Arghh! Asyik Terkena jer Renjatan Elektrik

9:53 AM
Sebelum tidur semalam entah kali ke berapa ribu tangan ni asyik terkena elektrik sepanjang hidup Ina ni.Huhhh! Menyampah tau.Geram pun ada.

Adakala,tengah cas kamera pun kena letrik.Tapi bukan dari plug,letrik tu ada kat lens kamera.Aduiiii.. 


 Jika diikutkan memang lah merbahay.Silap hari bulan atau nasib tak begitu baik boleh meragut nyawa tau.Semuanya bermula dari Ina darjah 5 iaitu di usia 10 tahun.


  Kisahnya bermula apabila Ina ingin menutup suis periuk nasi ketika itu.Entahlah,boleh pula tangan Ina yang basah laju sahaja menerpa ke suis.Konon rajinlah,ekekeke.Iyalah,masa tu kecil lagi kan.Selalu nak tunjuk depan mak siapa lebih rajin.Hahahaha.Memang kelakar.




pengalaman terkena renjatan elektrik, kenapa terkena renjatan elektrik,elektrik,ON suis dan terkena elektrik
Renjatan elektrik 




 Terkena Renjatan Elektrik 


 Akibat dari itu,Ina terkena renjatan elektrik.Semasa Ina terkena renjatan elektrik tu,Ina masih sedar lagi.Masih peka lagi akan keadaan sekeliling.

 Suasana kejadian ketika itu,hanya allah yang tahu.


 Nampak mak sangat panik ketika itu dengan suara menjerit-jerit meyebut "Ya Allah anakku".


 Tetapi kagum lah dengan mak ketika itu.Dalam duk kalut dan panik tu.Sempat lagi mak menolak Ina dengan senduk kayu.Alhamdulillah! Akhirnya mak dapat pisahkan Ina dari terkena renjatan elektrik tu.



 Keadaan Semasa Terkena Renjatan Elektrik 


 Keadaan semasa terkena renjatan elektrik itu,bayangkanlah macam mana rasanya. Seolah dicubit je diri Ina ni haa. Adalah dalam 1 minit sahaja semasa terkena renjatan elektrik tu.Rasa sakitlah juga.Badan Ina dah tak boleh bergerak ketika itu.Melekat jari Ina pada suis periuk nasi.

 Alhamdulillah,allah panjangkan lagi usia Ina ketika itu.

 Selepas dari peristiwa tersebut,keesokan harinya Ina masak nasi pun nak ON suis periuk nasi pun Ina tolak guna senduk kayu jer.Walau nampak bodoh,fobia beb! Taknak jadi arwah disebabkan terkena renjatan elektrik.Kalau boleh mati,biarlah dalam husnul khotimah.


Asyik berulang Renjatan Elektrik 


 Dan selepas dari peristiwa tersebut.Badan Ina memang peka dengan elektrik.Contohnya jika nak betulkan antena televisyen pun elektrik dah menangkap (heyy,korang tau ke menangkap elektrik tu apa? ) pada tangan Ina ni ha. Tetapi ini rasanya macam normal lah kot.Semua orang alami perkara yang sama.


Huhh~ jika diikutkan sangat penat tau asyik terkena renjatan elektrik.Walau bukan macam dulu tempoh terkena renjatan tu agak lama.Entahlah rasa nak menangis pun ada.


 Korang, bukan sahaja tangan ni peka terhadap antena televisyen sahaja.Suis lampu rumah dan segala plug di rumah pun memang asyik nak kena sahaja tangan Ina ni.


 Errrk,kisah semalam pula iaitu sebelum tidur.Seperti biasa rutin akan ke tandas sebelum tidur.Entahlah macam mana pula boleh lagi terkena arghhhh!!! Stress weeei.


 Bila nak ON suis tandas, Buzzzz! Terkena lagi renjatan elektrik. Dan keluar dari tandas pun masih kena lagi.Tetapi kali ini lebih dashyat dari masa nak ON suis tuu.Nak OFF suis pula.


Suis tu dia macam meletup jer bunyi ( POP..bunyinya) ,dan menolak jari Ina ni haaa.Aduuuhh! Sakit tau. Berapa pula watt yang Ina sedut kali ini.Adeiii~  



 Dari usia 10 tahun sehinggalah ke usia 32 tahun.Masih lagi terkena renjatan elektrik.Harap-harap takde apa yang serius berlaku hendaknya pada diri Ina. Tetapi adakala nak juga menangis,kenapa asyik terkena sahaja.Itu jika terlupa nak alas tangan dengan kain lah.Adakala nak juga cepat,mendapat lah renjatan tu.




2 comments:

Powered by Blogger.