Moment Terindah,Apabila Ikut Suami Bekerja

Assalamualaikum..


Sepanjang hari hujan di Kuantan semalam.Cuaca dari pagi mendung dan hujan bermula pada tengahari.Sedikit risau lah juga semalam.Kereta Unser pula rosak,time nak guna pagi semalam.Jadinya kami skeluarga berangkat ke lokasi kerja suami dengan menaiki kereta kancil sahaja.


Sebelum ke Pekan (lokasi kerja), kami singgah sekejap di kedai tayar semalam.Lakukan sedikit alignment pada tayar kereta kancil tu.Erm, akhir bulan lepas kereta kancil tu dah tukar macam-macam.Eheheh..Nanti Ina ceritakan di lain entri yerr.


Jam 10.30 pagi kami sampai di kedai tayar kereta di bandar Kuantan.Agak lengang jalan,maklumlah cuti sekolah (ramai yang pulang ke kampung halaman).Tambahan lagi,sejuk-sejuk macam ni.. memang orang duduk di dalam rumah jer.Sejuk kan? Sape nak keluar rumah.Itu bagi yang bercuti lahh.. hahaha.


Memori mula menjelma 


Bila sampai di kedai tayar kereta,mula lah Ina ni.Tersenyum macam orang kurang siuman pula.Maklumlah,jodoh dengan suami buat pertama kali berjumpa di kedai tayar.

Pada tahun 2008.Jodoh datang tersenyum pada Ina ketika itu.Ahaks! Faham-faham lah.Bila bekerja di tempat begitu.Majoriti pelanggan adalah lelaki. Dan ketika itu juga,tak di nafikan.Title "Suami Orang" lah paling banyak yang aktif.Hihihi.. Peramah teramat. Tetapi,jenis Ina ni.. penakut dengan lelaki.

Memang jenis tak melayan.Silap layan,kena lelaki orang.Hahaha.Itu yang takut..


Jodoh Kerap Datang Menjenguk



Berbalik pada jodoh tu.Suami dah mula bagi hint,kerap datang ke tempat kerja Ina ni ha.Dia tak datang seorang diri ketika itu.Berteman dengan sepupu suami juga.Iaitu rakan sekolah Ina.Hmmm.. 

Tetapi..tetap tak di layan.Pertama sekali,Ina fikir.Suami Ina ni..mesti title suami orang.Sebab duk gatal,main senyum-senyum pada Ina setiap kali datang servis di kedai tayar tempat bekerja.Tapi dalam masa tu juga,hati dah membeku.Langsung tak cair panahan cinta dia.Ahaks!

Kisah cinta ni,ada masa kelapangan.Akan Ina ceritakan yer.. Hihihi.2010 baru kami bertemu kembali.. JODOH.



Berbalik kepada entri asal.. 


Setelah 2 jam lebih,barulah kereta kami siap.Tengahari barulah kami bertolak ke Chini.Agak pedalaman juga.Sebabnya sepanjanng perjalanan,jalan raya semuanya hancur.Habislah sport rim kami ni hah,bengkok lah.Jalan tar macam kena bom,berlubang sana sini.Jalan tidak rata,huhhh! Ini kalau ibu mengandung,confirm lah boleh terbersalin awal ni.. 

Sungguh,pedalam tempat suami yang nak buat kerja ni.Sepanjang perjalanan,setelah memasuki ke Chini.Penempatan orang asli berada disini.Kiri kanan rumah mereka. 

Sebelum tiba ke lokasi,kami menempuhi terlebih dahulu ladang kelapa sawit.Kata Ina pada suami.., "Bang,kalau malam kita melalui jalan disini macam mana lah yer?" Gelap ni,lampu jalan pun takde.




Suka Ikut Suami Bekerja



Sebenarnya,suami dapat call daripada pelanggan.Owner kedai ni minta suami datang untuk checking kamera cctv sahaja.

Orang kata nak jadi rezeki kami sekeluarga.Setelah siap,owner kedai (berubah fikiran) ni minta suami gantikan kamera cctv yang baru sebanyak 5 unit beserta wiring baru.Alhamdulillah! Rezeki di kala hujan lebat ketika itu. 

Entahlah,sudah menjadi kebiasaan bagi Ina dan anak-anak.Dapat ikut suami buat kerja ( site visit ) kebiasaannya,pun okay.Kena duduk di dalam kereta pun,kami no hal! Janji,standby biskut untuk anak-anak dan minuman.Anak-anak pun tak meragam. 

Mungkin ini janji allah.Jika bahagiakan isteri dan anak-anak allah bayar cash! Dan ini lah,rezeki kami pada 1 Disember 2018.Alhamdulillah..


Separuh hari juga kami berada di sana.Dan kami semua amat seronok.Lokasi ni pun,tak berapa jauh jika nak ke Tasik Chini.Pujuk suami pun,tak jalan.Katanya bahaya,dah nak gelap ketika itu.Silap sikit,gelap jalan.. lagi pun kenderaan yang kami gunakan ini kereta kancil.Agak tak bersesuaian pula.Jika kereta Unser tu,selesa lah sedikit..




suami isteri,parenting, keluarga bahagia



Sebelum pulang ke rumah,sempat juga singgah kedai cermin mata.Hihihi.. Baru berkesempatan datang ambil cermin mata yang telah siap lama dah.Heeeh! Sorry tuan kedai lama merajuk.Sebab kedai ,janji tak seperti di janjikan.Erkk~ Macam mana tu yer? Memang tak rekomen langsung kedai ni.Ermm,mungkin nasib nak jadi kan.. Kot Ina seorang jer yang terkena. 


6 comments:

  1. Alaaa.. baru nak baca cite jodoh.. bersambung entri lain pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaks.. hihi. Ada juga nak baca yer? Ehhehehe.. Nanti citer

      Delete
  2. Hahahaah.. interframe pula dia tu.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..rezeki ina sekeluarga..Moga Allah perluaskan lagi rezeki untuk hari-hari berikutnya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.