Seronok pula bila Pembaca Cari Maklumat di Google Jumpa Entri Blog




  Dah banyak kali dapat feedback dari pembaca hasil dari penulisan di blog ni . Tapi kali ini mesti kena hebahkan.Ahaks! Supaya pembaca tau.Tak kisah lah entri personal mahupun entri review.Tetapi kali ni,biarlah Ina screenshot paste kat entri ni pula. Seolah terpanggil untuk menulis mengenai isu ini pula.



berkongsi info di blog, periuk, pressure cooker
Pembaca di blog yang memberi feedback



Komunikasi dua hala


 Semalam selepas bersahur terdetik nak buka messenger di facebook.Rupanya ada pembaca yang menghantar message tetapi masuk di message request.Nasib baiklah terasa nak buka messenger. Makanya,bersembang lah Ina dengan pembaca blog tersebut.


 Kesian lah juga.Message penting tu.Pembaca bertanya mengenai cara penggunaan pressure cooker yang baru dibeli beberapa hari. Walaupun manual book ada dapat,kita sebagai pembeli mesti ingin bertanya kan? Komunikasi 2 hala,barulah mudah faham.Heee.. sama macam Ina ni.Jenis suka bertanya direct supaya mudah difahami dan jelas.


Entri tersebut : Pressure cooker NOXXA Vs Birkshire





Sentiasa menjadi carian pembaca di GOOGLE bagi mendapatkan maklumat





LOVLIN feedback di blog , review LOVLIN,




  Seperti gambar diatas adalah komen yang Ina dapat di blog. Komen tersebut masuk adalah melalui carian di google. Kan kebiasaannya jika korang nak cari info sesuatu korang akan search di google kan? Maka semua pembaca inilah yang jumpa entri atau artikel berkaitan yang mereka cari.


  Tengok tu, ada yang nak cari penjual LOVLIN bird nest lagi tu. Tapi sayang lah, dalam entri tersebut tiada maklumat penjual.Dah rugi kan? Ina tak rugi. Sebab itu Ina menulis secara ikhlas di ruangan blog. Ramai sangat yang cari. Tetapi jika ada penjual berminat nak masukkan contact details dia kat entri LOVLIN bird nest  bolehlah hubungi Ina yea. 


Entri  LOVLIN Bird nest ni pula dah cecah 6495 pembaca yang membaca hasil penulisan Ina dan kini berada di page pertama google.



 Entri personal  urutan menaikkan peranakan pun sentiasa menjadi carian juga. Entri tersebut dah cecah 14k pembaca bagi entri itu sahaja. Entri ni pula di tulis berdasarkan pengalaman sendiri.








 Yang Ini pula,gigih pembaca cari Instagram Ina. Pembaca ni pula buat carian di google untuk vitamin bonnisan dan terjumpa pula entri produk review dari Ina.Alhamdulillah.. dapat juga kebaikan dari penulisan Ina di blog. Dapat bantu pembaca mencari maklumat yang mereka kehendaki itu.



Entri :  Bonnisan Himalaya bagi Tambah Selera makan dan Tambah Berat Badan
Entri ni pula mencecah 2587 bacaan dari pengunjung blog.




 Menulis  Produk Review / Perkhidmatan  di Blog dan socmedia


   Korang yang berbisnes tu apa pendapat korang? Nak kembangkan bisnes,luaskan market.Boleh lah upah penulis dengan Ina tulis di ruangan blog sekali pakej di Instagram dan facebook. Haa gitu. Sebarang pertanyaan emel ke norazlinaina323@gmail.com




Catat Ulasan

9 Ulasan

Sii Nurul berkata…
sy pun rasa seronok bila ada yg bagi feedback lepas baca blog.. kbyakkan pembaca suka baca tips study kat blog sy
Cik Nor berkata…
wow..tahniah ina..:)
ina berkata…
bagus tu.Fokus satu niche saja..
Yaya Azura berkata…
seronok kan dapat sampaikan ilmu, info bermanfaat..dapat tolong orang..
Permatabiru berkata…
selalu juga dapat feedback dr entry yg kita tulis tu bestnya jd blogger hihi
ina berkata…
ala... biasa je ni.Lain la blogger otai mcm.ciknor
Warisan Petani berkata…
Mudah2an entri2 yang kita tulis dapat memberi manfaat kepada ramai orang
Julia Johari berkata…
Seronok kan pembaca baca blog kita dan menghargai perkongsian murni kita kan ina...blog ladang pahala.
Ciktie berkata…
Alhamdulillah, memang seronok dapat kongsi info dengan orang lain