SERAM : Aku Tak Kuat


8:00 PM
Assalamualaikum Dan selamat malam semua pengunjung blog. Setelah sekian lama takde update belog seram nie, bertemu kembali kita. Kisah Kali ini,tidaklah begitu seram seperti sebelumnya.




HIJAB


Aii ada satu soalan untuk korang...Adakah HIJAB korang terbuka?? Untuk pengetahuan korang,HIJAB ialah deria penglihatan ke 6.Apa yang aii tau laaa.. lagi satu HIJAB ada 2 jenis kalau tak silap.. (koraang Google la)..yang ke 2 tu HIJAB pendengaran.

  Dalam Keluarga aii,3 orang (yang diizinkan Allah untuk melihat) Je adik beradik yang ada kelebihan boleh nampak Benda Benda halus nie.



BERJUMPA PAWANG.



Kalau tak silap,ada dalam 3Kali pergi berubat dengan Pawang A.. Selagi tak menyalahi ajaran agama islam,aii pergi. Dengan bacaan ayat ayat suci Al Quran setiap Kali berubatkan pesakit.Setiap Kali
P berubat sana,bermacam bentuk kelibat dapat tengok.. Ada nampak perempuan berambut panjang,kelibat lelAki, Dan kakak aii ternampak lelaki (kepala put us) sambil memegang kepala.. badannya dipenuhi darah. Berlegar di luar rumah pawang tersebut...Hemm,aii asyik dengar bunyi suara perempuan menangis.Makin lama,makin sayup.. bulu Roma semakin meremang..bayangkan jam 12malam waktu tu.Kami antara pesakit ke 2 tterakhir pada malam itu.





TERDENGAR PERBUALAN ALAM GHAIB



Tidak disengajakan pada malam itu,aii terdengar perbualan antara pawang dengan 'seseorang'. Waktu itu, turn kami saampai juga.. (3 jam menunggu okay..siap tuanrumah hidangkan minuman lagi, 2x tambah). Dipendekkan cerita, semasa pawang tu berinteraksi dengan 'alam Bunian' Suasana sepi.Tiada bunyi cengkerik,semua kelibat di luar rumah tiada.Hanya bunyi seperti seseorang sedang berbisik .. (sokseksoksek..) tanpa sepatah pun perkataan Yang difahami..aii Cuba pasang telinga,tetapi hampa. Tak jelas apa (Pawang) yang disembangkan dengan bunian tersebut.Selepas 30minit perbualan antara mereka tamat.. Keadaan sekeliling seperti biasa,cengkerik Dan unggas berbunyi kuat.. (menambahkan lagi keseraman yang ada)



KELIBAT Di RUMAH



Apabila sampai dirumah..tiba-tiba sepintas lalu kelibat meluru ke belakang. Sempat juga aii sergah ..

Aii: Heyyy,Nak pergi mana tuu? Keluarlah..(Dari rumah nie). Sambil membebel ..(sudahlahh bilik belakang tu takde Org duduk dah... keluar sekarang!! Bentak aii)



Hubby : tergamam... dengan muka sedikit pucat. Selepas beberapa minit,hubby tanya aii. Kenapa awak ni?

 Aii: emm..ada benda masuk tadi.Tu halau keluar.

(Nasibla 2 orang anak aii dah tidur..kalau tak yang sulung tu asyik tegur jee..)...eee,mama.. hantu! Busuk la..gigi camni ..sambil meniru aksi 'hantu'.. tunjuk Gigi. Dahulu,sewaktu maghrib,baby aii nangis jee.. tetiba tu ada suara misteri bunyi..'syyyhhh' di tepi tingkap bilik no tetamu. Aii dah dengar,tapi.. si kakak la .,duk tegur..Kata... mama...! Haaa..., tu dengar dengar??

Berbalik cerita kelibat ..., malam tu juga aii didatangi seorang lelaki. Nie antara dialog Benda tu yee.


 Kelibat lelaki: ehh,awak boleh nampak ke saya?

 Aii :iye... macam mana ada dalam rumah saya?? sambil aii baca 3Qul Dan ayat Qursi..

Kelibat lelaki: jawab dia 'Roh sesat'
( kemudian sambil menangis,muka bertukar Dari warna Biru ke hijau Dan seterusnya hilang begitu )

Aii pula tersedar dari tidur...jam menunjukkan 3.45pagi.. wallahualam.Tak pasti samada itu hanya mainan mimpi atau petanda.( kata Ustaz Benda tu betul )



KISAH SETERUSNYA



Sebelum terjaga Dari tidur.. telinga aii sangat panas waktu itu.Semacam kena bakar ada...,macam gegendang kena cucuk pun adaaaa.Sakit Yang teramat.. Dan tiba tiba bayangan muka yang sangat sangat buruk menjelma dalam Suasana gelap gelita..Ya Allah!! Kata aii dalam hati... terus terjaga Dan,telinga aii sakit lagi macam dalam mimpi tuuu... aii bacakan ayat qursi Dan gosok gosok kedua belah telinga..10minit kemudian,barulah hilang. Suasana malam tuu? Seram jee.. eeeee.Terus bingkas bangun dan tengok cermin...telinga ada ke tidak...ehehehehe.


(2hari kemudian,aii panggil ustaz datang... dan ustaz memberitahu,muka buruk itulah yang menganggu hubby aii... )


Next story... apa yang menganggu Hubby aii??? Ermmmm... jeng jeng jeng... sesungguhnya dugaan demi dugaan datang dari Allah swt... 

Sekiann...semoga terhibur hendaknya..assalamualaikum


4 comments:

  1. Serammnyaaa. Takut nak baca tadi. Jom singgah blog sy https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. seram kak..tak boleh tidur kan malam ni..hehe

    ReplyDelete
  3. fuuhhhh.. meremang baca. nasib saya baca time pagi

    ReplyDelete
  4. alamak. busyra suka cerita seram tp tak boleh baca time memalam. haha.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.