BONNISAN Himalaya kembalikan selera makan anak

Sedih ...bila selera makan anak-anak berkurangan kan? Lama-lama boleh kurus melidi.Adeiii.. Itulah berlaku pada anak ina dahulu. Bila sampai waktu makan,anak-anak menolak.Ada juga masa mereka memilih..tak makan sayur lah.Orang kata cerewet la dalam memilih makanan.


Punca kenapa anak-anak tidak berselera


1. Keadaan badan kanak-kanak tidak sihat, lesu, dan ketahanan menurun. 


2. Terdapat gangguan dalam sistem pencernaan, seperti kembung, loya muntah, dan sembelit. 

3. Kewujudan gangguan psikologi pada kanak-kanak tertentu, seperti tekanan dengan alam sekitar di rumah.

 4. Kesan sampingan ubat-ubatan, seperti antibiotik yang kadangkala menjadikan anak-anak malas untuk makan kerana mereka berasa nauseated. 

5. Tempoh pemulihan selepas penyakit juga memberi kesan. 

6. Kehadiran penyakit tertentu pada kanak-kanak seperti malnutrisi, anemia, kepialu, dan cacing.


BONNISAN HIMALAYA



vitamin tambah selera anak,KANAK-KANAK KURANG BERAT BADAN



Sekarang ina memberikan anak-anak supplemen tambahan dari Himalaya.Ia merupakan supplemen berbentuk cecair yang mana ia amat mudah di amalkan oleh anak-anak.


SEKILAS TENTANG  BONNISAN dan HIMALAYA


1. Berasaskan dari ekstrak tumbuhan iaitu Tinospora cordifolia (stem),Piper Longum (fruit),Cichorium intybus (seed),Terminalia Chebula (fruit),Achillea millefolium, (seed),Tribulus terresstrics (fruit),capparis spinosa (bark),Emblica officinalis (fruit)Cassia occidentalis(whole plant),Elettaria cardamomum (fruit),Tamarix galica (whole plant),Boehaavia diffusa(root).

2. Himalaya ditubuhkan pada tahun 1930 oleh Mr.M Manal dengan visi yang jelas untuk membawa Ayurveda ke masyarakat dalam bentuk kontemporari dan untuk menguraikan misteri di belakang sistem perubatan berusia 5,000 tahun

3. Bebas ALKOHOL,Chloroform,opium,dan ubat penenang

4. Persediaan tradisional bagi  dalam menaikkan selera makan,menaikkan berat badan dan juga kesihatan tumbesaran.

5. Mempunyai kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia MAL19961428T




vitamin bonnisan, tambah selera makan anak
waktu makan supplemen



Nasiblah anak-anak ina,jenis yang mudah untuk mengamalkan supplemen. Sara setiap hari akan mengingatkan ina apabila telah tiba waktu.


Cara pengambilan Bonnisan :


kanak-kanak 1 Tahun : 1 sudu kecil


usia 2-3 tahun : 2 sudu kecil 




Jadual pengambilan Himalaya Bonnisan : Dimakan 2-3 kali sehari.Ambil selepas makan,elakkan dari perut kosong semasa pengambilan supplemen





vitamin anak-anak, kanak-kanak tambah selera makan
berlagak ekk furqan makan supplemen



Furqan ni.. sejak usia menginjak ke 1 tahun,memang cerewet sangat makan.Sangat memilih.Tak boleh pedas la.. ini tak makan.. sayur tak makan juga.Stres waktu itu.. lagi-lagi bila sampai appointment dengan klinik.Tapi itu dulu la..,sebelum mengamalkan Bonnisan.Tapi setelah ina memberikan Bonnisan.Alhamdulillah..



Orang kata jangan risau jika anak tak selera makan..katanya lagi,anak tengah aktif..anak melasak memang begitu.Haipp! Auta belaka. Tak boleh macam tu tau.Nanti terbantut pula tumbesaran anak-anak ni.Kesian..




TESTIMONI BONNISAN HIMALAYA


Okay.. perkembangan positif anak ina setelah mengamalkan bonnisan ialah dari segi selera tu,sangat memberangsangkan.Jika sebelum ini,Furqan ni memang sangat cerewet.Mama tengok pun nak menangis.. nasi langsung dia tak makan.Bila di suap,furqan akan keluarkan semula nasi tersebut.Bayangkan macam mana.Roti memang dia makan juga, dan biskut segala. Tapi sedih la kan..Makin hari melidi badan anak.



Sekarang ni,Furqan dah mula terima nasi apabila di suap.Sudah pandai minta nasi supaya di suap.Oh,okay..lupa nak bagitahu kat atas tadi tu.Furqan kini berusia 1 tahun 5 bulan.Walaupun dia masih melasak dan aktif.Semua makanan dia boleh makan.




Termasuklah masakan yang pedas..eheheh.Jika sebelum ini,Furqan akan menjerit 'PEDAS' ehh..,secara tiba-tiba pula furqan fasih bercakap tanpa pelat.Hahahah.Dan semalam, dia makan chili sos.Adeiii.. dasyat betul awak ni furqan.Segenggam terus diambil dari pinggan yang berisi makanan kentang goreng.

Kuih pagi biasa memang dia akan buang merata-rata.Sekarang ni Furqan dah tak buang lagi.Dia dapat habiskan sebiji donat.Kebiasannya juga,tak kira saiz donat..,besar atau kecil tetap akan dia buang.

Terima kasih sangat akan supplemen Bonissan dan Himalaya.Sangat berkesan kepada anak ina yang tak selera makan dan suka memilih makanan.

