7 Tips Review Produk dengan Berkesan


Rabu, Januari 17, 2018

    Assalamualaikum,hai.. selamat pagi semua. Aku doakan kepada korang  di murahkan serta di percepatkan  rezeki  dan dilancarkan urusan pada hari ini. Pokok pangkalnya,kita jangan dengki mendengki dengan rezeki orang lain ya. Itu Sifir dia,dalam kehidupan. Hot sangat sekarang ni, ramai yang nak jadi tukang review produk. Tapi macam mana, apa perlu buat ek? Jom, aku kongsikan tip review supaya lebih berkesan.

 

    Okay,berbalik kepada tajuk entri harini. Aku nak berkongsi kepada korang tentang bagaimana nak review produk.Tak kisah lah korang nak review produk di Instagram,Facebook,blog mahupun Youtube. Walaupun aku masih baru dalam bidang begini, tetap nak berkongsi ilmu dengan korang. Supaya kita sama sama belajar. Tambah baik skill yang ada supaya berkualiti.


 

    Yup.. Review produk ialah pandangan kita tentang sesuatu produk yang telah kita gunakan itu. Review tersebut mestilah jujur tau. Jangan tipu seeloknya. Ikhlas gitu..tapi jangan jadi pembaris. Bahana yang dapat.


Cara Review dengan berkesan



1. FEEDBACK


    Kebiasaannya, brand (orang yang nak kita review) akan di berikan bersama produk untuk kita review. Dari situ kita akan kupas kebaikan produk tersebut. Atau berikan testimoni  sebagai pengguna.

     

    Jika korang baru nak mencuba, seeloknya beli guna duit korang dahulu barang yang nak di review tu. Tak membazir pun. Korang juga nak mengguna kan? dan dari sini juga, dari kesungguhan korang tu mana tahu ada pihak yang nak sponsor barangan review. Kaedah ini adalah jenis pancing prospek. Aku pun dah mencuba.

2. GAMBAR MENARIK 

3IN1 minuman segera, Instant coffee

 

    Selain penulisan, gambar adalah salah satu hal yang serius dalam sesuatu review bagi menarik perhatian bakal pembeli. Contoh lah.. jika korang ambil gambar di dalam gelap, bagaimana pula tanggapan bakal pembeli ye tak? silap-silap brand pun takut nak ambil korang lepasni. 

 

     Nak pancing prospek ( pihak sponsor ) , korang ambil lah kelas-kelas fotografi. Zaman sekarang ni, jika ada smartphone mahal pun tak berguna juga jika tidak pandai guna. ( kata kat diri sendiri jer ni) .

 

    Ingat! gambar yang cantik, akan menang dalam dunia marketing. Buat pengetahuan korang, bisnes makanan adalah paling mudah nak hit sales yer. Sebabnya orang akan terliur dengan gambar yang cantik-cantik. Macam aku, dah banyak kali kalah dengan gambar makanan cantik-cantik. Mesti teringat-teringat punya, dan akhirnya memang kena beli lah.


hygiene wash, hygiene wash manjakani, manjakani






cosmetic review, night cream,






Untuk kualiti gambar, tak kisah lah korang nak guna apa. Smartphone pun boleh dan kamera lagi lah cantik. Ehehehe.. macam aku sendiri,semua gambar produk yang aku shoot semua menggunakan kamera mirrorless dari sony. Ehehe.. rezeki akhir tahun,dapat memiliki. Alhamdulillah..


3. VIDEO 






    Ini bukan semua,tetapi segelintir sahaja,jika pihak brand minta korang lakukan video bagi review produk tersebut. Sila lah ikut arahan tersebut. Bukan susah manapun ,insyallah. Cuba ubah fikiran korang... hari-hari practise buat video. Insyallah lepasni korang akan ketagih..hihihihi. 

 

     Aku pernah dapat 2 job yang datangnya daripada Singapore ( masyallah tabarakallah ), iaitu shawl dan nursing bra. Yang perlukan aku buat video adalah nursing bra tu. Shawl tu bergambar dan menulis artikel untuk pasaran di Malaysia. 

 

    Alhamdulillah, bercakap dalam bahasa melayu sahaja. Pihak sponsor pun baik, mudah bekerjasama. Cumanya semasa deal tu perlukan speaking. Aku? hentam jer speaking. Kredit Engslih jer semasa SPM. Dan, bayaran dalam USD masa tu, convert kepada Malaysia Ringgit memang tinggi.


