Rezeki Sara Dapat Cikgu Baik berbanding di Pra Sekolah

Assalamualaikum..


Sebenarnya lama dah nak update berkenaan isu cikgu sekolah ni.Alhamdulillah,sejak Sara memasuki sesi persekolahn ke darjah satu pada tahun 2019 ni.Memang ada perubahan besar keapda Sara.


murid sekolah,pelajar sekolah rendah


      Iya,jika dahulu.Sara di Pra Sekolah.Kerap kali pulang ke sekolah dengan muka masam.Macam takde mood dia tu.Kesian sangat,kadang-kadang tu.Bila ditanya,kata Sara cikgu marah.Okay,boleh lagi diterima bila Sara bagitahu begitu.


Tetapi bila kelamaan,macam pelik.Kenapa lah Sara ni moody aje setiap kali pergi ke sekolah.Rupanya,terjawab segala masalah tersebut.


  Cikgu memberitahu bahawa,Sara tak pandai baca apa-apa.Walhal,Sara ni boleh membaca dan menulis.Banyak homework yang ina bagi dia buatkan.Tapi bila di sekolah,dia jadi zero.Macam tak tahu apa-apa.Sedih sangat,bila cikgu pun kata begitu.


Selepas beberapa bulan,Sara bagitahu.


Sara : Mama,cikgu cakap Sara takde otak.Sebab otak tak boleh fikir.

Mama : Terkedu.Sedih pun ada.. bila cikgu nilai anak murid macam tu.


  Beberapa minit kemudian..


Mama: Cikgu cakap gitu ke kat Sara? Betul ? 

Sara : Cikgu tu garang mama.Sara takut sangat.



Bila Menginjak ke Darjah Satu 



   Alhamdulillah,banyak benda positif berlaku pada Sara.Balik sekolah ceria dan selalu bercerita aktiviti di sekolah.Cikgu tak garang dan dia faham apa yang diajar sewaktu dalam kelas.Kerja di sekolah pun,dia berjaya siapkan.

    Balik dari sekolah Sara ceritakan semula apa yang cikgu ajarkan di papan hitam.Alhamdulillah,lega sangat.


    Emmm,entahlah.Mungkin juga cikgu yang ajar di Pra sekolah tu mulut laser dan garang.Budak pun tak suka.Bila tak suka,jadinya budak pun ketakutan untuk belajar.Dan Sara seakan stress bila hari persekolahan. 



1 comment:

  1. eei teruk nau cikgu tu. mana boleh kata ank murid mcm tu.dah la sara kecik lagi..bagi kata2 negatif pulak. seorang pendidik kalau ada sikap mcm tu xlyak digelar pendidik. buat rosak mental kanak-kanak je.
    huh emo plak yaya ni..huhu geram sgt ngn org cmtu.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.