Treatment SULAM KOREA di Hannan MediSpa | Kulit Glowing Tak Perlu Guna Foundation Lagi

10:54 AM
Assalamualaikum..


Sabtu baru-baru ini.Ina berkesempatan untuk memanjakan diri di sebuah Spa yang terletak di Jalan Putra Square 4,Putra Square iaitu Hannan Medispa.

Ehehehe..,alhamdulillah.Sebenarnya tak berapa sihat batuk dan cirit-birit.Tetapi bila sampai jer di sana,terus masalah ciri birit OFF sekejap.Ehehe..betul-betul memahami tuan badan ni kan.. 



spa hannan,treatment wajah di spa,Treatment glowing  wajah di spa




Tujuan Utama ke Spa



Setelah frust dengan muka sendiri..,bukanlah bermaksud nak mengubah ciptaan allah,frust sebab menyampah betul setiap kali guna foundation.Muka cepat berminyak.Foundation cepat hilang lah.. tak kekal pada muka ni ha..

Jadi,nak lah juga juga mencuba treatment di Spa pula.Sesekali buat pelaburan pada diri sendiri kan? Ini adalah salah satunya wishlist ina sendiri..Ehehehe.Alhamdulillah,tertunai sudah.




Tertarik Dengan Pakej Di Hannan MediSpa 



Urmm,sebenarnya kali pertama tertengok FB ads tentang iklan Sulam Korea.Terus falling down..falling down.. dengan pakej yang di tawarkan ini.Apa lagi.Terus risik staff Hannan Spa melalui whatsapp.

Mudah berkomunikasi direct begitu.Mesra pelanggan.. clear semua soalan yang berlegar di kepala ni.Semua ina tanya,di jawab dengan penuh mesra.




Bercinta nak ke Hannan Medispa


Bila duit tabungan sudah mencukupi pula.Bercinta betul nak boleh sampai ke Hannan MediSpa ni tau.. Huhuhuh.Sabar ajer lahh.Pelbagai masalah.. Uhukss!


Plan memang nak datang ke Hannan MediSpa ni bulan October.Tetapi pelbagai dugaan yang singgah silih berganti.Dugaan sakit.. batuk,selsema,demam dan cirit-birit.

Akhirnya..Tadaa! Bulan November pada tarikh 3 hari bulan baru berkesempatan ina jejakkan kaki ke Hannan MediSpa ini.Ina kuatkan diri,siap berpesan lagi pada diri sendiri ni.Walhal pagi tu cirit-birit dah tahap kritikal dah.10 minit sekali asyik masuk ke tandas dan hari ke 3 tu ina cirit birit dan memang tak sangka.Hari ada appointment ke Hannan MediSpa,perut bekerjasama dengan ina.Alhamdulillah.





Appointment Di Hannan Medispa



Sebelum ingin lakukan treatment di Hannan MediSpa ni,korang memang wajib set appointment terlebih dahulu.Di mana-mana spa pun sama.Memang sangat penting untuk appointment untuk booking slot.Rasanya jika korang datang walk-in begitu..gerenti full house punya.Ehehehe.Balik menangis jerlah.HIhhi.


Ohh,ya.Appointment di diperlukan sehari sebelum treatment.Staff yang set time dengan client.Kebetulan slot ina masa tu,last yang kosong.Jam 5 petang dah.Nak tak nak,terpaksa lah grab.Sebab i so excited haaa.. Ekekekeke.. Tak sabar nak rasa muka ni di belai.Hahaha.1st time kot pengalaman.. 





Ruangan menunggu 




Selepas beberapa minit menunggu di ruangan menunggu tetamu.Ketika itu,agak ramai lah yang menunggu giliran.Errr,sepatutnya kena hidangkan minuman lah kepada customer kan? Welcome drink gitu.. ehehe.Customer kan dah menggunakan perkhidmatan di Hannan MediSpa ni kot.Hihhihi..

Kali ini ..Ina sorang jer.Tanpa di temani anak-anak dan suami.Lega lah.. boleh lah relaks sedikit kan.. hihhi.Me time gitewww..





Okay.. apabila nama di panggil.Berdebar pula,seolah macam nak cabut gigi pula tahap debaran nya.Hihiks..




hannan medispa,treatment hannan medispa,spa kuantan




Suasana spa ni sangat bersih,wangi dan menenangkan betul.Tandas dia pula tersangat lah wangi.Huihhhh.Betul-betul menenangkan.. sebab siap-siap masuk tandas dahulu sebelum treatment berjalan.


Bilik ina no 8.. tetapi treatment yang ina ambil tu bukanlah BB glow.Ina ambil pakej Sulam Korea tau.Ehehehe..


Juru therapis kat sini.Dia explain step yang di lakukan kepada ina.Kiranya customer pun boleh lah tahu apa yang sedang dibuat dan fungsi setiap treatment itu.




mesin spa,hannan medispa treatment,treatment glowing



Mesin Sepanjang Treatment di Hannan MediSpa


Haaa..,mesin ni lah yang di gunakan semasa treatment tu.


