Aktiviti Kami Seisi Keluarga Hujung Minggu




Bila pagi-pagi suami bagitahu,"pergi lah bersiap dengan anak-anak." Apalagi bila anak-anak dengar abah dia cakap macam tu.Menjerit kegembiraan lah mereka ni semua. Yup, suami memang agak busy kebelakangan ini.Ada jer kerja-kerja pemasangan cctv yang dia kena siapkan pada hari cuti hujung minggu.



  Nasib baiklah pagi itu, kami bersiap awal. Suami pula pergi tukar kereta yang diparking di rumah mertua. Sebabnya parking di rumah Ina ni hanya mampu memuatkan 2 buah kereta sahaja. Jadinya, kami nak bersiar-siar sekitar bandar Kuantan memang suami drive kereta kesayangan dia bewarna hitam, berenjinkan turbo. 



Alhamdulillah, bila suami kesana.Boleh lah Ina bersiap dengan sempurna. Ahaks! Maksudnya disini, boleh lah menggosok pakaian dengan senang hati.  Nak mekap-mekap dulu.Tetapi tak mekap tebal pun.cukup sekadar celak,lipstick dan pakai cc cream.Tanpa gangguan suami.Jika tidak asyik bertanya dah siap ke belum.HUhuhuhu~ 





sobella edisi raya, sobella agen kulai, lipstick sobella kulai,Santubong Neelofa, close Up make Up guna sobella
Menanti suami di jendela awal pagi 



Barangan Make-Up yang Ina gunakan 



Tadaaa~ muka dah siap tenyeh dengan barangan mekap. Hahahaha~ Ina gunakan Concealer beli di website althea. Produk diterbangkan dari Korea sehingga ke depan pintu rumah korang. 2in1 jenis concealer jenis liquid dan stick. Yang Ina gunakan ialah liquid. Cover eyebag sikit.Hihihi..


Dah siap letak concealer pada muka. Ina sapukan cc cream spf50 dari guardian.Waterbased mudah serap pada kulit. Ringan jer pada kulit,berbanding guna foundation. Concealer ni juga Ina touch up kening yang serabut tu. Memang berbaloi beli concealer ni.Highly recommended!


Lipstick dari Sobella. Beli kod santubong edisi Raya. Yang ni beli dari kakak Ina sendiri. Boleh tengok di facebook : Lynn Norazlin . Dia agen Kulai,Johor. Pada mulanya tak yakin guna kod santubong.Yerlah, ni Neelofa guna warna nude. Ini dah kali ke-3 guna.Baru berani upload,ehehe. Ehhh, rasa macam cantik pula guna kod warna ni kan? Ahaks! 


Celak mata guna Tony Moly Eye Gel Eyeliner beli di website althea juga. Dan untuk bawah mata border line tu warna putih ,ina gunakan jenis biasa


Yang buatkan kulit Ina berkilat macam barbie doll tu. Ina gunakan Highlighter dari The Face Shop. Baca kat SINI



Cantik tak kening? Ina gunakan brow on point dari Mermatte Malaysia. Newbie macam ina pun boleh lukis kening dengan betul bila ada celak mata ni tau. Didatangkan sekali bersama berus kening.


Blusher tak ingat brand apa. Tapi rasanya macam ellianto.. errr.





spiderman Far From Home, pawagam,menonton wayang, seisi keluarga, aktiviti
Tunggu HALL 1 dibuka untuk Spiderman Far From Home





Aktiviti hujung minggu dengan menonton wayang. 5 Seat kami book tiket. Dan seperti biasa 2 popcorn 2 mineral water bersama mini sausage ala carte. Air tu beli 2 botol jer.Sebab tak ajar anak-anak minum air banyak semasa menonton wayang, malas nak keluar ke tandas semasa wayang ditayangkan.Jadinya,anak-anak memang faham rules Ina. Bila dah keluar dari pawagam, faham jerlah. Mesti spoil mood dah kan? rugi tiket jer nanti.




Harap ada rezeki untuk tukar bingkai baru yer cermin mata kesayangan. Cermin mata ni memang Ina sayang betul.Sebab dia ada anti silau itu lah yang paling penting. Bila terkena cahaya matahari,ia bertukar warna hitam. Kedai cermin mata ni dah bankrap. Sayang pula, dulu buat pun murah sangat. 3 Hari terus siap. Saiz pula kecil macam ni,comel jee. 




 Ohh, saja jer bergambar poster annabelle.Bukan tengok cerita tu. Tetapi cerita Spiderman Far From Home. Besttt! Sesuai untuk tontonan umum. 



 Balik dari menonton wayang sempat makan tengahari di KFC dan singgah Guardian bagi membeli bird nest. Kali ini cuba bird nest kinohimitsu kotak pink. Ada campuran Collagen seaweed. 








Catat Ulasan

2 Ulasan

Suria Amanda berkata…
Wah seronoknya anak- anak kan..bagus suami Ina sebab tetap utamakan anak- anak...sesetengah orang tak peduli kalau dah sibuk kan...jom baca aktiviti SA hujung minggu Aktiviti weekend SA..Balik kampung dan sarapan di Roti Canai Kari Kambing viral Ulu Bendul...weekend sememangnya hari bersama keluarga...
http://www.suriaamanda.com/2019/07/sarapan-roti-canai-kari-kambing-yang.html
ina berkata…
alhamdulillah,walau bukan setiap hujung minggu ada aktvt.Ni dah kira syukur sangat. Pernah 1bulan sekali jee beraktvt sebab suami sibuk. Nak jalan2 bawa anak je, xbest pula