Berjaya REDEEM Coupon Lazada sebanyak RM 150

"
3 barang yang di order di lazada



Setelah pelbagai dugaan semasa menebus Kupon dari menang Blogger Contest Online Revolution yang ina menang pada bulan November 2017. Contest ni ina berjaya terpilih sebagai pemenang tempat kedua.Dapatlah  voucher sebanyak RM 150.Terima kasih Lazada.. Ini kali pertama pernyertaan ina dalam penulisan blog untuk contest lazada.

Ina tak tahu nak beli apa sebenarnya,sebab bila masuk website Lazada,banyak betul pilihan.Lagi pun,sekarang ada Promosi sempena Chineese New Year (CNY).Lagi lahhh..rambang mata.

So, kalau korang nak tau.Ini adalah pilihan muktamad  ina.Kalau tak, ina asyik duk pilih..pilih dan pilih aje...(adalah 4 kali duk tak jadi aje.. )Pada 31 January 2018,barulah ina berjaya membuat order.Heeee..bukan senang tau nak buat keputusan tepat.

Pada mulanya, ina nak membeli supplemen ataupun produk skincare iaitu Bio Essence,yang itu pun sudah habis sebenarnya.Tapi takpelah.Ina utamakan  barang-barang yang lebih penting je ni.


Antara 3 barang ini yang paling utama ialah.. Kasut ina,Set Jam tangan/wallet dan Webcam.Heee.. ini yang penting,sangat penting tau.


Kasut tu, tiba-tiba ina teringin betul nak pakai yang bertumit pula.Selalunya pakai jenis tak bertumit.Tapi takpelah,last guna bertumit pun masa anak seorang.Kali ini kita sambung pakai pula yea.Warna yang sangat cantik,feedback pun positif.Terus ina order..


Set Jam tangan dan wallet itu ina berkenan sungguh.Dah alang-alang,terus belikan hadiah anniversary perkahwinan kami,pada 3 Februari ini.Harap suami suka akan surprise dari ina.


Yang ini lagi la penting,susah tau takde webcam ni.Bukanlah ina gunakan untuk bersosial yee. Webcam ni penting untuk kerja-kerja ina.Lagipun ada setengah job review perlukan task 'Live' di facebook dan Instagram.Lagipun,dah lama ina tak buat tutorial tau.Rindu nak buat tutorial,last pada bulan 10 jika tak silap.Tutorial massage jer.. penjagaan wajah dan urutan stress.


Sekarang dah selesai order.Kini tiba masanya menunggu barang sampai depan pintu rumah sahaja.Memang tak sabar sangat! Excited sangat sebab ini kali pertama pengalaman menggunakan voucer tanpa menggunakan sesen pun duit ina.Tehehehehe... sape tak suka kan? rezeki sempena birthday ina juga ni masa bulan November tahun lepas.


Barangan yang ina order diatas ini,kesemuanya dari china.Kemungkinan akan mengambil masa selama seminggu atau lebih.Harap ina dapat bersabar.Okay,nanti ina update entri bila item ina sampai tau.Nantikan...

type='text/javascript'>