Shopping RAYA 2019




  Alhamdulillah,akhirnya dapat juga tambah sikit baju raya anak-anak.Last minit suami ajak shopping.Syukur sangat.


 Jika diikutkan suami menyuruh Ina beli baju raya Ina sahaja.Tetapi fahamlah sikap seorang ibu,mesti akan utamakan anak-anak juga.Jadi,dapatlah tambahan baju sepasang seorang shopping kali ke-2 ini.




 Beli baju raya anak-anak


Di Kuantan ni,shopping mall agak terhad.Tak banyak pilihan.Erm,shopping mall di sini mempunyai 4. Kuantan Parade,Berjaya Megamall,East Coast Mall dan Kuantan City Mall.


 Tengahari Ahad itu,terus terjah di Berjaya Megamall.Shopping mall ni yang ke-2 dibuka selepas Kuantan Parade.Berjaya Megamall pun ibarat mati segan mati tak mahu.Hihihi.. Itu lah pasal Ina cari pakaian anak-anak disini.Mana tau murah banyak ke kan.


 Ternyata di Berjaya Megamall ini tak banyak pilihan baju budak-budak.Ada pun,harga mahal pula.Jadinya,sempat lah beli seluar slack Sara sehelai yang berharga RM 25.00 di ruang legar bawah itu.




mustard seluar slack,slack perempuan,slack murah
Mustard seluar slack 




Taraa! Seluar warna mustard menjadi pilihan Ina.Sengaja pilih warna ini kerana warna ini striking.Akan kekal nampak baru sampai bila-bila.Ahaks!




Sesudah grab sehelai seluar slack Sara,barulah teringat kat satu shopping mall ni.Haaa,apa lagi.Terus ajak suami terjah ke shopping mall Kuantan Parade pula.Hahaha,pening kepala suami.Hihihi.. Sorry yea abang.




The Store, Kuantan Parade 




Jarak antara shopping mall ni,tak de lah jauh mana.Tetapi apa yang pasti.Memang kena naik kereta lah.Haha.


Bagi pakaian anak-anak,tempat pertama yang mejadi pilihan adalah di The Store,Kuantan Parade.


 The Store ni setiap kali ada perayaan,memang ada sales kaw-kaw lah.Haaa,syok juga.Salah satu sebab suka beli pakaian disini adalah kerana kualiti pakaian tu lah.


The Store ni,menjual pakaian yang mempunyai brand.Dari pelbagai usia seperti baby born,kanak-kanak sehingga lah dewasa.




Kena Beratur Panjang Semasa Pembayaran




Tetapi satu jer kelemahan jika pergi shopping di sini.Masalanya kena beratur panjang.Adalah dalam 15 orang haritu . 



Hari ahad tu.Tak sangka pula.Dengan penuh kesabaran sanggup Ina beratur panjang tau tak korang.Ermm,mungkin setan dah banyak kena ikat.Jadinya,memang sanggup lah kan? Takde hasutan syaitonnirrojim . 


 Sedang asyik beratur menanti giliran,anak bongsu si Furqan tu sudah mula mengamuk.Mujurlah suami bawak 3 orang anak Ina tu keluar dari situ.Alhamdulillah,lega sangat dapat lah mama beratur dengan tenang.Hahaha..




kemeja kanak-kanak perempuan,baju kanak-kanak
Baju Soffea

Tak tahu lah,kenapa.Tema raya ahun ni mama asyik belikan baju kemeja merah jer.Pantang nampak ada warna merah,terus ambil.Hahahaa. Kali ini belikan anak-anak kemeja berlengan panjang pula.Lagipun,anak-anak suka berbaju menutup lengan.Harap tak panas lah dorang ni.





baju kemeja kanak-kanak perempuan
Baju Sara

Sara pula,mama belikan 2 helai seluar.Berbanding Soffea.Tau jer lah Soffea tu suka baju dress katanya.Nak macam princess pula.Errrr




seluar jeans budak umur 3 tahun,seluar jean budak
seluar jean Furqan 



 Seluar jeans Furqan tu beli yang murah je.Harga RM 32 selepas diskaun.Huhuhu..jenuh nak cari saiz budak 3 tahun. KIKO tak tahu ada ke tidak.Sebab tengok harga kat pakaian budak,ada tulis beli 2 helai seluar harga RM 149. Terus lah cancel.Hihihi.. Bajet tak banyak.

 Last nya beli seluar jeans saiz 4,adalah harga murah sedikit. Ini first time belikan seluar jeans kat Furqan.Biasa beli seluar slack.Erm,harap Furqan selesa lah guna jeans.


Fuhhh,jumlah keseluruhan shopping adalah berharga RM 175. Okaylah dapat seluar slack 3 dan jeans  sehelai.Baju kemeja 2 helai.

Berbanding shopping awal ramadan tempoh hari di Dataran Sekilau RM 150. RM 150.00 tu dapatlah Sepasang baju kurung Sara,dress Soffea sehelai,kemeja Furqan sehelai dan tshirt sehelai.Pendek kata,kelengkapan raya di Dataran Sekilau itu amatlah mahal.Mengalahkan butik dalam shopping mall. 


Erm,sekarang ni nak tambah baju melayu Furqan dan kasut Soffea jer lagi.Tunggu hujung minggu lah pula.Baju kurung Soffea recycle yang Sara punya tahun lepas jer.Jimat dah duit kat situ.Tudung anak-anak IBU dia sudah beli.Alhamdulillah.. 



Mama beli online jer baju untuk OOTD.Sebab murah,3 helai RM 69.Hihih.. manakala baju kurung guna baju kurung semasa 2013 punya. Selagi masih muat.. Ina pakai.

Suami pula baju raya sponsor tahun lepas jer.Tshirt on the way nak carikan..  


Shopping tahun lepas Ina baca SINI
type='text/javascript'>