Kuasa Minda, Masya allah sungguh Tidak Terjangka


Kuasa Minda, Masya allah sungguh tidak terjangka  | Alhamdulillah, semalam dengan jayanya pergi event sebagai blogger di Time Truck Travel anjuran PETRONAS. Rasa bangga pula bila pergi ke event tersebut dengan penuh keyakinan dan boleh drive sendiri ( tetapi di temani adik ) Alhamdulillah.


Entri nak dikongsikan ini bukan pasal aktiviti event tu.Tetapi Ina nak ceritakan bagaimana hari Ina berlaku dengan penuh lancar dan bahagia. Sebenarnya 2 hari sudah, Ina lakukan  dengan teknik kuasa minda dengan    bayangkan majlis tersebut berjalan lancar ). 




bersama adik kesayangan, PA blogger, PA berbayar
PA kesayangan iaitu adik sendiri


Ni pulak muka bahagia sebab sampai awal di event semalam. Jam 10 pagi sampai ke Bandar Indera Mahkota. Walhal event start jam 11 pagi. Ehehehe.. sempat ronda-ronda dalam TMG Mall tu. 10.30 pagi terus buat kerja sebagai blogger.
 



Apa yang tak perlu dilakukan semasa Visualize ??


  1. Jangan fikir esok nak guna jalan mana. Jalan sesak ke tidak.. JANGAN! Tolong jangan serabutkan fikiran kita.
  2. Yang boleh dilakukan adalah bayangkan situasi di event tersebut meriah, ceria.

Dan daripada apa yang Ina bayangkan. Di event tersebut, Ina boleh yakin ke tempat event yang terletak di Bandar Indera Mahkota. Ikutkan, memang tak pernah memandu ke area sana. Bawa kereta ke bandar lagi lah tak pernah seumur hidup.Biasa ambil anak ke sekolah je jarak 5km dari rumah. Dekat tak? Tak mencabar langsung. Tetapi berbeza dengan semalam, siap kena ikut laluan highway lagi tu. Dengan melalui laluan lori-lori besar. 



Kehidupan jadi bahagia dan happy. Ina jadi yakin.Tak ragu-ragu langsung ke tempat tersebut. Langkah kaki pun nampak betul macam orang berkeyakinan,tak gentar semasa di event semalam. Takde lagi perasaan cemas dan takut-takut tu semua. 



Anak-anak pun tak meragam bila hantar 2 orang tu ke rumah mak Ina sekejap..( Soffea dan Furqan yang masing-masing berusia 3 dan 4 tahun )


Ohh, satu lagi kan.Sepanjang perjalanan ke sana. Laluan memang lancar sangat. Trafik light sekejap sahaja.Baru je lampu merah dah jadi hijau. Hebat kan? Yang ni kena setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada alam semesta. 




tugasan blogger, blogger ke event, blogger, task blogger
rehat jap. Tengok gambar cantik ke tak dalam tu. Sebelah tu blogger Lea Azleeya

View this post on Instagram

yess... akhirnya sampai juga kat Time Travel Truck PETRONAS ni. Punyalah excited, jam 10.30 pagi dah sampai sana. Haa, korang jom la cepat datang sini! PETRONAS bawak Time Travel Truck datang jelajah 22 lokasi di 10 negeri, dan sekarang kat Pahang! . . Pakat mari la semua orang Kuantan, harini di TMG Mall, Bandar Indera Mahkota, Kuantan pada 21 August 2019 jam 11 pagi - 3 petang & 5 petang - 9 malam! Harini je ada tau!! . . . Sambil-sambil tengok truck tu, ada jugak aktiviti dan games yang disediakan di sana. Korang pun kena kumpul Pin Enamel Edisi Terhad tu! Ina dah kumpul 3 dah. Apa tunggu lagi mari la cepattt! . . Lagi satu, korang tau kan PETRONAS ada filem web baru sempena Hari Kebangsaan Hari Malaysia, UNI? Korang dah tengok ke belum? Haa, kalau belum, cepat tengok sekarang di Facebook & YouTube PETRONAS okay! . . Boleh follow @Petronas untuk dapat info lokasi lokasi lain ya! . . #OurTimeTogether #BersamaMerentasZaman #AnugerahKita #PETRONAS #PETRONASUNI2019 #kbba9
A post shared by 🇲🇾 Lifestyle Blogger (@azlina6861) on

Begitu juga dengan kesihatan. Jika kita pernah sakit, jangan pernah fikirkan lagi kita akan sakit lagi. Sebenarnya apa yang kita fikirkan itu yang akan menarik keadaan supaya diri kita akan jatuh sakit.Sama seperti kita berdoa lah maksudnya.. 


Contoh 1 :

 Ina selalu cakap, setiap kali pregnant mesti akan bleeding. Dan memang betul,berlaku lagi bleeding pada kandungan ke-4 sekarang. Dan bila Ina fikirkan ,diri sihat. Tak bleeding, kandungan sihat. Automatik berhenti bleeding tu. Ia semua bermain dengan minda.


Contoh 2 :

Suami dulu ada GERD. Siap masuk ke Zon Merah iaitu zon kritikal dah. Suami siap tinggalkan wasiat lagi ketika itu. Itulah yang paling teruk berlaku dalam sejarah hidup Ina. 

Dan sekarang suami jaga makan (amalkan minum segelas air limau kasturi pagi dan malam) . Ina dan suami juga mengubah corak pemikiran.Tak fikir lagi dah, GERD tu. Alhamdulillah, 5 tahun dah suami bebas daripada penyakit GERD tersebut. 

Tips lain : 

Setiap pagi mesti kita ucapkan alhamdulillah,bahawa kita masih lagi hidup dan diberikan nikmat sihat. Insyallah.. Ini apa yang Ina dapat dari seseorang yang berusia.Ilmu ni dah lama, cuma tak faham maksud tersirat "ucapkan terima kasih kepada anggota badan kita" . 
Dan,bila kita hidup dalam tidak bersyukur Allah akan tarik sedikit nikmat yang kita miliki.


Kesimpulannya, apa yang kita fikir. Kita akan menarik  dapat dalam kehidupan seharian (samada negatif ataupun positif) . Sebab itulah kita kena sentiasa berfikir  sihat, menjaga kesihatan dengan bersenam dan bahagia bersama keluarga tercinta. Bila kita sendiri berubah, keadaan sekeliling kita pun ikut berubah. 



Entri lain : 

Feeling are prayers 

Bersyukur buat kita dapat apa yang terdetik di hati



Catat Ulasan

2 Ulasan

Warisan Petani berkata…
kena berfikiran positif
mrhanafi berkata…
terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu ini..

saya sangat faham apa yang awak tulis...

alhamdulillah...

saya tumpang gembira dengan kejayaan awak