Kali ini,Ina menggunakan Biore Spf 50 water essence.Entri lama,ina gunakan Krim SPF botol yang bewarna jingga.Sangat berbeza yang satu itu.. BIORE UV SPF 50. Nak tau apa beza yang ni.Baca sampai habis..



BIORE GUARDIAN,SPF guardian,krim UV


Maaf ya,gambar tak cantik sangat.Harga Ina tak pasti berapa.Sebab yang ina dapat ni,yang Free sample.Alhamdulillah,syukur sangat.Tetapi entah bila la Ina isi pun..sudah lupa.Benda ni sudah lama sangat.Tetiba,bila kita tidak mengharap.Ada sampai pula.Dalam peti surat.Huhuhuhu...,syukur sangat.Gembira. 



KEPENTINGAN KRIM SPF


Untuk pengetahuan korang,krim Spf ini sangat penting bagi kulit kita dari menghalang dari panahan cahaya matahari.Jadi,sekurang-kurangya,bila kita sudah pakai perlindungan macam ni.Apabila kulit wajah atau badan yang di sapu krim Spf ni takdelah terbakar serta meninggalkan kesan gelap.Dan kesannya,jika korang tak memakai krim spf boleh membuatkan kejadian jeragat.Huhuhuhu..seram tak?



BIORE SPF 50 WATER ESSENCE

Ciri-ciri:


  • Bertekstur seperti krim
  • Mudah kering serta menyerap ke kulit
  • Tidak melekit
  • Sedikit berangin
  • Packaging seperti ubat gigi ( didalam bekas foil aluminium)
  • Bewarna sedikit hijau
  • boleh digunakan pada muka dan seluruh badan


AQUA RICH WATER ESSENE SPF50 ini mengandungi Royal Jelly, Hyaluronic Acid dan Mix Citrus Essence sebagai bahan pelembab untuk tekstur kulit yang lebih halus dan menjaga kulit agar tidak terhidrat.


BIORE UV




PS: Apabila di gunakan keatas wajah,seakan wajah memakai foundation.


Dan kesan yang ina dapat selepas menggunakan krim SPF water Essence,kulit tak mudah terbakar walaupun ahad lepas Ina pergi ke karnival sewaktu panas terik.Alhamdulillah! Memang Ina rekomen habis krim SPF ni tau. 5 Bintang untuk kebaikan produk ini.



CARA GUNA KRIM SPF BIORE AQUA RICH WATER ESSENCE



  • Cuci muka terlebih dahulu 
  • Gunakan Primer water ( untuk mekap tahan lama )
  • Gunakan krim BIORE water Essence
  • Foundation
  • Mekap


Mudah jer kan?? Tak perlu pening kepala jika nak memakai krim Spf bagi mereka yang bermekap. 

Okay,bagi korang yang ingin dapatkan krim SPF ni..sila dapatkan di drugstore berhampiran seperti Watson dan Guardian. 


Cara pilih krim SPF 




Juga boleh dibeli secara online di GUARDIAN STORE