4.  CONTENT di BLOG


    Pastikan korang tak kedekut gambar tau. Letak sahaja gambar banyak-banyak dalam entri blog korang tu. Tak rugi pun.. sebaliknya, entri korang akan kelihatan menarik dan cantik. Sebelum menulis, pastikan korang buat sedikit kajian dahulu tentang produk yang ingin di review. Jika ada testimoni produk,letak lah sekali. Buat lah sehabis baik. Jika boleh menjiwai lah setiap produk yang di tulis tu supaya terus ke jiwa audien. Haha~



contoh review produk,paid review,review produk,blogger review





5. BERGAMBAR BERSAMA PRODUK

bergambar bersama produk review,  supplement and health
bergambar bersama produk




cosmetic review, sponsorship, influencer malaysia






    Ini paling penting dalam review produk sebenarnya. Sebagai contoh,jika korang letak produk dan ambil gambar produk sahaja. Agak-agak,ade tak orang nak view dan like? Hambar kan? Pokok pangkalnya,korang jangan malu-malu tau. Biarkan orang mengata di belakang kita. Janji client tak complaint ,tapi nak lah juga gambar produk tu jelas.

 

    

    korang tahu tak? KING dalam review produk apa? Ya, muka korang. Korang dah di bayar untuk review produk client, jadi mestilah kena bergambar bersama produk menandakan korang pengguna produk. Dan, pihak client juga mesti berikan produk untuk di cuba oleh si tukang review tu.

     

 

    Gambar tu pula, pastikan jangan menggunakan kamera depan. Tak bagus! dah jadi gambar terbalik nanti dek pantulan. Lagi teruk dan kasihan kepada pihak sponsor yang dah bayar korang mahal-mahal tu. Buat seikhlas hati tau. 



gambar produk review,review dari blogger,paid review, Review bertulis


6. OUTDOOR atau INDOOR

botanical supplement, health adn supplement





review hijab, Sofearose hijab, photoshoot hijab,
Review tudung SofeaRose


Review produk
Yang ni sponsor daripada Singapore. Alhamdulillah.






    Bagi aku tak kisah. Sebab kawasan perumahan aku berdekatan tasik dan pantai.Masih tak membebankan. Tapi korang jika jauh dan makan kos. Abaikan,Indoor pun boleh. Sekarang ni berlambak dalam shopee jual prop untuk fotografi. Jika korang serius nak buat duit dengan review produk ni, di nasihatkan keluarkan modal untuk hasil yang cantik.

7. CALL TO ACTION


 

    Yang ini, penting sangat. Sebab ini cara bakal pembeli bagi mendapatkan produk tersebut. Pastikan korang mention di mana nak dapatkan produk tersebut  seperti : mempunyai nombor untuk di hubungi,laman web dan akaun social media brand tersebut .

 

    Kalau korang dapat job review free sekalipun..buatlah sebaik mungkin. Jangan sekadar tangkap muat aje.    Dari sekecil kecil ini lah,mana tau kot kot nanti dapat berkerjasama dengan brand lain pula ke kan? Ehehee.. macam aku dahulu. Tetapi sekarang tak boleh dah nak free review,sebab hosting dan domain pun berbayar ni tau.Ahaks!


    Oh, ada tertinggal sedikit info. Macam aku mudah dapat review produk adalah sebab aku mempunyai blog dan juga blogger. Kadang client yang jumpa blog aku di Google. Ada masanya job dari team Kelab Blogger Ben Ashaari ( KBBA9) . Terima kasih abang ben kutip aku dan polish sampai boleh jadi blogger. Eheheheh~ Jadi, review produk semuanya menulis di blog dan social media lain sebagai tambahan. 


    Seterusnya, korang kena tahu juga. Review produk boleh di lakukan di blog, facebook, Instagram, dan  Tiktok.  Manakala platform YOUTUBE bukan tempat untuk review, ini kerana youtube adalah sesuai untuk entertainment sahaja. Drama dan lagu memang laju engagement. Tetapi tidak salah juga jika korang nak mencuba. Dengan syarat, korang kena buat kaedah storytelling untuk review produk.



    Okay,setakat ini sahaja lah tips review produk dengan berkesan dari aku. Jika korang ada tips lain, sudi sudikanlah letak komen kat bawah artiekl ni ya. Didahulukan dengan ucapan,terimakasih.



7 Tips Review Produk dengan Berkesan 7 Tips Review Produk dengan Berkesan Reviewed by azlina ina on Rabu, Januari 17, 2018 Rating: 5

13 ulasan:

  1. yup. btul info atas ni.. tbaik ina.. plus gambar jangan terbalik. ada org post kt ig.. tulisan tbalik.. naya org byr dia. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..betul juga tu. Hihihi.. terimakasih she.

      Padam
  2. terima kasih ina tips yang bagus ni

    BalasPadam
  3. setuju...memang betul tips2 nih..baru orang percaya dan kita sendiri pun buktikan yg kita guna

    BalasPadam
  4. gud info! thanks for sharing

    BalasPadam
  5. thanks SA. insyaAllah akan ikut nanti. tapi video tu kena biasakan diri.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.