Akhirnya sampai juga barangan skincare yang di order (dari KOREA)  tempoh hari dari website Althea.Alhamdulillah, syukur sangat. 


Kali ini order bukan datangnya dari Ina sahaja yer. Adik-adik lah yang nak order macam-macam di laman web althea tu. Dah order, asyik tanya jer bila nak sampai nya.Adehhh, kemain ekkk. Lawan tokey ker ape ni?? Grrrr~ Kakak dia relaks jer sabar menanti ketibaan barangan dari Korea tu tau. 


Jom tengok apa Ina beli di website althea ..



skincare, cosmetic, essence, mask, face toner ,laneigewebsite yang menjual roduk kosmetik dan skincare dari KOREA



1. LANEIGE
Essential Power Skin Refiner Moisture (200ml) RM119

2. MISSHA    Superfood Apricot Seed Lip Scrub (9.8g)
RM21

3. Phyto Niacin Whitening Essence (50ml) RM71

4. A' Bloom mask - RM 2/ Each 

5. Oil Foam - Ni harga tak ingat dah 



Setakat ni baru beberapa hari gunakan laneige tu. Serasi dengan kulit Ina. ( Walau kediaman Ina ni cuaca panas dan berdekatan pantai )  Bau dia pun wangi sangat. Kulit lembab dan nampak perbezaan kulit muka nampak segar bugar apabila bangun pagi.Tidak menyebabkan berminyak. Setengah produk boleh menyebabkan minyak pada muka, tindak balas gitu. 


Missha Lips Scrub tu adik punya. Dia suka sangat bab scrub bibir. Ermm, dan lain-lain tu. Ada harapan kot rezeki adik-adik Ina yang 2 orang tu lah. Sebabnya, Ina tengah mengandung. Risau naik jerawat je guna banyak-banyak produk. Ni pun tengah sensitif kulit, tapi mujurlah pada lengan jer. Hihiks~ 






Tips nak membeli di laman website althea ialah pastikan korang baca terlebih dahulu review product yang ingin dibeli. Jika banyak feedback, baru beli okay..? Selamat membeli belah barangan kosmetik dan skincare dari Korea korang.