Plastik Parcel yang berharga bagi seorang BLOGGERS

Hai..assalamualaikum. Hari  ini sudah khamis..takde apalah.Sengaja ingatkan..hehehehe.Kejap aje masa berlalu.Rasanya, baru je weekend, dah hampir tiba weekend lagi. Okaylah, sebelum berlengah masa lagi, apa erk kena mengena tajuk entri ina kali ini ya??


Plastik berharga bagi seorang bloggers






Kerana plastik ni.. boleh bergaduh tau kami laki bini.Eheheheheheheeh..tapi takdelah berlarutan. Biasalah laki bini hidup,mesti ada gaduh gaduh manja gitu.. Bagi yang tak kahwin, sila kahwin dahulu rasai pahit manis alam rumahtangga nii.. (opppsss! ni macam masalah rumah tangga pulak dahhhh) mana taknya, suami p masukkan plastik parcel ni ke dalam tong sampah.Nak menjerit ina tau. Ina suka sangat sangat mengumpul plastik parcel dan kotak lebih lebih lagi yang dari PR hantar barang untuk review produk.Ada ke orang sama jenis perangai macam ini ni ?? cer komen kat bawah tu ya..hihihihi


Antara Sebab utama ina suka mengumpul Plastik parcel atau kOtak parcel?


1. FEELING 

sambil sambil pegang plastik parcel tu kan, boleh ingatkan kembali detik detik manis ketika di propose oleh brands mahupun founder. Ohhh..,sweet sweet..ehehehe. Ada juga yang ina isi isi details di group group bloggers..(jangan berputus asa, dapat ke tidak,belakang kira.. ) Biasa group Denaihati Network, Malaysia Lifestyle Blogger,Influencer Bloggers Malaysia


2. WAKTU 

Ingat kembali masa masa bagi mendapatkan gambar yang terbaik. (Yang ni pernah ada satu review tu, ina sanggup pergi ke pantai demi dapatkan suasana yang cantik dan semulajadi...berbaloi sangat. Apabila dinobatkan sebagai pemenang.Tapi saguhati lahh.. tehehehe.Anak anak pun angkut sekali ke pantai dengan suami..kikikikiki).


3. JOB SENDU

Haaaa,,yang ini penting jugak tau.Bagi ina lah, jika takde job masuk.Ina pegang dan tengok je plastik plastik parcel itu semua.Muhasabah diri..kenapa job takde masukk. Hukhukhuk.. Teruskan menulis di blog.. Dont Give up! 



Pesanan : Tak perlu nak menangis bagai jika takde dapat job review lagi.Sabar Tau.. mungkin allah nak kita enjoy dulu dengan blog.Menulis kerana minat.Bukan berblog semata menjana pendapatan.. huiiii! yang itu kalau korang amalkan memang sadiss..Sakit! Boleh naik bacaan darah korang tau! Stress yang dapat..

pesanannn: Terima jer mana yang review produk free untuk permulaan..lagi satu korang jika pernah menjual sebarang produk, makesure CLEAR habis semua .(hihihihihi..ina macam ina lah, dulu jual shaklee lahh..sekarang dah CLEAR segala produk tuuu,CLEAR tanpa JEJAK di BLOG. ada kemungkinan besar PR mahupun Founder produk nak bagi job pun..takut bersaing..ini MUNGKINlahh yaa)

Tips lain :  Jangan ada perasaan dengki sesama bloggers.Rezeki masing masing..lagi banyak kita berkongsi..lagi murah rezki..insyallah.Itu yang ina pegang sekarang..dan satu lagi ALLAH is number One.. Segerakan perintahnya.. (SOLAT)

setakat ini sahaja entri mengenai Plastik berharga bagi seorang Bloggers macam ina..jika ada yang salah, harap ampun ya semua.Atau korang nak tambah pape, tinggalkan aje di ruangan komen.

Sekian dari newbie...

#servisreviewproduk #bloggermalaysia #kelabbloggerbenashaari #kbba9






type='text/javascript'>