7 Tips Review Produk dengan Berkesan

Hot sangat sekarang ni, ramai yang nak jadi tukang review produk . Tapi macam mana cara nak review produk, bagaimana pula nak review produk supaya lebih berkesan ? apa sebenarnya tugasan review produk? Jom, saya kongsikan tip review produk supaya lebih berkesan.

 

Sebelum aku ceritakan lebih lanjut mengenai produk review, mari kita lihat terlebih dahulu contoh produk review mesra SEO yang aku tulis sebelum ini.

 

    Okay,berbalik kepada tajuk entri harini. Aku nak berkongsi kepada korang tentang bagaimana nak review produk.Tak kisah lah korang nak review produk di Instagram,Facebook,blog mahupun Youtube. Walaupun aku masih baru dalam bidang begini, tetap nak berkongsi ilmu dengan korang. Supaya kita sama sama belajar. Tambah baik skill yang ada supaya berkualiti.


 

    Yup.. Semakan produk ialah pandangan kita tentang sesuatu produk yang telah kita gunakan. Review tersebut mestilah jujur ​​​​tau. Jangan tipu seeloknya. Ikhlas gitu..tapi jangan jadi pembaris. Bahana yang dapat.


Baca : 9 Kriteria untuk jadi tukang review Limited Edition


Cara Review dengan berkesan



1. MAKLUM BALAS


    Kebiasaannya, brand (orang yang nak kita review) akan di berikan bersama produk untuk kita review. Dari situ kita akan mendapat kebaikan produk tersebut. Atau berikan testimoni sebagai pengguna.

     

    Jika korang baru nak mencuba, seeloknya beli guna duit korang dahulu barang yang nak di review tu. Tak membazir pun. Korang juga nak guna kan? dan dari sini juga, dari kesungguhan korang tu mana tahu ada pihak yang nak sponsor barangan review. Kaedah ini adalah jenis pancing prospek. Aku pun dah mencuba.

2. GAMBAR MENARIK 

3IN1 minuman segera, Kopi segera

 

    Selain penulisan, gambar adalah salah satu hal yang serius dalam sesuatu review bagi menarik perhatian bakal pembeli. Contoh lah.. jika korang ambil gambar di dalam gelap, bagaimana pula tanggapan bakal pembeli ye tak? silap-silap brand pun takut nak ambil korang lepasni. 

 

    Nak pancing prospek ( pihak sponsor ) , korang ambil lah kelas-kelas fotografi. Zaman sekarang ni, jika ada smartphone mahal pun tak berguna juga jika tidak pandai guna. ( kata kat diri sendiri jer ni) .

 

    Ingat! gambar yang cantik, akan menang dalam dunia marketing. Buat pengetahuan korang, bisnes makanan adalah paling mudah nak hit sales yer. Sebabnya orang akan terliur dengan gambar yang cantik-cantik. Macam aku, dah banyak kali kalah dengan gambar makanan cantik-cantik. Mesti teringat-teringat punya, dan akhirnya memang kena beli lah.


hygiene wash, hygiene wash manjakani, manjakani






ulasan kosmetik, krim malam,






Untuk kualiti gambar, tak kisah lah korang nak guna apa. Smartphone pun boleh dan kamera lagi lah cantik. Ehehehe.. macam aku sendiri,semua gambar produk yang aku shoot semua menggunakan kamera mirrorless dari sony. Ehehe.. rezeki akhir tahun,dapat memiliki. Alhamdulillah..


3. VIDEO 




    Ini bukan semua,tetapi segelintir sahaja,jika pihak brand minta korang lakukan video bagi review produk tersebut. Sila lah ikut arahan tersebut. Bukan susah manapun ,insyallah. Cuba ubah fikiran korang... hari-hari practise buat video. Insyallah lepasni korang akan ketagih..hihihihi. 

 

     Aku pernah dapat 2 job yang datangnya daripada Singapore ( masyallah tabarakallah ), iaitu shawl dan nursing bra. Yang perlukan aku buat video adalah nursing bra tu. Shawl tu bergambar dan menulis artikel untuk pasaran di Malaysia. 

 

    Alhamdulillah, bercakap dalam bahasa melayu sahaja. Pihak sponsor pun baik, mudah bekerjasama. Cumanya semasa deal tu perlukan speaking. Aku? hentam jer speaking. Kredit Engslih jer semasa SPM. Dan, bayaran dalam USD masa tu, convert kepada Malaysia Ringgit memang tinggi. 


