Bermula lah.. kehidupan Isnin

Assalamualaikum...selamat pagi korang. Selamat hari Isnin..Jangan Monday Blue ya... no no no...,hari Isnin ialah hari kesukaan Nabi Muhammad s.a.w. Jika korang terasa lemau dan sebaginya..ambil sedikit masa,basahkan lidah dengan Zikrullah..Insyallah..Jap lagi semangat semula nak bekerja.Heeee..

Okay.. pagi-pagi harini,tanpa membuka data serta Wifi,terus siapkan sara ke sekolah.Malas nak melayan.. haa,jap lagi kalau dah sentuh handphone,habislah.Semacam ada magnet haa. Ada je nak baca Whatsapp,nak check akaun Facebook ,Instagram scroll sana sini segala social media yang ada. Haihhh. Email pun abaikan dahulu.. segerakan tanggungjawab dahulu sebagai ibu.

Sebenarnya, sepanjang minggu ini suami outsation.Jadinya,ina yang take over segala tugasan suami.Huhhhh... ina tak mengeluh.Tetapi...ina ni kan,tak pernah di tinggalkan suami.Ini antara paling lama suami outsation.Errrmmm,macam mana lah ya,pasangan PJJ yang mempunyai anak dan di tinggalkan pasangan demi mencari sesuap nasi. Tak dapat bayangkan... Untuk isteri-isteri di luar sana,memang salute la korang.. 

Anak-anak ina,setiap masa tanya pasal abah.Bila abah nak balik... abah kerja kat mana? Nak dengar suara abah je.Errrr,,tiba-tiba pula ina ni sebak...Sekali sehari akan buat video call untuk anak-anak.Dorang terlalu rindukan abah nya.. 


Sekolah 

Kebiasaanya,suami yang hantar sara ke sekolah.Tapi pagi ini,ina yang hantarkan sara.Alhamdulillah,ina bukan apa.Sebab sara ni kan, jika ina hantar dia ke sekolah,mula nak ada drama bagai.Tapi pun,bila sampai depan pintu pagar sekolah,Sara  mula nak sedih-sedih dah.Nasib lah tidak berlarutan.Pujuk-pujuk sikit,dia dah bersemangat nak ke sekolah.Harini 7.15 sampai ke sekolah.Disebabkan ini lah,ina tak mahu hantar sara ke sekolah.Drama dia apabila sampai pintu pagar sekolah..tahun depan dah mula tahun 1.

Keadaan cuaca sepanjang minggu ini di Kuantan ialah berkabus pada sebelah pagi.Dan air paip pula,tersangat lah sejuk.Macam mandi ais tau...heeeh.Ini pun macam nak mintak pemanas air jer nampaknya.Jam 12 tengahari pun,masih sejuk sangat airnya.. 
           

Dan ketika ini,eh..tiba-tiba pula ya. Mata kanan ina,sehingga lah saat ini.Mata asyik berkedip-kedip aje sebelah kanan.Risau pula.Start ina pulang ke rumah ina.5 hari yang lepas ina bermalam di rumah mak jer.Start petang semalam,mata ni jadi macam ni.Bila dia berkedip-kedip...,akan berkedip lah selama 15 minit.Ermmmm,,harap tiada apa-apa buruk berlaku la hendaknya.
type='text/javascript'>