3 Hari menanggung seksa akibat penggunaan salah produk bawah lengan




 Punyalah menggelabah bila ketiak jadi menggerutu macam kaktus tajam-tajam.Fuhh! Nak salahkan siapa lagi kalau bukan sikap Ina ni haa. Adeiii. Kes berpunca selepas membeli satu produk ketiak atau bawah lengan.


 Kebiasaannya,Ina akan mencabut secara semulajadi bulu roma bawah ketiak tu tau.Tetapi sebab dah masuk ke guardian.Makanya, jadi rambang mata lah.Gatal sangat tangan nak mencuba satu produk tu. Akhirnya memakan diri . Sob~ sedih sangat tau. Ketiak dah jadi tak normal masa tu.




sedih,muka menangis,iritasi ketiak

 

 

Salah Pilih produk



 Iyer,semua sedia maklum.Bawah lengan adalah satu part badan yang sensitif atau kulit kat situ nipis.

 Akibat kesilapan memilih produk bawah lengan tu,ketiak Ina dah jadi gatal-gatal.Dah macam beruk menggaru! Nak nangis tau masa tu.Huhh! Taubat dah takkan guna lagi . Tapi mungkin juga salah Ina sendiri kot.Produk tu tulis hair remover ( all type ).Dan apa lagi,terus Ina beli lah satu.Huhuhu



Feedback selepas guna produk Hair remover 


1. Gatal-gatal ketiak

2. Pedih macam kena cili padi ketiak tu.

3. Ketiak jadi kehitaman ( nangis tau,duk tunjuk pada suami sebab ketiak dah hitam ) 

4. Keesokan harinya, ketiak seperti bengkak.Yang kelakar sangat Ina dah jadi macam kepak ayam,sebab ketiak tu tak boleh rapatkan sangat.Dapat bayang tak macam mana azabnya?



 Disebabkan masalah ini juga lah, mood tak berapa nak happy sangat.Sakit tau! Deodorant pun tak boleh nak pakai tau.Arghhh! Stress sangat masa tu. Tapi alhamdulillah, ketiak kembali kepada normal setelah 3 hari.

Risau weiii,bawah lengan tu kan? Kalau berlarutan,nak ke private cek.Huhhhh~ macam-macam fikir haritu. Tapi memang nak kena cek,sebab...... ada sebab. 



Mujur lah Ina gunakan habbatus sauda untuk pulihkan kembali ketiak tu.



  Nampaknya cara mencabut tanpa menggunakan bahan kimia juga selamat! Nah, korang boleh cek kat sini. Cara-cara buat WAX homemade bagi menanggalkan bulu bawah lengan



type='text/javascript'>