Outing semata nak makan Masakan Panas

mommy blogger,makan-makan,tempat makan sedap di UTC


Assalamualaikum..

Harini planning keluar jalan-jalan je sekejap bersama mak ayah dan juga anak-anak.Nak hilangkan sakit kepala ni.. Lately ni,sakit pula kepala.

Jadi,terapinya pergi jalan-jalan lah.Belanja mak ayah makan tengahari juga.Apa salahnya kan? Ehehee.. Di Kuantan ni,dari pagi sampai ke petang hujan.Agak lebat juga nih.. musim tengkujuh.

Semak KWSP 


Sambil-sambil tu singgah pula ke pejabat KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja).Saja print statement.Kan suri rumah,nak lah juga semak akaun kwsp ada berapa.Adalah dekat 9 tahun juga Ina bekerja dari zaman bujang iaitu dari tamat SPM sehinggalah berkahwin.Fiuhhh! Banyak onak duri Ina tempuhi ketika itu..

 Erm,sampai di pejabat KWSP tu.Sempat print statement dan juga update maklumat peribadi di mesin kwsp tersebut.Hajat di hati nak letak penama tadi,tapi takpelah.Next lah pula,lepas ni update kat website jer mudah.Tak perlu lagi bersusah payah nak ke mesin ataupun pejabat KWSP.



Bila ABAH makan..


suka makan,makanan,mee sup


Kebetulan urusan siap jam 11.33 pagi.Maka kami pun isi perut terlebih dahulu.Alhamdulillah! Musim hujan ni,masakan panas memang menjadi pilihan kami sekeluarga.Nasi memang GOODBYE.. hihihi. Sedap makanan berkuah dan bersup.Huihh

Tempat pilihan kami tentulah UTC,Kuantan.Dalam ni ada tempat makan-makan.Banyak gerai makanan.Tetapi kena pandai pilih lah.Ada pelbagai pilihan makanan.Ada sedap dan juga setakat nak berniaga sahaja.Korang sendiri,faham-fahamlah yer..Opps! 

Tuuu..gambar diatas tu,abah makan.Haihh! Dia order makan kari,favourite forever...,katanyalah.Kehkhehh~

Mak pula order makanan mee hailam,mee goreng (sara,furqan,Soffea) dan Ina teringin nak makan mee johor tu..apa erk.Lupa entah namanya.. hihhihi. Overall sedap! Alhamdulillah. Abah punya,tak pasti pula.Sebabnya tekak dia lain dari lain.HIhihi..

 
type='text/javascript'>