Sara Cabut Gigi yang Berlapis

3:53 PM
budak 7 tahun, cabut gigi, pengalaman Sara Cabut gigi




Alhamdulillah, harini urusan cabut gigi Sara berjalan lancar. Cepat sangat. Duduk sekejap dan Sara orang kedua yang dipanggil masuk ke dalam bilik rawatan gigi.


Sehinggakan orang lain yang sedang menanti giliran terpinga-pinga.Nasib baik tak keluar simbol question mark kat kepala sorang-sorang yea.Ahaks! Rezeki betul dapat siap awal. Jika dahulu, pergi pun.. lambat pula giliran dipanggil.



 Sebelum nak ke klinik tadi. Ina yang ke tandas,tangan pula siap kesejukan.Macam lah Ina yang nak kena cabut gigi.Sara? Relaks sangat dia ni.Tenang betul. Sara pula tanya mama, kenapa tangan mama sejuk ni? 



 Tengok Sara ni,mula lah teringat kisah masa kecil-kecil setiap hari Sabtu.Mak  mesti paksa kami adik-beradik ke klinik untuk cabut gigi.Dekat jer klinik tu,hanya jalan kaki seminit,terus sampai.


 Antara 3 orang adik beradik masa tu,Ina yang paling penakut. Paling tak kuat semangat.HIhihi.. mesti menangis punya setiap kali nak pergi cabut gigi. Balik klinik pun,masih menangis.Adeeiiii~ Ni tengah menaip pun, masih tersenyum bila teringatkan pengalaman dulu-dulu.Hihihihi.. 



 Oh,ye.Berbalik kepada Sara tu.Plan asal nak cabut gigi geraham yang berlubang. Sara bagitahu mama,nak cabut 2 batang gigi tau.Gulp! Terkejut lah juga mama ni tau. Tetapi bila sampai je bilik rawatan, doktor cadangkan cabut gigi yang berlapis dahulu. Huhuhu.. redha jerlah. Darah tak banyak pun keluar selepas cabut ni. 

Gigi geraham tu, kemungkinan nak cabut bulan depan pula. Kesian pula Sara dengan masalah gigi berlubang. Nanti Sara mesti mengadu sakit gigi. Sara umur 7 tahun,tak menangis cabut gigi. Tetapi masa lahir dulu, memang dia kuat menangis pun,sehingga berumur 7bulan,barulah hilang sawan tangis.Ehhh,apa pula kaitan menangis dengan sawan tangis? 



 Artikel lain : Pengalaman cabut gigi geraham





1 comment:

  1. Tahniah tak menangis kan cabut? hari tu anak cabut gigi, mak yang penakut hahha

    ReplyDelete

Powered by Blogger.