Dada Furqan sudah ternampak ada perubahan,menandakan badan dia nak naik.



kurang selera makan,berat anak kurang,anak kurang makan,tak selera makan
Kini anak berselera untuk makan


Info lanjut bole terus ke laman sosial mereka :


FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/

INSTAGRAM  : https://www.instagram.com/himalayamalaysia/
 
 
Boleh dapatkan di farmasi terdekat anda juga.



Catat Ulasan

30 Ulasan

Eyqa Hasnan berkata…
Seronok kan tengok anak-anak makan berselera je. Product Himalaya nie memang bagus!
Tengkubutang berkata…
Wah.. bolehlah TB share dengan kawan TB pasal ni sebab anak kawan pun tak mau makan sangat.. kecik je anak dia katanya, semua cakap macam tu gak, anak tengah nak melasak sebab tu badan tak naik.. tapi kesian gak kawan saya tu risau tiap kali bawa anak ke klinik dia jadi strress doktor tegur berat anak tak cukup..
Suria Amanda berkata…
Banyaknya khasiat dia..bleh la akak suggestkan kat adik akak..dia ada anak kembar dah umur 7 tahun tapi tak nak makan langsung..asyik minum susu je..susah nak nampak diorang makan dengan selera..kena amik supplement gak ni...thanks sharing
cindyrina berkata…
Produk Himalaya ni sangat bagus and well known kot. Especially dia guna Ayuverda method. Bagus dapat tambah selera anak.
nikkhazami berkata…
risau juga kalau anak takde selera makan. lebih2 lagi kalau nak jajan je
AyuArjuna BiGoshh berkata…
baru tahu ada ubat batuk jenama ni.nanti klu anak batuk nak cubalah..sbb tahu ramuan utama jenama ni kbykannya hasil botani
Syafiera Yamin berkata…
budak budak bukan normal makan sikit ke sebab perut diaorang kecil dari kita, kalau nasi pun makan seciput je ikut saiz penumbuk tangan dorang, kalau aktif tak pe kot tapi yang jenis tak kuat makan dan tk aktif ni memang kena pantau, apa pun nasib baik ada himalaya bonnisan ni bantu tambah selera makan,

i pula tengah cari produk kurangkan selera makan heheee
Fiza Rahman berkata…
Banyak baca review pasal bonnisan ni. Ramai kata bagus. Selera anak untuk makan pon meningkat. Rasa macam nak try jugak lah sebab si kecik tu macam kurang makan lately. Thanks for sharing.
5 Little Angels berkata…
I should get a bottle for my youngest son too. He is a picky eater and don't eat much.
NEEZA berkata…
wah sampai comot furqan makan tu.. hehe.. rasanya ok ambil produk himalaya ni sebab bukan produk timbang kilo dan dah ada dalam drugstore seperti watson dan guardian..
apekinahdotcom berkata…
Kena cari satu ni. Sebab anak makan memilih sangat. Dia nak makan biskut, minum susu. Nasi pun tak nak makan lauk. Nak nasi je. Kita pulak naik risau.
Bro Framestone berkata…
Anak selera makan tue ada... cuma memilih makanan je.. itu ok lagi.. siap memilih nak makan mana.. hari2 tempat dan makanan berbeza..

Kalau tak kena dengan citarasa dia.. dia xmakan langsung.. kita gak kena habiskan
Sally Samsaiman berkata…
bagusnyaaa ada pilihan lain...selalu kalau macam ni org suggest Appeton je..alhamdulillah
Mahamahu berkata…
Amboi gambar last tu memang berselera sungguh anak makan hehehe tapi orang dewasa boleh ambil ker nak tambah selera hehehehe.....
Mahamahu berkata…
Tengok gambar anak yang last tu memang betul berselera makan habis satu muka hehehehe tapi untuk orang dewasa boleh ambil tak nak bagi kat my dad mereka pun kurang makan...
dr-Life berkata…
serious this is good wei... bolehlah saya belikan to my anak relative cos selalu complain tak nak makan.. no selera..
better go buy this tomorrow.. kesian tgk budak tak ada selera and then jadi kurus pula...

thanks for the great great sharing

Racheal
Cik Ash berkata…
wahhhh bagus menarik ni... nanti kalau ada sesiapa tanya pasal anak dia kurang makan boleh kongsi ni
Hanny Abdullh berkata…
Nampak bagus ya produk ni. Bolehlah sis rekomen kat anak2 buah nanti pasal supplement ni. Mana yg liat mak makan tu haaa...siap dia kena sumbat supplement ni..hehehe
azlina ina berkata…
itulah.. sedih kan? jangan duk kat line kuning dah. bahaya betul tu.
azlina ina berkata…
alhamdulillah..takda apa yang boleh dikatakan,melainkan happy tak terkata.
azlina ina berkata…
betul tu..kena ambil tindakan skearang. Bila kurus nanti, macam macam penyakit datang nanti
azlina ina berkata…
yang ni,mungkin kena check semula.Jika anak yang masih minum susu.Mungkin kena bertukar susu dan berjumpa lah doktor
cre8tone berkata…
Oh! Looks like it's a great product! nice.. Let's try for kiddos whom is picky with food..
Sunshine Kelly berkata…
This is a very reliable brand, I use their syampoo and bodycare before and its good.
Produk Himalaya mmg bagus dan produk ni dah lama ada di pasaran
Qaseh Dalia berkata…
Bagusnya dia .. yey harap anak2 kita menggemukkan diri masing2 ngeee
Mohaz Sue berkata…
Dah cuba bagi pada anak dan memang berkesan naikkan selera makan dia.
mas saari berkata…
Boleh cuba kat anak² ni.
SalinaJohari berkata…
Bonnisan memnag terbaik...mulanya macam tak caye tapi bila dah try..nampak perubahan selera kat anak-anak
Huda Halid berkata…
comel yer furqan..bagus la berkesan juga bonnisan ni yer.