Harga Yang Perlu Dibayar Bagi Memiliki Anak Lelaki




Setiap kali tengok Muhammad Arif Furqan,yang kini berusia 2 tahun 4 bulan tu.Setiap kali itu lah,memori lama terimbas kembali.Bagaimana Ina struggle nak anak lelaki.Yerlah,sebelum tu kan dah ada 2 orang anak perempuan.


Jadinya,yang ke-3 jika diizinkan mengandung lagi memang teringin sangat-sangat mempunyai anak lelaki.Ibu mana yang taknak anak lelaki kan? Memiliki anak lelaki juga antara idaman setiap pasangan suami isteri.



 Pengorbanan Besar 



Nak dikatakan,memang struggle lah Ina ni.Huhuhu.. banyak petua Ina lakukan bagi memiliki anak lelaki.Mengikut sebelah suami pula,ada ipar yang mempunyai anak lelaki jika diikutkan anak ke-3.Dan ada juga ipar 3 orang anaknya adalah perempuan.Dan Ina pula,alhamdulillah direzekikan allah dengan anak lelaki pada kandungan ke-3.Kuasa allah kan? Sudah tertulis.Dan ada juga sepupu suami yang anaknya semua adalah lelaki.



Okay,berbalik kepada petua dan amalan yang Ina amalkan antaranya adalah pemakanan bagi suami.Pemakanan (vitamin E dan minyak Ikan) untuk kekuatan sperma.Orang kata,jika inginkan anak lelaki.Sperma suami mestilah kena kuat,untuk berenang ke destinasi ditujuinya.Hahahaha~ Harap korang fahamlah. 



baby lelaki,cara memiliki anak lelaki,petua untuk dapat baby boy,


Banyak juga perhabis duit masa tu tau.Semata inginkan anak lelaki.Disamping itu juga,selain dari pemakanan juga Ina banyak dekatkan diri dengan allah s.w.t.Sejak menjadi suri rumah sepenuh masa ni.Sering melakukan solat sunat,terutamanya solat tahajud.




Amalan Membaca al-quran


Dan tips lain adalah membaca al-quran.Mungkin menjadi kebiasaan sejak mengandungkan anak ke-2 iaitu Soffea.Setiap kali selepas solat,Ina bacakan satu mukasurat al-quran secara berulang.


Antara surah kegemaran Ina sewaktu itu (sebelum kehamilan berlaku ) adalah surah Maryam,Surah Yusuf,Surah Al-Imran secara Ulang-ulang bacaan.. dan setiap malam jumaat tetap tak lepas surah Yassin iaitu hati al-quran.


Sewaktu ina kesedihan dan gembira.Al-quran memang teman karib ketika itu.


Baca entri lain : Pengalaman bersalin anak lelaki


Ujian Memilik Anak lelaki



Rupanya,jika ingin memiliki anak lelaki.Allah turunkan pelbagai ujian terlebih  dahulu.Yang Ina tau,ibu-ibu yang memiliki anak lelaki berjiwa kental.Tak lembik! Sebab jika sudah memiliki anak lelaki,pelbagai ragam dari anak lelaki yang kita sebagai ibu kena hadapi.Jika Allah tak berikan sekarang,mungkin kita masih belum layak untuk memiliki lagi. 

Memang sangat respect dengan  ibu-ibu yang mempunyai anak lelaki ramai.Ina yang mempunyai seorang anak lelaki ni pun,dah migrain tau tak? Ahaks! Sakit kepala tau dengan sikap Furqan yang buas perangai berbanding dengan anak-anak perempuan yang lain. Tapi mujurlah migrain sudah pulih dengan berbekam.Alhamdulillah! 




2 comments:

  1. Semoga Furqan jadi anak soleh, penyejuk hati ibu ayah.
    Saya ada 2 boys..teringin juga dapat girl.hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.