Pengalaman Bawa Anak ke Panggung Wayang



   Banyak betul isu berkenaan tak boleh bawa anak ke pawagam,nanti bising.Kacau orang lain,mengganggu ketenteraman katanya.Gara-gara netizen nak fokus menonton citer Avengers : Endgame.


  Bagi Ina sebagai seorang ibu selaku wanita dan juga penjaga anak-anak.Agak terkesan lah juga.Small matter jer benda ni sebenarnya.Sebagai kaki movie,memang takkan ketinggalan untuk menonton wayang bersama anak-anak dan suami.Memang sudah menjadi aktiviti kami sekeluarga pada setiap bulan.Ahaks!


 Mudah sahaja sebenarnya menangani isu sebegini.Yang penting ibu bapa itu sendiri kena bijak dan saling bertolak ansur antara sama lain. Contoh lah anak-anak korang tu mengamuk semasa tayangan wayang.


 Suami atau isteri bawa lah keluar sekejap anak-anak tu.Atau jika keluarga yang bawa baby.Baby meragam,korang check lah punggung baby tu.Jika pampers basah sekalipun,pergilah ke tandas bagi menukar pampers baru.Mudah tak?




Pengalaman bawa anak ke Panggung Wayang



  Mengikut pengalaman Ina sendiri.Seawal dari mengandung sehingga lah mempunyai 3 orang.Alhamdulillah, anak-anak tak susah nak kawal semasa dalam panggung wayang ni.Memang tak pernah langsung tinggalkan anak-anak ni.Mereka juga nak menonton wayang.



   Semasa anak 3 bulan,dah start ajar anak masuk panggung wayang.Hihihi.. lagi mudah bawa baby sebenarnya.Anak lapar,cepat-cepatlah breastfeed anak.Malu? Tak pun. Pandai lah cover dengan kain shawl labuh.Memang Ina bawa standby untuk breastfeeding.Hihihihi.. 



 Anak-anak lagi 2 orang tu,memang kami dah mempunyai bajet beli popcorn sorang satu.Jadinya,3 popcorn kesemuanya (termasuk Ina dan suami share) dan air mineral yang mencukupi. 




pawagam,tips bawa anak ke panggung wayang,endgame,GSC CINEMA
Bawa anak ke panggung wayang



 Bagi netizen ( bujang ) yang marah-marah tu dan ada yang sound cakap tak payah bawa anak tu kan.Korang pun satu hari akan ada juga anak-anak nanti.Hihihi.. 


  Okay, setakat ini sahaja celoteh.Ehem, tak sabar esok nak tengok cerita Avengers : Endgame. Tiket pun dah beli semalam secara online.Tiket malam RM 16.90 sekeping dewasa. Tengok siang murah lah sedikit.Rm 10 sekeping di GSC Cinema.Beli 4 tiket.2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Selamat! Tak sabar esok weiii.




Baca artikel lain :  Tips bawa anak ke Panggung wayang    
type='text/javascript'>