Senyuman Ikhlas dari Hati Suci





cara senyum ikhlas, tips senyuman manis, Senyuman ada banyak maksud, Be happy jadi aku tersenyum


Gambar atas ni semua gambar ceria setelah mengamalkan konsep berdoa dengan penuh yakin . Jika diikutkan dahulu Ina ni memang payah sangat nak tersenyum. Jika senyum pun senyuman tu macam tak ikhlas,keras senyuman seperti dibuat-buat. Ermmm.. teruk kan? Jadinya, semua gambar nampak macam fake jer lah. 



muka susah senyum, muka senyum tak ikhlas, tua sebelum usia
Ni gambar dulu. Dah senyum pun nampak stil keras senyuman tu. Seperti memendam sesuatu kan? 




 Dulu muka payah senyum. Memang nampak sedikit berusia lah.Hihihi.. Itu apa yang Ina perasan lah. Ramai yang panggil kakak,walhal Ina muda daripada mereka.Sedih kan? Perempuan paling sensitif jika bab usia ni tau.Heee,termasuklah Ina sendiri.Tetapi itulah, itu dahulu. Sekarang relaks jer jika orang nak panggil kakak pun.Umur pun dah cecah 32 tahun.




Tips Nampak Muda 



Kalau korang nak tau, jika kita selalu senyum. Muka kita akan kelihatan muda tau. Ehehe~ Ini apa yang berlaku kepada diri sendiri yer. Sejak selalu tanamkan sikap 'be happy' dalam kehidupan. Apa nak jadi, berlaku atas diri kita. Ketentuan Allah,kita mestilah terima Qada' dan Qadar. Dari sini lah titik permulaan nya. Ina redha apa pun berlaku dalam kehidupan sekarang atau sebaliknya.



Psttt,kalau korang nak tau. Ramai dah yang cakap umur Ina 29 tahun dan ada yang cakap pula, Ina masih bujang lagi tau.Depan suami lagi orang tersilap tau. Dek penangan 'Be Happy'. Bukan riak tau,cuma nak bagitau jer. 


 Apa yang Ina amalkan lagi adalah hidup dalam keberadaan. Iaitu abundance (segala hal rezeki dan kesihatan tak perlu berebut,sebab Allah dah wujudkan sekeliling kita). Tak perlu fikir lagi perkara silam dan masa depan. Ikut jer flow tersebut. Tanamkan sikap yakin dalam diri. 



 Sebelum tidur mesti lepaskan perasaan kecewa,sedih,dendam,cemburu,malu,takut,ragu-ragu,rasa bersalah dan iri hati. Buangkan kesemua perasaan negetif dalam diri.Insyallah,selepas ini senyuman kita pun jadi lebih manis tak kelat. Dan satu lagi, sudah-sudahlah berfikir hal silam dan masa depan. Hidup dalam present moment (perasaan yang tak boleh dibuat-buat,ia datang secara mengejut) ,iaitu dalam gembira.Seperti dalam alam percintaan,macam tulah bahagia dia.








Entri lain : 

Bersyukur terlebih dahulu untuk Allah Hadirkan Lagi Nikmat 
type='text/javascript'>