Rujukan lain : Cara menulis produk review bertulis di blog post




4.  CONTENT di BLOG


    Pastikan korang tak kedekut gambar tau. Letak sahaja gambar banyak-banyak dalam entri blog korang tu. Tak rugi pun.. sebaliknya, entri korang akan kelihatan menarik dan cantik. Sebelum menulis, pastikan korang buat sedikit kajian dahulu tentang produk yang ingin di review. Jika ada testimoni produk,letak lah sekali. Buat lah sehabis baik. Jika boleh menjiwai lah setiap produk yang di tulis tu supaya terus ke jiwa audien. Haha~



contoh review produk,paid review,review produk,blogger review





5. BERGAMBAR BERSAMA PRODUK

bergambar bersama produk review, supplement and health
bergambar bersama produk




cosmetic review, sponsorship, influencer malaysia






    Ini paling penting dalam review produk sebenarnya. Sebagai contoh,jika korang letak produk dan ambil gambar produk sahaja. Agak-agak,ade tak orang nak view dan like? Hambar kan? Pokok pangkalnya,korang jangan malu-malu tau. Biarkan orang mengata di belakang kita. Janji client tak complaint ,tapi nak lah juga gambar produk tu jelas.

 

    

    korang tahu tak? KING dalam review produk apa? Ya, muka korang. Korang dah di bayar untuk review produk client, jadi mestilah kena bergambar bersama produk menandakan korang pengguna produk. Dan, pihak client juga mesti berikan produk untuk di cuba oleh si tukang review tu.

     

 

    Gambar tu pula, pastikan jangan menggunakan kamera depan. Tak bagus! dah jadi gambar terbalik nanti dek pantulan. Lagi teruk dan kasihan kepada pihak sponsor yang dah bayar korang mahal-mahal tu. Buat seikhlas hati tau. 



gambar produk review,review dari blogger,paid review, Review bertulis


6. OUTDOOR atau INDOOR

botanical supplement, health adn supplement





review hijab, Sofearose hijab, photoshoot hijab,
Review tudung SofeaRose


Review produk
Yang ni sponsor daripada Singapore. Alhamdulillah.






    Bagi aku tak kisah. Sebab kawasan perumahan aku berdekatan tasik dan pantai.Masih tak membebankan. Tapi korang jika jauh dan makan kos. Abaikan,Indoor pun boleh. Sekarang ni berlambak dalam shopee jual prop untuk fotografi. Jika korang serius nak buat duit dengan review produk ni, di nasihatkan keluarkan modal untuk hasil yang cantik.

7. CALL TO ACTION


 

    Yang ini, penting sangat. Sebab ini cara bakal pembeli bagi mendapatkan produk tersebut. Pastikan korang mention di mana nak dapatkan produk tersebut  seperti : mempunyai nombor untuk di hubungi,laman web dan akaun social media brand tersebut .

 

    Kalau korang dapat job review free sekalipun..buatlah sebaik mungkin. Jangan sekadar tangkap muat aje.    Dari sekecil kecil ini lah,mana tau kot kot nanti dapat berkerjasama dengan brand lain pula ke kan? Ehehee.. macam aku dahulu. Tetapi sekarang tak boleh dah nak free review,sebab hosting dan domain pun berbayar ni tau.Ahaks!

 

 

 Keunikan korang

 

Ya, sekarang ni macam cendawan tumbuh bak selepas hujan. Maka, berduyun-duyun lah yang offer servis review. Korang nak di pilih client tak? 

 

Cuba cari keunikan yang ada dalam diri korang tu. Kat sini, Sila mainkan teknik personal branding. Pamerkan apa yang korang ada, dan takkan ada pada pesaing. Dalam erti kata yang lain adalah, korang seorang yang agressif. Buat video cantik-cantik, bina identiti yang baik di media sosial ( mahu pun di luar) . Satu lagi, korang haruslah berani untuk ke hadapan. Buat apa yang kita takut nak buat, insya allah korang akan berjaya!

 

Korang boleh jadikan pakej servis review. Sebagai contoh:

 

 1X Review di blog 

1X Copywriting di Facebook 

1x Caption biasa di Instagram 

1x Video Stories ( Shoot dalam 15 saat )

1x Video TikTok ( gunakan kaedah storytelling iaitu lebih kepada penceritaan ala-ala drama pendek )



Ini satu contoh yang aku tulis storytelling : 

 

[ MENGGELUPUR! NASIB BAIK NYAWA TAK KENA HEMPUK..] 


