Demi Keluarga.. Ku Jadi Tukang Urut Keluarga



    Nak juga berkongsi kisah pengalaman mengurut.Tapi takdelah sebagai tukang urut.  Memadai lah jadi tukang urut untuk keluarga dan adik beradik,jadilah yea.

 Sebenarnya kan,pada zaman sekarang ni banyak sangat dah tukang urut boleh dikatakan ibarat bak cendawan tumbuh selepas hujan.Bukanlah nak memburukan mereka di dalam bidang ini.Tetapi berdasarkan pengamatan Ina ni sendiri,ramai yang urut hanya demi duit semata.Sebab ada pengalaman semasa berpantang anak pertama,urutan bersalin.Bukan urut,tapi tukang urut itu hanya picit badan-badan Ina.Dan pabila Ina bagitahu supaya urut kuat sedikit,barulah kuat dia urut dan paling menakutkan lagi ketika itu adalah mata tukang urut itu mata terjegil dan berwarna merah.Adeiiii..Nasib lah takde apa insiden buruk terjadi keatas Ina.


 Yang paling parah lagi,tukang urut semata kerana duit.Tukang urut jadian.Takde kebolehan dan minat.Tetapi terus claim buka bisnes bab urutan.Bahaya woiii.Main bab urat-urat segala.Silap picit urat,senget jadinya.Hahaha..betul.Sebab tu Ina tak berani nak ambil servis urut orang ni.


tukang urut,urutan,massage,urutan,tutorial
Gambar semasa raya 2018,duck face




MAK SAKIT BELAKANG


  Baru-baru ini Ina urut mak.Kebetulan singgah rumah mak,jadinya mak sempat lah mengadu sakit belakang.Bila di pegang kawasan belakang badan,memang nampak bengkak tu.Kesian pula mak duk mengadu sakit.Kebiasaannya abah lah yang mengurut mak.Oleh sebab abah letih,so Ina lah ambil alih.Hihihi.. 


  Agak lama juga tak berurut orang dewasa ni.Suami jika sakit,baru dia minta urut.Sesekali nak juga test urut Ina ni.Nak asah skill orang kata.Hahahah..


  Okay,berbalik kisah mak yang sakit belakang tu.Katanya salah tidur malam.Maklumlah bila kita sudah berusia,silap sikit jer badan akan sakit-sakit.Itu lah yang penting untuk kita berurut.Bukan setiap hari pun berurut,memadai melegakan kesakitan.Bila dah berurut,baru darah lancar dalam badan.Kelegaan tu lain macam selepas berurut.


 Jadinya Ina berurut seperti kebiasaan.Apabila ditekan tempat yang bengkak itu,terasa seperti ada lendiran.Dan beberapa kali urut,alhamdulillah.Angin pun keluar (sendawa).Ina sendawa dan mak juga.Seronok betul time ni,bila dapat dengar orang yang diurut tersebut mengeluarkan angin.Sayangnya takde video ketika proses urutan ini berlaku.Yealah..aurat kan? 


  Akhir sekali,macam biasa penutup urutan di bahagian jari-jemari.




Baca : Urutan Menaikkan Peranakan.Lakukan sendiri di Rumah! 


Tips Urutan




  1.  Macam biasa minyak di sapu pada badan sebelum sesi urutan dilakukan.Memudahkan sesi urutan berlaku.
  2. Kena pandai cari tempat sakit (punca).
  3. Urut bukan dengan kuku,sebaliknya urutlah dengan jari jemari.Sebab ada yang urut begitu.
  4. Korang layan jer urutan tersebut.
  5. Bukan semata urutan tempat tertumpu sahaja,sebaliknya urutlah sampai habis.Errr,macam mana lah nak cakap ekk.Maksudnya jika sakit tangan,boleh urut sehingga naik ke bahu dan nak kena cari urat yang bengkak tu.Kendurkan urat tersebut..
Contoh lain : Suami sakit dibahagian sebelah leher kiri,jadinya Ina berurut (secara lembut) dari leher sehinggalah ke jari-jemari suami.Alhamdulillah,sakit dia tu dapat dikurangkan apabila beberapa kali diurut.Dan katanya lagi,kebas-kebas pada tangan takde lagi.Syukur sangat!




ps :  Korang nak urut orang pastikan ada baca ayat quran sebagai pendinding diri.Manalah tau,penyakit orang  tu akan masuk ke dalam badan kita kan? sangat berisiko sebagai tukang urut ni.

 

    Walau bagaimana pun, kesihatan pun kena lah jaga juga yea.Kena amalkan gaya hidup sihat seperti jogging dan workout. Juga turut menjaga pemakanan dengan mengamalkan sayur-sayuran hijau dalam pinggan sihat. Sila rujuk artikel di sini.



  Sekian tips dan pengalaman menjadi tukang urut jadian ahli keluarga.Berkongsi pengalaman menjadi tukang urut,bukanlah Ina ni otai dalam mengurut.








type='text/javascript'>