Step by step treatment.Firstly,therapist cuci muka ina terlebih dahulu supaya sisa make up yang ina pakai tu dibersihkan sebetulnya sebelum memulakan sesi treatment.



Steam Muka Terlebih dahulu



Bagi melancarkan sesi treatment.Terlebih dahulu,kulit muka ina di wapkan dengan steamer.Wahhh! Rasa macam wap seterika panas kat muka ni tau.Hahaha. Kebetulan juga,selsema ina belum betul pulih.Jadinya,ina lemas.Rasa macam nak lemas pun ada.Hihhihi... lemas tau.Nasib baik ina sempat bagitahu pada juru therapist ni,jika tidak mati dah ina kat situ haa.Lemas beb!! 


Fungsi steam muka ni,bagi membuka liang pori wajah.Bagi mudah sesi treatment seterusnya.


Ina? macam biasa.Agak cerewet.Siap tanya lagi tu.Berdaftar ke tidak spa ni dan therapist kat sini.Hihihihi.. Customer kan? Mestilah nak yang terbaik.Duit pun sudah banyak di leburkan kat spa.Mestilah nak hasil pun terbaik.Seiring dengan kos yang di keluarkan.




Buang Blackhead/ whitehead




Masa ni best sangat tau.Ingatkan muka ina ni takde white head dan blackhead,rupanya ada banyak.Kikikikkiki.. Di kawasan dagu dan dahi sangat banyak.Sedap rupanya guna mesin untuk sedut whitehead dan blackhead tu sebenarnya.Licin kulit sekejap.Takde lagi tajam-tajam seperti duri di wajah.Hahahaha.. tu tandanya muka di penuhi whitehead dan blackhead.


Setiap step yang dilakukan,juru therapist akan gap 15 minit begitu.. bagi muka berehat.




MASKER NUMB



Next,therapist memakaikan muka ina dengan krim numb.Pada awalnya,dah tahu numb tu apa.Cuma tak tefikir.Kenapa nak numb pula yer..detik dalam hati kecil ina ni.


Ina pun bertanya kepada therapist.



ina : Numb ni kenapa? Sebab pakai?


Therapist : Ohh,kita sapu krim numb ni.Sebab nak bagi muka kebas.Sebelum melakukan treatment Sulam Korea.


Ina : Haaaaaa??? Ada inject ker ni?? Aduhhhh.. (sememangnya ina jenis penakut jarum). Dalam hati.Adehhh! Habis dah aku kena inject muka ni.Kang habis lah muka jadi kecut..


Apabila therapist tadi sudah selesai menyapu muka ina dengan krim numb tadi,makadia berlalu keluar dari bilik treatment dan menutup lampu bilik.Di biarkan ina berehat selama 20 minit bagi krim tersebut memberi kesan kebas pada muka berjalan lancar.

Dan ina? apa lagi... nak lelapkan mata sekejap lah. Tetapi mata tak boleh lelap langsung.Teringat jarum bekam jer.Yang tajam begitu.Ngeri betul.. 


Maka,terlelap lah ina sekejap.Dengan suasana bilik yang gelap serta sejuk aircond.



Setelah 20 minit berlalu... Therapist masuk ke bilik treatment.
Laju betul jantung ina berdegup.Sempatlah ina memujuk diri.Agar jangan takut dengan jarum.





Treatment SULAM KOREA bermula




Sebelum bermula,sempat lagi ina tanya.Perbualan kami..


Ina : Jarum besar ke kecil ni?

Therapist :  Dia jarum dalam bentuk roll.

Ina : Ohhh...,yeke? Dalam hati (Cehhhh..,mati-mati ingat macam  jarum bekam tu.Ngeri kalau yang tuu.Ehehehe.


Therapist tu terus memulakan tugasan dia.. 


Bila dah start roll on pada muka ina.Langsung tak sakit lah.Sebab seluruh muka dah kebas sebab tadi kan dah sapu krim numb.Seluruh wajah dah kebas.Ehehehe... 



Proses Sulam Korea agak lama juga.Best pula.. bunyi burp burp...,serum kan duk tepek di muka guna mesin.Begitulah lebih kurang bunyi nya.Hihihihi.



Sedap sangat! Muka ni kena roll gitu.Selesa.. Sulam Korea ni,dia berfungsi untuk mencerahkan tona kulit,glowing muka,kecilkan liang pori wajah dan kulit dah tak payah memakai foundation.


Sulam Korea ni dia menggunakan pigment foundation.Pigment foundation ni lah masuk ke kulit muka kita.. 



Okay.Selepas dah siap treatment ni.Therapist siap apply krim spf pada muka ina ni.Hihiihi.Muka masih terasa kebas lagi tau.Pagi keesokan,barulah kembali normal.


Nanti ina akan update dari semasa ke semasa yer selepas treatment ini..

Video pun belum sempat edit.Banyak nak kena editing..


Treatment ini berharga RM 350 FREE Cleopatra facial. 



Korang yang nak juga tu.. boleh terus ke FB page : HANNAN MEDISPA KUANTAN







2 comments:

Powered by Blogger.