Masa tu dah nazak sangat, bukan apa pun. Dah menggelupur bila nak ambil anak takde krim pelindung matahari. Muka sememangnya dah hitam manis, tapi tak bermakna tak guna langsung. Tak nak jeragat ni buat perkampungan baru🤣

Kebetulan krim sedia ada tu kehabisan, lupa nak membeli di Watson awal bulan hari tu.

Dah tu, menggelupur lah cari. Pasrah je cari di kedai 7eleven, dan jumpa lah brand ni.

Aku nampak je dari jauh tergantung benda ni kat bahagian cashier dan terus ambil.

Yerlah, tambah lagi aku tengok dia punya angka tu besar. SPF50 PA, lagi pun cuaca sekarang 35'c.. settle! terus bayar.

1 tiub pada harga RM 38.
Berbaloi bagi kulit aku yang kombinasi. Mudah menyerap dan tidak melekit. Paling best, krim ni tak pedihkan kulit aku yang sensitif juga.

Mulai saat ini, dah jadi kesukaan ku.
Harga buang tepi, bayar pejam mata. USP [ ciri ] bagi produk ni yang kuat~

Membeli apa yang di sukai juga sebagai terapi diri.

Okay, dah siap guna krim SPF50 ni, 11.30 keluar rumah rutin harian sebagai mak ambil anak sekolah.



Gaya storytelling seronok di baca, sebab ianya tak nampak terlalu menjual pun. Aku menceritakan situasi aku yang sebenar. Dalam masa yang sama aku beritahu kat mana aku beli produk tersebut dan harga produknya. Headline yang aku gunakan, adalah berkaitan isu semasa yang trending di media sosial Tiktok. Boleh sahaja selitkan.

 

Baca artikel : Kaedah Pitching Client yang betul.


    Oh, ada tertinggal sedikit info. Macam aku mudah dapat review produk adalah sebab aku mempunyai blog dan juga blogger. Kadang client yang jumpa blog aku di Google. Ada masanya job dari team Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9) . Terima kasih abang ben kutip aku dan polish sampai boleh jadi blogger. Eheheheh~ Jadi, review produk semuanya menulis di blog dan social media lain sebagai tambahan. 


    Seterusnya, korang kena tahu juga. Review produk boleh di lakukan di blog, facebook, Instagram, dan  Tiktok.  Manakala platform YOUTUBE bukan tempat untuk review, ini kerana youtube adalah sesuai untuk entertainment sahaja. Drama dan lagu memang laju engagement. Tetapi tidak salah juga jika korang nak mencuba. Dengan syarat, korang kena buat kaedah storytelling untuk review produk.



    Okay,setakat ini sahaja lah tips review produk dengan berkesan dari aku . Jika korang ada tips lain, sudikanlah letak komen kat bawah artikel ni ya. Korang nak SHARE dengan team dan anak agent artikel ni pun boleh. Moga sama-sama kita mendapat ganjaran daripada allah swt.


Nak belajar buat video review makanan atau nak jadi Food Reviewer? Beli e-book di sini > Nak jadi Food Reviewer 


 Ikuti perkongsian aku di platform Media Sosial lain :


 
 
 

Catat Ulasan

13 Ulasan

Sheila Adziz berkata…
wow... nice sharing ina...
yup. btul info atas ni.. tbaik ina.. plus gambar jangan terbalik. ada org post kt ig.. tulisan tbalik.. naya org byr dia. hahaha
azlina ina berkata…
ya..betul juga tu. Hihihi.. terimakasih she.
azlina ina berkata…
terimakasih kak sheila
emarieys berkata…
Wow..nice tips.
Cik Ash berkata…
terima kasih ina tips yang bagus ni
Hans Hanis berkata…
setuju...memang betul tips2 nih..baru orang percaya dan kita sendiri pun buktikan yg kita guna
dorsett pink berkata…
wow!! great info. TQ
Ciktie berkata…
gud info! thanks for sharing
mek yunie berkata…
thanks SA. insyaAllah akan ikut nanti. tapi video tu kena biasakan diri.
Nina Mirza berkata…
Info tips yang baik!
zuhaira nasrin berkata…
very nice sharing kak ina :D