Feeling Are Prayers : Teknik Berdoa dengan Penuh Perasaan ( HATI )

9:28 AM



Ada yang bertanya macam mana nak berdoa dengan betul? Jika diikutkan, doa seperti biasa sahaja.Tetapi mengikut Tuan speaker Afnan Rosli ni  ada cara tersendiri di dalam tajuk Feeling are Prayers yang dibincangkan dalam group secret beliau iaitu Pre-Metamorfosis.





cara berdoa dengan betul, doa, feeling are prayers, Hati suci
Cara berdoa dengan sepenuh hati






 Terlebih dahulu,Ina nak ucapkan alhamdulillah. Bukan calang-calang yang berjaya memasuki ke dalam group beliau tu. Sebenarnya dah lama aim beliau,dalam hati macam tak percaya.Betul ke ni? Hampir sebulan juga duk skodeng wall facebook beliau tu. Akhirnya terbuka juga hati nak join kelas online berbayar beliau tu.Syukur! Bayar yuran dengan penuh rasa best ketika itu. Dan Tuan Afnan Rosli dah beritahu bahawa,nanti dia dah tak mahu lagi jadi motivasi.Sebab ingin beralih arah ingin menjadi traveller. 





 Metamorfosis


 Untuk pengetahuan korang Metamorfosis ini ialah kepompong. Dimana dari kepompong akan bertukar menjadi rama-rama. Perubahan bentuk. Dari biasa akan jadi luar biasa.  



 Dan alhamdulillah, Ina sendiri dapat merasai bagaimana proses metamorfosis sedang berlaku ke atas diri Ina. Yang pertama Ina perasan,dulu diri  ni asyik nak jadi singa jer dengan anak-anak. Sekarang tidak lagi. Dah jadi ibu yang lemah lembut dah,ahaks! Alhamdulillah






 Feeling Are Prayers 




 Ada beberapa pertanyaan di facebook,whatsapp dan komen di blog. Mereka tanya, bagaimana nak berdoa ni. Dengan menggunakan teknik Feeling Are Prayers?


 Sebelum tu,korang kena fahamkan dahulu maksud feeling are prayers ni. Maksudnya disini berdoa dengan perasaan. Faham tak? Biasa kita cakap, yer. Saya doa begitu. Tetapi betul ke cara berdoa tu? Adakah hanya di bibir sahaja? Hati bagaimana? Adakah masih ada rasa ragu di hati? Jika ya,masih ragu-ragu,masih takut-takut allah tak makbulkan. Iyer, itulah Allah sudah makbulkan doa yang dalam hati kita tu.Allah hanya mendengar doa kita dari hati,bukan melalui lisan. Begitu juga dalam solat.Pergerakan solat, tetapi allah tengok melalui hati seorang insan.Baik buruk adalah melalui hati.





Cara nak buat Feeling Are Prayers




 Bagaimana nak dapatkan feeling dalam berdoa? Langkah pertama yang Ina lakukan adalah dengan bersyukur terlebih dahulu. Hargai benda-benda sekeliling. Contohnya : Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,Aku bersyukur mempunyai anak-anak, bersyukur ada suami, bersyukur jadi surirumah ( sedangkan diluar sana ramai lagi isteri-isteri yang nak jadi surirumah,tetapi ada komitmen lain.) , bersyukur mempunyai rumah sedangkan diluar sana ada lagi yang tidak mempunyai rumah,gelandangan. Bersyukur setiap rezeki kita hari ini.


Sebelum Allah izinkan sesuatu, kita hendaklah bersyukur terlebih dahulu dengan benda disekeliling kita.


 Okay, bila kita dah bersyukur dengan segala nikmat yang allah berikan. Secara tak sengaja feeling itu datang.Rasa sebak, sedih dan menangis semasa berdoa. Feel tu pada hati. Korang cuba yer amalkan selalu.


 Dan berdoa bukan sahaja hanya di sejadah ,malahan ketika korang terdetik di hati pun Allah akan makbulkan doa tersebut. Boleh baca SINI 



 Jadi berhati-hati semasa berdoa.Yang terdetik dihati pun,allah makbulkan. Fikirkan yang baik-baik sahaja. 





Hati 



 Sebelum tidur sila memaafkan orang sekeliling kita. Jika ada sedikit menyimpan perasaan sedih,kecewa,tersinggung,benci dan dendam. Sila buang cepat-cepat. Ini kerana kesemua perasaan ini yang menganggu hati kita. Perasaan ini semua berada berdekatan hati. Sila  buang jika nak dapatkan feeling kita berdoa.



 Dan, secara tak langsung hati kita juga kusyuk di dalam solat. Takde fikir dah benda mengarut ketika dalam solat. Otak pun takde lah busy asyik memikirkan apa nak buat selepas ni dan sebagainya. Bukan dalam solat sahaja, dalam rutin seharian pun ikut sama. 





