PANASONIC mewarnai hidupku

Sedar tak sedar,rupanya ina pengguna setia panasonic.Ekekeke..seriously,memang baru perasan.Sejak kebelakangan ini lah kisahnya..waktu itu,pada bulan lepas (october).Suami belikan mesin jus buah..Alhamdulillah..(Mungkin suami hadiahkan bersempena ulangtahun kelahiran ina november ini..agaknya lah kan..Kisah dia,korang boleh baca SINI.)

Panasonic


panasonic tv VIERA 32

buat kerja pun, guna skrin TV


 Untuk pengetahuan korang,alat elektrik pertama yang kami dapat selepas bergelar pasangan suami isteri ialah sebuah TV.TV ini dihadiahkan oleh Bos suami.Alangkah gembiranya bukan kepalang kami waktu ini tau.Iyalah,dengan ekonomi pasangan suami isteri yang baru nak mulakan kehidupan baru.Bersyukur sangat tau.TV bersaiz 32 Inci jenis flap screen yang pada waktu itu,kira latest produk la.Tapi kami suami isteri memang jarang menonton televisyen,jika buka pun..sebab tengok berita terkini.Hihohohohi..                                           

washer machine
Panasonic NA-F6582 



 Gadget ke 2 ina pula ialah mesin basuh.Hahh..yang ini pun penting.Tapi bagi ina waktu itu,ina tak kisah.Rela basuh baju guna tangan,jika kewangan tidak mengizinkan.Sebab ina sudah terbiasa dalam kesusahan.Nak dijadikan rezeki perkahwinan kami,ada sahaja rezeki datang.Bulan kedua perkahwinan,suami belikan mesin basuh jenis Panasonic Model NA-F6582 dengan berkapasiti 6.5kg.Alhamdulillah.. penggunaan dari tahun 2011 sehingga 2017 masih okay.




 Okay,Seterusnya gadget dapur ina ialah mesin juice atau lebih dikenali juicer Panasonic MJ-70M.Satu satunya,mesin jus yang mesra pengguna.Anak ina yang sulung (5tahun) sudah pandai guna.Mesin jus buah yang berbunyi perlahan.Tak bising.. Dengan mesin juice ini juga,ina sudah pandai buat jus kesihatan herba.Ehehehehe.. boleh tengok SINI. Dan ini gadget terakhir kami,iaitu alat penghawa dingin.Jika diikutkan,ina memang taknak pasang aircond.Iyalah kan,tak mahu ajar anak anak dengan kemewahan.Biar hidup susah..belajar erti kesusahan.Mungkin nak dijadikan rezeki anak anak,lagi suami start beli aircond jenama Panasonic model. Alhamdulillag,sangat berpuas hati.Boleh dikatakan anak anak asyik nak ON setiap malam aircond ni..urmm. Matilanak abah nak membayar nya..heeeeh.


juicer,mesin jus buah,
JUICER MJ-70M


 Kesimpulannya,jenama Panasonic sangat bagus dan paling penting ia lambat rosak.Okay,nantikan entri seterusnya pula.Ina kongsikan dengan lebih terperinci mengenai setiap gagdet rumah yang ina ceritakan ini.

#panasonicmalaysia
type='text/javascript'>