pokok hati-hati
Segar mata,bila bangun pagi tengok pokok hati hati ni tau.. katanya digunakan sebagai ubat.Tapi tak tahu pula untuk ape.

Selamat petang...hai korang.Selamat berhujung minggu ya.Harini pecah rekod kot.Petang baru nak update entri..Dah kenapa?? Kebiasaannya setiap pagi.Ini dah petang hari.

Sebenarnya.. ina stay kat rumah mak buat sementara waktu.Maklumlah,suami outstation selama seminggu.Jadinya, ina rasa lebih baik duk sini la dulu.Heeee...

Aktiviti harini,agak padat la sikit.Update blog pun nak ke malam dah ni.Tambahan lagi,line kat taman perumahan mak ina ni agak slow pula.Memang agak mendukacitakan betul.Sakit hati jer,kalau nak mengomen entri blog orang..haihhh.Loading je.




Tengahari ambil sara dari Batu Hitam ke Sekolah Pelindung mengambil masa lebih kurang 15minit sahaja.Soffea assistant mama setiap hari.Excited dia nak teman mama.Dengan bertudung litup dan handsock lagi tu..soffea sendiri dengan rela hati nak pakai tau.Mama langsung tak paksa.. urmm,ni kes berpunca mak saudara dia suka sangat memuji dia ni..heeeeh.