Safi Rania Gold Beetox ni betul bagus ke?

Dalam kekalutan semalam,membeli barangan dapur bersama suami dan anak-anak.Sempat la juga singgah di Guardian.Ehehehe.. Ina memang suka membeli barangan penjagaan wajah di drugstore.Yang mana ia mudah didapati dan harga tawaran pun menarik.Hanya di Guardian..ecececeh.. betul..tak tipu.

Jika tak sempat walk in ke guardian,ina ada juga lakukan pembelian secara online di laman sesawang guardian.Boleh layari di www.guardian.com.my . Penghantaran pantas mengikut kawasan korang.Setakat ini,alhamdulillah..puashati beli online. Pengalaman pertama membeli online di Guardian 


Safi Rania Gold




Okay.. disebabkan faktor umur ina ni sekarang.Ina sudah memasuki 31 tahun..jadinya.Kena memilih yang ada gold macam tu.Ehehehe.. So,Safi Rania Gold lah menjadi pilihan ina buat masa sekarang. Ina nak kena tengok dahulu samada sesuai atau tidak Safi Rania Gold ini untuk kulit ina jenis kombinasi.. Nak tahu korang jenis macam mana? Meh baca artikel ini yer.. Jenis jenis kulit wajah.


Ina ni kalau ada bahan-bahan yang berkualiti.Fungsi keremajaan kulit..ehehehe,siapa tak mahu oii.Awet muda gituu..Memang ina gatal sikit tangan nak mencuba.Heeeeeh.. Jenis ina memang sukakan mencuba sesuatu yang baru.Lagi-lagi produk kecantikan macam ini.Alhamdulillah..kulit ina bukanlah jenis sensitif.



HONEY di dalam Safi Rania Gold 


Ialah pelembab semulajadi untuk mengekalkan lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.

(haaaa..ini lah yang kaum wanita inginkan pabila usia mula meningkat naik.Kulit pun dah kurang anjal dan menyebabkan kulit kusam dan sebagainya)






Duo Gold 24K


Kombinasi Nano Gold  dan Gold Flakes 24k membina dwi lapisan  tindakan yang mengukuhkan struktur dalaman pada lapisan epidermis kulit sambil memberi perlindungan  dari luar.




Untuk pengetahuan korang, Safi Rania Gold menggunakan Beetox teknologi iaitu gabungan Nano  Gold 24K dan Gold Flakes 24k  serta tambahan nutrisis Honey dan Hyaluronic Asid.

Pertama kali gunakan Safi Rania Gold? Waaa... tak melekit (itu yang penting).Didatangkan sekali bersama serbuk emas. Dan apa yang best, Essence dari Safi ini tidak membuatkan kulit wajah ina pedih mahupun gatal.Alhamdulillah. 

Okay..,ini baru first impression tau.Nantikan penggunaan selepas seminggu ataupun 2 minggu lagi dan lagi.. kita tengok,jauh mana dia boleh pergi..Keberkesanan produk.
type='text/javascript'>