya dah jadi wajib bagi pasangan pengantin untuk sesi outdoor mereka.Ehehe.Katanya termasuk dalam pakej yang di ambil.Maka,selepas majlis akad nikah,sesi makan beradab dan sesi potong kek telah berjaya di siapkan.

Seterusnya sesi outdoor,kebiasaannya sesi outdoor ini dilakukan pada sesi petang.Seperti majlis kami,sesi outdoor ( sesi bergambar di luar perkarangan rumah pengantin).



Sesi Outdoor



Yup,sesi outdoor.Orang kata sekali seumur hidup.Of course lah nak juga kan? Buat kenangan ke anak cucu cicit..ehehe.Itu kalau sempatlah ke cicit. 

Outdoor kami di cadangkan oleh kawan kepada Pak Andam kami.Pak andam kami ni lelaki.Hmm,namanya Wan.Jika tak silap orang Bukit Goh.



jurumekap bukit goh,Mak andam,MUA Bukit Goh,MUA KUANTAN



Ini pun,atas rekomen kawan-kawan.Ramai yang cakap mekap dia cantik dan naik seri.Jadi,Ina pun terus booking dia untuk majlis.Alhamdulillah,dia jaga Ina dari awal majlis sehinggalah habis majlis.Syukur sangat dapat pak andam yang macam ni.Syukurrrr! Tak salah ambil.

Dan,mekap pun Ina repeat lagi dengan dia untuk dinner semasa bekerja di De Bayu Automotif pada tahun 2012.Okay..yang ni...,bukan dalam cerita entri ni tau.Jadi..abaikan.



Photoshoot di Satelite,Beserah




outdoor kahwin,sesi gambar,satelite



Haaa,outdoor ini.Betul-betul diatas bukit.Jika diikutkan ia tempat larangan.Memang tak boleh masuk,beb! Siap pada pagar lagi ada signboard larangan.

Yerlah,tempat satelite kot. Pencawang satelite..,besar.Kang keras kejung mati kat situ.Ye tak? 

Tetapi disebabkan ada kenalan,makanya.Kami berani lah masuk kawasan larangan tersebut.Gigih juga panjat bukit satelite,yang tak seberapa tinggi.


Pemandangan kat sini memang sangat cantik.Dengan rumput menghijau,tebal juga lah rumput tu.Dan selebihnya rumput kering.Ekekee..itu yang spoil separuhnya.




Kubu komunis,satelite kubu,


Kubu,komunis di Satelite


Hah..korang nampak tak Ina tengah bersandar tu? Itulah Kubu komunis.Ehhh,tak pasti kubu apa.Tapi kat situ lah,tempat orang lama pertahankan diri ketika berperang.

Kat sini ada satu jer kubu di Satelite,iaitu betul-betul di kawasan satelite di bina.
Dan.., oleh kerana tempat ni cantik.Maka dengan itu..,photographer kami pun suruh pengantin masuk kedalam kubu tersebut bagi mendapatkan shoot yang cantik.Kami ikutkan sahaja,janji cantik!

Agak lama juga kami berada di sini.Adalah dalam sejam juga.Hihiihi..,masing-masing kaku depan kamera.Yerlah kan,nak bergambar peluk bagai.Malu tauuu.

Selepas selesai,kami semua pulang.Alhamdulilah..



Malam Menjelma


Kami seisi keluarga kepenatan setelah seharian meraikan majlis perkahwinan.Alhamdulillah! majlis telah selesai dengan jayanya.Makanan semua mencukupi walaupun jemputan di luar jangkaan.Eheheh.. Majlis perkahwinan diadakan pada Tahun Baru Cina iaitu pada tarikh 3.2.2011 (khamis).

Jam 10 malam,kami pasangan pengantin dah masuk ke bilik.Suara-suara menyakat dah kedengaran ketika itu.Sepupu dan saudara mara yang kuat sangat mengusik.Hihihi.

Masa ni,suami dah tidur kepenatan di atas katil.Nasiblah sempat cabut semua cadar pengantin tu semua.Dan tinggallah ina sendirian.



Kejadian Seram Berlaku



Apabila saudara mara pulang ke homestay.Rumah ina ialah rumah kampung.Jadinya,bilik tak banyak.Makanya,Ina sudah sediakan homestay untuk saudara mara yang jauh bagi melepaskan penat lelah mereka disana.

Lebih kurang jam 12.30 malam.Mata Ina ni langsung tak boleh tidur.Iyalah kan.Salah satu puncanya,ialah ada seseorang di sebelah.Rasa janggal pula,biasanya tidur dengan adik beradik tapi malam ni tidur dengan lelaki.Dan perasaan takut pun ada.Ehehehe.

Mungkin juga sebab badan terlalu penat,tetapi dalam masa yang sama otak memikir pelbagai untuk majlis di sebelah lelaki pula.

Fuuhhhh! Sambil tengah memikirkan masalah itu semua.Ina cuba pejamkan mata.Cubaan melelapkan mata gagal.Puaslah juga membaca ayat-ayat lazim sebelum tidur.Pun masih tak mahu tidur.


Ketika hampir berjaya melelapkan mata.Tiba-tiba terdengar bunyi bising dari arah luar rumah.Cuba amati bunyi tersebut datang dari arah mana.Bunyi semakin menghampiri bilik kami.

Pada awalnya bunyi seperti orang bermain bola jaring.Seperti nya melambung bola ke lantai.Tap..tap..tap.. tap.

Semakin ingin amati bunyi tersebut.Ia semakin kuat menghampiri luar bilik iaitu di hujung kepala katil.

Bila bunyi semakin dekat,seperti bunyi kaki pesalah yang diikat rantai besi tu.Yang menyeret kakinya sambil berjalan menghampiri bilik Ina.Haishhh,seram sangat masa tu tau.

Ina nak kejutkan suami.Tak sampai hati,lagi pun malu pula.Yer.Kami baru sahaja sah sebagai suami isteri.Hihihi.

Kesudahannya..,Ina tidur dalam ketakutan pada malam tersebut.



Lemah Semangat



Pesan Ina kepada korang yang bakal berkahwin tu.Jika rasa diri tak kuat semangat.Elakkan dari pergi ke tempat-tempat macam ni.Elakkan sebolehnya.Jika tak jadilah seperti Ina ni haa..Sorang-sorang kena kacau..

3 comments:

Powered by Blogger.