 Be Happy




Lagi satu, Ina pegang pada qada' dan qadar. Apa nak jadi, redha. Dan tetap senyum. Jika sesuatu yang mengecewakan berlaku pun tetap redha,senyum sahaja. 



 Bayangkan Ina tengah membasuh pinggan, memasak dan menyapu rumah sekalipun tetap gembira. Rasa syukur sangat kerana menjadi suri rumah. Dapat jaga anak-anak dan rumah tangga. Alhamdulillah.



 Dan lagi satu, bila kita tengah gembira ni lah orang panggil high vibrations dimana perasaan kita tengah riang gembira. Berdoa lah di ketika ini,mintak yang baik-baik tanpa ragu di hati. Insyallah, allah makbul. 



*Diingatkan juga, ketika berdoa kita jangan letak harapan. Cuma minta doa di release sahaja.




Bagaimana nak buang perasaan Negatif dalam diri? 




 Sebenarnya mudah jer ni semua. Semuanya berkaitan dengan minda. Kita dari kecil diajar dengan fahaman yang salah. Jadi,benda utama kita kena singkirkan adalah dengan remove all blockage :


1.  Remove all blockage 

Buang perasaan ragu-ragu, malu, marah, tak yakin pada diri. Dan jika tidak dibuang di dalam minda, ia membentuk kepada self image. Self image yang membentuk diri kita jadi orang yang negatif.


2.  Buang rasa bersalah dalam diri. Contoh : kenapa jadi macam ni, dan bukan macam ni.Seperti apa yang aku minta dulu.


3.  Lepaskan perasaan malu


4. Lepaskan juga perasaan dendam di hati. Orang yang berdendam adalah doa orang yang allah tak makbulkan.


5. Feel : Ketakutan adalah doa. Bila kita ketakutan, cepat dimakbulkan doa. Contohnya  : Takut penyakit kanser,lama-lama memang akan dapat sebab fikiran kita sudah menarik. 





Feeling are prayers adalah teknik berdoa dengan hati, hati , berdoa, motivasi diri




Ada satu hari,Ina ternampak status kawan di Whatsapp.


Dia post gambar kek cheese leleh,dia teringin sangat-sangat katanya (terliur). Tetapi kewangan dia hanya cukup-cukup nak beli keperluan harian dan anak-anak je.

Jadinya,Ina wasap dia ajarkan teknik feeling are prayers tu macam mana.

Dan sehari jer dia cuba, petang tu dia dah dapat makan kek cheese leleh tu.

Syukur sangat ya allah. Allah makbulkan apa yg dia hajati.





feeling dalam berdoa, minda yang mengawal diri, cara buang negatif dalam diri




Teknik feeling are prayers ni mudah sahaja nak amalkan. Jika korang idamkan sesuatu,cuba bayangkan korang dah dapat. Contoh : Jika korang bila nak jumpa client , cuba bayangkan korang dah dapat projek tu. Bayangkan client dah serahkan duit pada kita.


Secara tak langsung, segala percakapan kita berubah. Bercakap dengan penuh keyakinan. Langkah pun lain. Haaa, cuba lah yee. Hati tu pun,kena yakin. Remove kesemua blockage dalam minda.



 Dulu pernah  buat sales,alhamdulillah. Kata-kata kita client jadi yakin dan terus berjaya close sales. Alhamdulillah.. Seronok sangat-sangat. Waktu itu seorang doktor yang membeli barangan dari Ina. Feel lain macam sangat bila dapat close sale. 



 Begitu juga kita nak bahagia,kita bayangkan keluarga bahagia. Tak perlu tunggu orang bahagiakan,kerana kita sendiri yang create kebahagiaan. Pendek kata,apa yang berlaku di muka bumi ni,kita yang create.Bermula dari kita sendiri. Okay,diharap penjelasan ini korang  yang membaca dapat faham. 




 Ini adalah tambahan tips selain kita melakukan solat, membaca al-quran berdoa juga perlu dalam kehidupan. Tetapi doa yang betul adalah sepenuh hati.




Okay,sesiapa yang nak Share artikel ini.Boleh share.. Klik butang Share 


Artikel lain : Memberi tanpa jemu



6 comments:

  1. a great sharing ni.
    tq so much.
    teknik yg betul memang mendtgkan hasil yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teknik begini asas dalam hukum law of attraction

      syukur alhmdulillah...saya dapat sesuatu

      Delete
  2. thank you ina. sangat terkesan di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.Sama2 kita amalkan dalam kehidupan

      Delete
  3. sangat menarik...

    semoga ianya bermanfaat kepada kita semua..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.