Penting ke Pageview blog ni???

 Sepanjang penglibatan dalam dunia blogging, ini kali pertama pageview meningkat secara tiba tiba. Bukan tujuan riak, sebaliknya, untuk memberi semangat kepada rakan rakan bloggers yang lain. Insyallah.. 

ada orang kata Pageview blog ni penting.Ada yang cakap tak penting.. umm, nak tengok penting ke tidak penting.Meh la baca artikel ini dahulu.

 

pv di blog ehbelogaku.blogspot.my



penting pageview untuk job review



Diatas ini ina sertakan screenshot blogspot ina.Google analytic pun boleh jika nak tengok untuk lebih tepat.Tapi ina kan newbie, masih merangkak, masih perlu banyak kena godek godek lagi pakcik google tuu. Sebelum ini, memang sendu sangat PV,semput.  Terimakasih juga kepada Sishawa.com (ina refer kat SINI )kerana beliau yang banyak memberi info dan dan semangat kepada ina.Ehehehe..

Okay, ina sertakan sekali Tips untuk menaikkan Daily Pageview (harian)


ARTIKEL MENARIK

 Sediakan artikel yang dapat memberi info kepada pembaca.Contohnya : cara mengubah bunga, resipi, cara mekap, hiburan, atau info pendidikan.

Macam ina, ina sukakan berkongsi apa yang ina guna .Ina suka lakukan tutorial wajah (massage wajah). Dan hiburan..ehehehe. Tapi di akhir artikel mestilah mempunyai solusi kepada penyelesaian masalah tersebut.


SHARE POST DI GROUP FACEBOOK (sekurangnya 5 group)

Korang kena rajin rajinkan pin post ke group group komuniti,tapi korang kena pandailah mencari.Sebab setengahnya kena approved by admin.Ada yang tk nak approved dan silap silap korang kena block dengan admin group tersebut. Contoh : Group negeri masing masing..


TIMING

Yang ini ina tidak berapa pasti.Tetapi waktu ina biasa posting sebelah pagi (iaitu jam 8.00 pagi..).Tapi ada yang bagitau, waktu posting sekitar jam 8.00 pagi sehingga 5.00petang sahaja(selebihnya pembaca sudah tidak ada minat untuk membaca selepas waktu office hour)Mungkin sibuk menguruskan hal rumah tangga dan masa bersama keluarga.(Weekend)


DEADLINK

Perasan tak? pv selalu turun naik. kadang tu jugak, turun secara mendadak. Apa yang ina perasan, selepas buang deadlink itu,Pageview  blog semakin mencanak . Tak caya, boleh cuba kat SINI 


GAMBAR MENARIK

Pastikan setiap artikel korang tulis itu, mempunyai gambar.Lagi banyak gambar, lagi cepat pageview meningkat.Ehehehehe..ini berdasarkan pengalaman pengamatan ina jugak. Lagi satu..setiap gambar, pastikan ada caption pada setiap gambar.



 INSTAGRAM

Ini juga salah satu bagi menaikkan pageview blog.Ina dah cuba.Edit profile dan masukkan link blog korang itu. Dan satu lagi cara, Screenshot aje entri blog dan upload di post instagram. Selain itu, post di Stories Instagram jangan lupa .. (ini lagi best, bukan friendlist pun boleh tengok.. semakin besar lah peluang korang untuk naikkan pageview dan dalam masa yang sama dapat followers baru)ehehehe.. Ina bukanlah gila glamour okayyy.. Cuma berkongsi tips sahaja.



Okay.. setakat ini sahaja ya artikel kali ini mengenai pageview. Kalau korang ada tips lain, tinggalkan di ruangan komen ya..



Dari hujung rambut hingga hujung kaki.. ina mintak ampun, jika coretan ini ada mengguriskan hati mana mana pihak.Tidak ada  sedikit pun di hati ingin menunjuk atau riak. Sesungguhnya ina takut! Ina mintak maaf awal awal. 











type='text/javascript'>