Highlighter Pun Penting,kata nak Macam Barbie Doll kan?




  Baru-baru ini adik bongsu kesayangan tanya Ina kat mana beli HIGHLIGHTER macam Ina gunakan ni.Teruslah update entri pasal highliter ni pula.Rasanya agak lama tak review produk kosmetik dalam blog ni.
       


BARBIE doll,nak mekap macam barbie doll,highlighter beam,highlighter buat mekap lebih cantik






Taraaaa~~ Ini lah dia Highlighter yang Ina cakapkan tadi. Sebenarnya dah lama beli item ni.Agaknya hampir 4 bulan dah.Cuma tak review jer lagi.Dah nak habis pun guna,baru lah nak review.Hihihi. Gitulah mak-mak sangat kan? Sibuk dengan anak-anak.Sehingga terlupa nak update item kosmetik yang Ina beli ni.



 Highlighter Beam ni dari The Face Shop. Sebelum ni asyik tengok orang mekap secara 'LIVE' Mua kebanyakan menggunakan highlighter sebagai mekap finishing.Orang kata pelengkap lah juga highlighter ni kan? Kalau tak pakai pun takpe,tetapi kalau korang nak mekap ala-ala barbie doll tu.Seeloknya, beli lah satu highlighter ni.Highlighter tak kisah lah apa pun brand.Tetapi bagi Ina,dah jatuh hati betul dari The Face Shop ni.



HIGHLIGHTER BEAM Nak pakai kat mana?



 Iya, dulu-dulu masa Ina tak tahu sangat mengenai mekap ni.Walaupun sekarang mekap pun masih sendu.Tetap nak juga cantik tau.Nak macam barbie gituuuu. 


 Jenuh lah tak tahu highlighter ni nak pakai kat mana? nak tonyoh satu muka ke ape? Hahahaha~ kelakar kan? Terus boleh beli jet pejuang tokey ni kalau tonyoh satu muka guna highlighter ni kan? Harga pun dah berapa satu ni.




Cara gunakan HIGHLIGHTER BEAM




    1.  Highlighter ni hanya di gunakan pada pipi iaitu atas tulang pipi.Dot dot jer dan dap dap pada tulang pipi.
    2. Dot-dot pada dagu,dahi sedikit,
    3. Untuk kening lebih menonjol ( concealer pun kena pakai juga yea)  pada bawah kening tu letak la sedikit highlighter ni.
    4. Di tepi kedua mata antara batang hujung tu.Kasi memukau lahh.Aumm~ 



     Untuk pengetahuan korang Highlighter Beam ni sangat jimat.Dia sejenis pekat,tak lah cair sangat dan berbau wangi sangat.Tak berminyak. 



    nak mekap cantik? Nak mekap macam barbie doll? guna highlighter beam,face shop, The Face Shop



     Guna sekali terus jatuh hati dengan Highlighter Beam ni tau. Mekap seakan barbie look.Ahaks!! Tatau lah kot Ina sorang jer yang perasan.Hihihi.. Adik guna sekejap pon,dah beriya tanya kat mana beli.Ehehehe~ 



    barbie doll,mekap cantik macam barbie doll, highlighter buat mekap jadi seperti barbie doll,highlighter



      Bila gunakan Highlighter Beam dari The Face Shop ni,pakai blusher sikit dan tepek sedikit je terus nampak wowww lah. Hihihihi..Biarlah mekap tak secantik MUABELLAZ pun,nak juga puji. Nak angkat bakul sendiri lah pula.Haritu beli RM 55.00 untuk sebotol dalam saiz 14ml. Beli dalam online website Altheakorea atau korang boleh cari kat website : The Face Shop 




    Catat Ulasan

    3 Ulasan

    Fieza Sani berkata…
    oo..tu ke fungsi highlighter ni..haha..mmg tak tau..tq sharing ina..nnti k.fiezz nak cari gak highlighter ni..
    Ina berkata…
    wlcm kak. Haa,pasni boleh la main makeup-makeup macam Ina.
    this is my favourite highlighter.