Setelah 2 Tahun,Baru nak Guna Teko

3:13 PM
teko,beli dalam katalog,kisah teko



Assalamualaikum..


Pagi-pagi lagi duk upload gambar teko ni dalam Instagram @azlina6861 . Gigih sangat baru nak guna teko baru tapi dalam masa yang sama stok teko bertahun di dalam almari.Hahahha.. 

Kisahnya... (muehehe..sebijik macam makcik bawang puya story kan? Ahaks! Abaikan jika tak suka..)

Teko ni memang betul beli dah lama.Usia teko ni pun dah cecah 2 tahun juga.FRUST sangat lah ni sebenarnya.. tu sebab lama terperap tambahan lagi sekarang ni pun guna teko corak style arabic sikit. Macam teko aladdin pun ader.Kahhh.. 



STOKIS



Nih baru nak masuk ke cerita sebenar lahh.. ehehe. Teko ni di beli dengan orang tengah.Maklumlah,benda-benda macam ni Ina memang kurang minat sedikit.Tetapi disebabkan ia satu keperluan, maka terbeli lah satu set teko ni dengan satu katalog. 

Entahlah nak kata apa.Jika tak silap dahulu pun ada kes juga beli dengan katalog ni.Ada jer barang yang tak cukup.Walaupun Ina order satu set.Ada jer item yang tercicir.Kes sebelum ini,cawan tak cukup.Tetapi,mujurlah dapat juga.. akhirnya, itupun lama menunggu.Jenuhhh..


Tidak Bernasib Baik

Yup,tak dinafikan nasib selalu tidak menyebelahi Ina apabila membeli barangan dari katalog.Kali kedua beli set teko.Kali ini amat malang sekali.Sampai ke tahun 2018 tak da jawapan.Hmmm..., sedih sangat.

Walaupun set teko tu takdelah mahal dan berjenama.Tetapi nak lah juga.Sebab Ina pun bayar guna duit.Bukannya berhutang tau.Kecewa! 

Lepas dari kejadian tersebut,terus rasa serik sangat-sangat apabila berlaku macam ni.Jika ternampak set pinggan mangkuk yang cantik sekalipun didalam katalog,tahankan aje nafsu nak membeli itu semua.

Lebih rela beli sendiri,depan mata lagi.Puashati lagi.. dapat pilih dan pegang.Tetapi untuk produk pingan mangkuk lah.Jika barangan lain seperti pakaian,barangan eletrik dan sebagainya Ina lebih selesa membeli secara atas talian.Ehehehe.. 




Minuman pagi



Pagi tadi pun,bancuh Teh tanpa penutup asal  teko lah.Tapi cover dengan piring cawan saje.Boleh juga guna,cuma tak best lah kan? Pelik pula takde penutup teko.


Hari ni guna teko ni pun.Sebab teko lama tu macam nak standby pecah..nampak crack dah tuu.Ehh,,kot-kot aladdin nak keluar lah erkk.Ahaks! 






1 comment:

Powered by Blogger.